oleh Abdul Manan Abd Razak
19 July 2011
19 JULAI – Setelah sekian lama perjuangan parti pembangkang diasaskan di negara ini, PAS bersama dengan DAP dan PKR telah berjaya mewujudkan gandingan mantap Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga parti ini aktif dengan sokongan rakyat serta masih bertahan walau pun pelbagai rintangan dihadapi oleh mereka.
Deraan, seksaan, pengaiban, malah penjara sekali pun gagal mematahkan semangat perjuangan ketiga-tiga parti dan pengikut setia mereka.
Pemimpin yang gugur digantikan dengan yang baru manakala pemimpin yang telah berumur tetapi masih kental akal fikiran serta kepakaran strategi terus dikekalkan oleh ahli-ahli parti demi mencapai matlamat perjuangan.
Inilah semangat yang tidak ada di kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Bagi pemimpin UMNO-BN, apabila kuasa telah tercabut, tamatlah perjuangan mereka kecuali sekiranya kepentingan peribadi terancam. Hanya itu menjadi sebab mereka cuba menongkat langit.
Oleh itu apabila hak rakyat terabai, pelbagai pemasalahan ciptaan dan peninggalan BN telah mengkucar-kacirkan ekonomi negara serta mencabar sistem demokrasi Raja Berperlembagaan.
Inilah masa yang paling sesuai untuk rakyat bersama dengan Pakatan Rakyat menumbangkan BN sebagai salah satu kerajaan tertua di dunia yang angkuh dan bersikap kuku besi.
Usahlah diremehkan dengan perkara-perkara kecil seperti penutupan premis berunsur judi, larangan pekerja Islam bekerja di premis yang dikatakan haram serta penutupan premis hiburan pada bulan Ramadan akan datang.
Begitu juga tidak perlu diremehkan keadaan dengan keengganan memakai songkok jika ia sudah menjadi sebahagian daripada perpaturan pakaian seragam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Malah, tidak usah diremehkan dengan perebutan kawasan dan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang. Semuanya boleh diselesaikan secara musyawarah asalkan niat suci dan ikhlas.
Kita harus sedar perjuangan PR merangkumi semua bangsa dan etnik di negara ini. Oleh itu sebarang unsur yang dilihat oleh rakyat sebagai ekstrem mahu pun radikal akan gagal mensasarkan harapan PR ke Putrajaya. Inilah realitinya antara yang tersurat dan tersirat.
Selepas PRU 2008, sikap tolak-ansur DAP sebagai parti yang memenangi kerusi paling banyak di Perak yang melantik Menteri Besar dari PAS yang paling sedikit kerusi di negeri itu, membuktikan keikhlasan DAP terhadap sahabat-sahabat dalam PR.
Inilah yang patut dihayati oleh semua komponen dalam PR. Di sinilah perlunya gandingan PAS-DAP-PKR secara ikhlas demi merancakkan pertumbuhan ekonomi rakyat, terutamanya di negeri-negeri yang kini ditadbir oleh Pakatan.
Negeri-negeri PR memerlukan pembelaan daripada pemimpin-pemimpin berkaliber dan bukannya merebut-rebut untuk menguasai pimpinan negeri yang akan membantutkan usaha pembangunan ekonomi serta membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kita yakin, perpaduan jitu di kalangan negeri-negeri Pakatan, termasuk Kedah dan Kelantan yang rata-ratanya dikuasai oleh PAS, dapat membuka ruang untuk menerima idea-idea dan cadangan dari sahabat-sahabat DAP dan PKR serta mana-mana individu yang seangkatan pemikiran mereka dengan PR.
Jika perkara-perkara kecil gagal diselesaikan dengan baik, ia hanya memberi peluang kepada BN merampas kembali mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada PR pada PRU akan datang. – Roketkini.com

No comments:
Post a Comment