Saturday, July 23, 2011

Ayuh Harimau bangun semula di Bukit Jalil....

Harimau cedera di Kota Singa


PEMAIN negara meraikan kejayaan Safee (dua dari kiri) menjaringkan gol awal Malaysia pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura malam tadi. Malaysia tewas 3-5.


SINGAPURA – Lapan gol terhasil pada pertembungan dramatik dua musuh tradisi, Malaysia dan Singapura di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Namun kesudahannya, Malaysia tewas 3-5 pada aksi pertama pusi- ngan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu biarpun berjaya bangkit seketika setelah ketinggalan 1-4 pada babak pertama. Pada aksi malam tadi, anak- anak buah Datuk K. Rajagobal ter- nyata gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan 1,500 penyokong Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor.

Biarpun mendahului seawal 25 saat permainan bermula menerusi penyudah kemas Safee Sali, Singa- pura pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus menghukum kelonggaran benteng pertahanan Malaysia dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49.

Mujur pemain bek kanan Singa- pura, Ismail Yunos turut dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-53. Kesempatan beraksi 10 lawan 10 kembali digunakan Malaysia untuk memperoleh gol kedua hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-68 dan gol ketiga menerusi Safee seminit kemudian. Namun harapan melihat Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 4-4 tidak kesampaian apabila Duric meledak gol kelima Singapura pada minit ke-80. Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga.

No comments:

Post a Comment