PKR mula susun calon
KUBANG PASU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang dalam rangka menyusun calon-calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, MPN sudah meminta setiap cabang mengemukakan nama individu yang difikirkan layak untuk dicalonkan dalam PRU 13.
“Mengenai calon, PKR negeri sekarang sedang menyusun calon-calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan insya-Allah dalam sedikit masa lagi, kita akan menyusun senarai calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kita juga sudah meminta setiap cabang untuk mengemukakan sekurang-kurangnya tiga nama calon, untuk Parlimen,” katanya ketika ditemui selepas Program Mesra Rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR) di Pejabat Keadilan Kubang Pasu, Taman Sri Hosba, semalam.
Sementara itu, Wan Salleh berkata, perbincangan mengenai peruntukan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang perlu dibuat memandangkan PRU 13 semakin hampir.
Menurutnya, dalam beberapa mesyuarat yang diadakan, persetujuan dicapai untuk mengekalkan peruntukan kerusi seperti sewaktu PRU 12 pada 2008 iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN untuk PKR.
“Dari segi peruntukan kerusi, tidak ada pertindihan antara Pas dan PKR, bagaimanapun terdapat dua pertindihan tuntutan iaitu melibatkan PKR dan DAP di DUN Derga dan DUN Sidam.
“Namun saya yakin masalah dalam (antara parti komponen dalam PR) ini akan dapat diselesaikan dengan baik, penuh kebijaksanaan dan sikap setia kawan,” katanya.

No comments:
Post a Comment