ALOR SETAR - Laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Kedah yang dilancarkan semalam, diharap akan menjadi medium untuk masyarakat mendapatkan jawapan bagi persoalan berkaitan agama dan akidah.
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, jika sebelum ini masyarakat berhubung menerusi panggilan telefon atau datang sendiri ke jabatan itu, kini sebarang persoalan boleh ajukan terus menerusi laman web berkenaan.
“Menerusi laman web ini, kita mengorak selangkah lagi dalam membantu masyarakat berhubung persoalan berkaitan agama dan akidah, yang mana persoalan boleh disalurkan terus menerusi laman web.
“Khidmat ini lebih meluas kepada masyarakat, bagaimanapun jika ada masyarakat yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan itu, Jabatan Mufti masih turun padang menerusi beberapa program yang dianjurkan dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Muamalat dan Perbankan Islam Peringkat Negeri Kedah 2011, di Kolej Universiti Insaniah, semalam.
Menurutnya, antara program yang dianjurkan Jabatan Mufti termasuklah forum terbuka melibatkan masyarakat dan jabatan itu, melibatkan beberapa lokasi termasuklah Langkawi, kem tentera di Sungai Petani, Pokok Sena dan Baling.
“Program ini mendapat sambutan hebat masyarakat, malah agensi Kerajaan Pusat seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) juga pernah turut serta menjayakan program anjuran Jabatan Mufti,” katanya.
Sementara itu, katanya Jabatan Mufti juga sedang merangka untuk berinteraksi dengan masyarakat menerusi laman sosial pada masa hadapan, namun kini tumpuan diberikan terhadap interaksi menerusi laman web.

No comments:
Post a Comment