Sunday, July 31, 2011

Kedah tuan rumah Forum Kerjasama Pengajian Tinggi Islam Asia Tenggara

http://wartakedah.net/images/stories/Julai2011/1.jpgSUNGAI PETANI – Negeri Kedah telah dipilih sebagai destinasi Persidangan Forum Kerjasama Pengajian Tinggi Islam Asia Tenggara untuk tahun ini, bagi tahun kelima.

Tahun pertama diadakan di Medan, Indonesia, tahun kedua di Yala, Thailand, tahun ketiga di Medan semula dan tahun keempat di Yala semula.

Justeru, Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) diberi kepercayaan dan penghormatan untuk menganjurkan program ini yang bertemakan ‘Memperkasa Institusi Pendidikan Tinggi Islam Melalui Prasarana Wakaf’ dan Hotel Swiss Inn Sungai Petani menjadi tempat persidangan.

Persidangan selama tiga hari ini melibatkan 26 institusi pengajian Islam dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Turki, Kemboja dan Mesir.

Pelbagai pembentangan kertas kerja diadakan sepanjang tiga hari ini yang disampaikan oleh ketua forum, YBhg Prof Dr Shahrin Harahap dari State Institute for Islamic Studies North Sumatra, Indonesia, Pengarah Eksekutif International Shariah Research Academy Islamic Finance, Prof Madya Akram Laldin, Timbalan Rektor Akademik INSANIAH, Prof Madya Zakariya Man, Dr Dihyatun Masqon dari Institut Darussalam, Indonesia, Dr Anvar Akhmed, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Mohd Mohiyuddin Sulaiman, Pengerusi Pengasas Waqaf An-Nur Corporation, YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim dan Pendaftar Al-Bukhari International University, Norpisah Mat Isa.

Para peserta turut dibawa melawat tapak kampus tetap KUIN di Kuala Ketil dan majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang diadakan di Restoren Radix Oriental, di sini.

No comments:

Post a Comment