GEORGETOWN - Tindakan Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman yang memberikan pakaian dalam wanita kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai tanda protes dikecam pelbagai pihak terutama golongan wanita.
Tinjauan yang dilakukan mendapati ramai wanita tidak bersetuju dengan tindakan Mohamed Ghani yang dikatakan tidak profesional selain cuba menjatuhkan martabat kaum wanita.
Presiden Pertubuhan Wanita Prihatin, Sharifah Noriati menyifatkan tindakan Mohamed Ghani tidak dapat menyelesaikan sebarang masalah selain tidak menghormati pemimpin yang dipilih rakyat.
Menurutnya, Mohamed Ghani mempunyai banyak pilihan lain sekiranya mahu menyelesaikan masalah namun bukannya melakukan kekecohan dan cuba menarik perhatian dunia dengan perkara tidak sepatutnya.
“Tindakan Mohamed Ghani menghadiahkan pakaian dalam wanita itu sangat tidak wajar dan tidak matang ia seolah-olah menghina kaum wanita.
“Masih banyak hadiah lain yang boleh diberikan dan saya percaya setiap masalah yang timbul tentu ada saluran yang boleh diselesaikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan tindakan Mohamed Ghani yang memberikan ‘hadiah’ berupa dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Guan Eng.
Mohamed Ghani berkata, hadiah itu diberikan kerana sikap Guan Eng serta beberapa barisan pemimpin Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.
Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Guan Eng dan Wei Aik sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin Kerajaan Negeri sebagai harimau.
Mengulas mengenai perkara itu, Presiden Pertubuhan Wanita Untuk Wanita Perak, Dr Sharifah Halimah berkata, tindakan yang dilakukan Mohamed Ghani adalah tindakan yang tidak bersopan.
Dr Sharifah berkata, walaupun apa masalah yang dihadapi oleh Mohamed Ghani dan Guan Eng, dia tidak perlu memperalatkan pakaian dalam wanita sebagai simbolik kerana ia langsung tidak relevan dengan masalah yang dihadapinya.
“Apa relevannya hadiahkan pakaian dalam wanita kepada Ketua Menteri? Sudah tidak ada barang lain yang boleh diberikan dan saya percaya wanita di seluruh negara kurang senang dengan tindakan Ghani," katanya.

No comments:
Post a Comment