Saturday, July 23, 2011

Menjawab FITNAH BLOGGER UMNO pasai SADA..


Maka dengarlah penjelasannya baik-baik (tanpa sebarang maki hamun dan penghinaan terhadap pihak penuduh):

1) SADA tidak diswastakan tetapi dikorporatkan dari sebuah jabatan kerajaan (Jabatan Bekalan Air Kedah - JBAK). Tanggungjawab sosial bagi sebuah badan korporat adalah jauh lebih tinggi dari syarikat swasta yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Untuk dapat lebih kefahaman elok KT study perbezaan antara pengkorporatan dan pengswastaan.

2) Kerajaan negeri bukan 'pemegang saham' SADA tetapi SADA adalah milik kerajaan negeri ataupun milik rakyat Kedah 100 peratus. SADA tidak pernah membuka saham untuk dijual kepada sesiapa.

3) Menaikkan tarif air bukan keputusan yang dibuat oleh SADA tetapi keputusan Kerajaan Pusat (BN) setelah SADA tertakluk di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diikat di bawah Akta Parlimen. SADA terpaksa menjelaskan hutang urusan air kepada Pusat setelah menjadi 'hamba hutang' akibat hutang yang dibuat oleh BN dulu iaitu sebanyak RM1.83 billion. Dengan menaikkan tarif air 2 sen untuk 1 tong dram tu, SADA hanya dapat mengurangkan anggaran kerugian bukan mencatatkan keuntungan lagi.. walaupun rugi yang penting SADA dapat menunaikan tanggungjawab sosial terhadap rakyat. Kebanyakan hutang dibuat kerana kerajaan negeri BN dulu menolak pemberian geran pusat (urusan air) di mana negeri tak payah bayar balik, sebaliknya mahu pemberian distatuskan sebagai pinjaman (kena bayar balik). Sebabnya, jika pinjaman Negeri boleh tentukan sendiri kontraktor... boleh pilih kroni depa...? (wallahuaklam).

4) Kontraktor pembaca meter iaitu BPO Innovation bukan baru dilantik di bawah SADA, ia adalah kontraktor yang dilantik sewaktu JBAK, di zaman BN dulu.. hok tuu lah tak tukaq pon. Macam Exco PR Kedah yang tak buang PA... bekas PA Exco BN dulu, sebab tak mau depa hilang mata pencarian. Pak Dee pun tak siasat BPO-I tu sapa punya, yang pasti dia bukan syarikat kroni PAS kerana adalah mustahil kroni PAS boleh dapat kontrak waktu BN jadi kerajaan. (Tapi ingat.. kroni BN boleh dapat projek kerajaan negeri sekarang.)

5) Bacaan meter dibuat berdasarkan anggaran? Ini adalah fitnah semata-mata. SADA tak bodoh untuk untuk membenarkan perbuatan tidak professional itu dilakukan. Semua pembaca meter yang dengar tuduhan ini 'tepuk dahi'... kreatif sungguh KT mereka-reka cerita. Mudah saja nak buktikan.. waktu pembaca meter mai ke rumah, check tengok bacaan tercatat dalam bil dengan bacaan sebenar pada meter. Jika tak sama laporkan perbuatan curang pembaca meter itu dekat SADA, buat bukti video pun boleh sebab ni bukan kes hudud. Tapi kalau KT tak dapat buktikan, jangan buat fitnah dan tuduh BPO/SADA buat 'kerja gila'. Fitnah satu dosa, maki orang tambah lagi satu dosa...

6) Kontraktor kroni PAS di SADA? Pak Dee nak minta secara elok (bukan nak cabar) KT senaraikan kroni PAS yang dapat projek SADA, bidang apa? Kemudian senaraikan juga semua projek-projek SADA, sapa kontraktornya? Buat permulaan Pak Dee nak bantu KT senaraikan kontraktor besar projek SADA/JBAK:

a) Haji Husin Pronas (ahli UMNO) dapat projek bina loji air Jeniang RM100 juta
b) Dato' Yusof Usima (Naib Ketua UMNO Bhg Alor Setar) bina loji air Pinang Tunggal RM100 juta
c) Dato' Seri Mahdzir Khalid Syarikat Air Kedah bina loji Padang Sanai RM155 juta

Semoga jawapan ini dapat menjelaskan segala kekaburan dan semoga KT diberi taufek dan hidayah oleh Allah SWT untuk menghentikan perbuatan memfitnah atau memanjangkan fitnah yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja itu. Wallahu'aklam.

Nak baca depa kutuk apa hangpa pie baca sini laa : http://kedahla.blogspot.com/2011/07/fitnah-kedah-times-mengenai-sada.html

1 comment:

  1. jawap jangan tak jawap.cerita budak budak yang berpengelaman (walaupun pekerja kontrak) kena tendang keluak dan kalau offer semula pun dengan gaji yang jauh rendah dan dihantar jauh dari tempat asal sewaktu dibawah kontrak belum dicerita lagi.

    dalam pada tu aku harap supaya cerita SADA ni dapat dibagi noktah setakt ini saja.

    Yang dapat pi luar negara beli barang tu,tak payahlah dok tunjuk dalam FB(niat baik tapi bukan semua orang nampak lagu tu) pasai yang nak kena bukan hampa,tapi Kerajaan PAS-Pakatan Kedah.

    ReplyDelete