Tuesday, July 26, 2011

Adakah K'jaan Najib akan wujudkan semula Majlis Antara Agama [IRC]

Gereja Katolik syor Putrajaya adakan kementerian hal ehwal bukan Islam

July 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Gereja Roman Katolik di sini akan meminta Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican, kata Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam.

Ketua Persidangan Biskop Katolik Kebangsaan juga telah menghidupkan semula penubuhan majlis antara agama, antara lain untuk membantu mengakhiri konflik antara agama, etnik dan kebudayaan semasa di negara ini.

“Saya sudah berkomunikasi dengan Holy Father bahawa kita berharap untuk melihat pewujudan Majlis Antara Agama (IRC) yang akan menyertakan pemimpin-pemimpin utama dan perwakilan dari semua kumpulan agama; pewujudan sebuah kementerian dan pelantikan seorang menteri bertaraf penuh untuk menguruskan hal ehwal bukan Islam,” kata Pakiam dalam mesej formal kepada kesemua Katolik hari ini selepas beliau kembali dari menyertai rombongan kerajaan Malaysia ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI minggu lalu.

Idea untuk mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam dibangkitkan oleh biskop dari Kuching, Datuk Bolly Lapuk pada Mac lalu ekoran penahanan 35,000 kitab Injil versi Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri - yang diimport dari Indonesia untuk penganut Kristian.

Syor itu bertujuan untuk memberi tekanan ke atas Putrajaya agar mengadakan satu portfolio khas untuk menjaga hal ehwal bukan Islam ekoran mewujudkan hubungan diplomatik dengan ketua Gereja Katolik.

Katanya, beliau telah meminta Pope memaklumkan “harapan dan inspirasi gereja tempatan” melalui Ketua Biskop Leopoldo Girelli yang pernah ditugaskan sebagai wakil ke Malaysia.

Pakiam menambah bahawa pihaknya juga berharap Putrajaya membenarkan Katolik meneruskan seminar latihan paderi untuk menggalakkan penganut Kristian-Katolik mendapat pendidikan dan kursus guru selain mewujudkan hubungan dua hala antara institusi agama Islam dan Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies.

“Saya percaya poin-poin ini, jika tidak dibangkitkan dalam perbincangan antara Holy Father dan Perdana Menteri, akan dibangkitkan dalam saluran-saluran diplomatik akan datang,” katanya lagi.

Pakiam berkata hubungan diplomatik memberi faedah kepada Katolik yang mana ia memberikan mereka “suara yang lebih baik dalam masyarakat Malaysia” menambah akan mempertahankan nilai-nilai yang perlu dilindungi.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang menubuhkan portfolio majlis eksekutif untuk menjaga isu-isu keagamaan bukan Islam pada Februari tahun ini sempena Minggu Harmoni Antara Agama Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Idea untuk mewujudkan IRC dibangkitkan pada 1980 namun mendapat bantahan dari organisasi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan satu jawatankuasa antara agama pada April tahun lalu, namun terganggu sedikit ekoran kematian ketua panelnya yang pertama iaitu Datuk Ilani Isahak pada 24 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment