Sedia pertimbang lokasi sesuai
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri telah pun membuat ‘post mortem’ mengenai penganjuran Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas, yang berakhir semalam, untuk membuat penambahbaikan bagi penganjuran akan datang.
Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan Negeri, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, urusetia Kerajaan Negeri turut mencadangkan supaya dibuat beberapa pengubahsuaian supaya acara tahunan itu kelak tidak akan menjejaskan mana-mana pihak.
“Kita boleh bincang dengan peniaga untuk buat penambahbaikan bagi penganjuran akan datang. Kerajaan Negeri sedia mendengar pandangan mereka dan daripada perbincangan, kami dapati ada beberapa perkara boleh diperbaiki,” katanya.
Menurutnya, antaranya membuka laluan sementara untuk kenderaan memasuki kawasan stadium, meletakkan pagar atau ‘paddock’ boleh ubah, serta menyenaraikan laluan alternatif yang bersesuaian.
“Cadangan ini perlu dibincangkan bersama dengan pihak penganjur dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu,” katanya.
Mengulas sama ada Kerajaan Negeri bercadang mengubah lokasi ke kawasan Suka Menanti, Dr Hamdan berkata, ianya boleh dipertimbangkan sekiranya mendapat persetujuan semua pihak terlibat.
“Antara kriteria pemilihan tempat ialah ianya mudah diakses dan tidak menghalang lalu lintas. Namun jika kajian mendapati laluan di Suka Menanti sesuai dijadikan trek lumba motosikal, kita sedia pertimbang,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak mahu kelak setelah lokasi diubah, ianya menyusahkan orang ramai untuk berkunjung atau timbul pula rasa tidak puas hati di lokasi baru.
“Saya harap acara ini mendapat sokongan dan kerjasama penduduk negeri ini kerana ianya salah satu tarikan pelancongan domestik, di mana peminat motosikal sanggup datang dari jauh semata-mata mahu saksikan pelumba mereka beraksi,” katanya.
Malah, katanya, pada tahun depan, Kerajaan Negeri bercadang memasukkan acara berkenaan dalam kalendar pelancongan negeri Kedah, sebagai produk pelancongan baru.
“Sejak penganjurannya selama tiga tahun berturut-turut, saya dapati berlaku pertambahan pengunjung ke bandar raya dalam tempoh itu, termasuk tempat penginapan penuh ditempah krew dan peminat kejohanan itu," katanya.
Dr Hamdan berkata, peniaga juga disaran membuat sedikit pengubahsuaian dalam perniagaan ketika penganjuran acara berlangsung, berikutan mendapat sambutan hebat pengunjung.
“Ketika inilah peniaga boleh dapat keuntungan berganda. Daripada pemerhatian saya, jumlah pengunjung amat memberangsangkan dan saya yakin dengan sedikit pengubahsuaian, mereka mampu peroleh pendapatan lumayan,” katanya.
Menurutnya, sekiranya kejohanan Cub Prix ini berterusan mendapat sambutan pengunjung, pihaknya bersedia menganjurkan mini karnival bersebelahan untuk merancakkan lagi program.

No comments:
Post a Comment