Tuesday, August 16, 2011

Tiga daerah praktik bacaan sejak 2008 tanpa masalah

ALOR SETAR - Bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sudah lama dipraktikkan di tiga daerah di Kedah, iaitu di Padang Terap, Sik dan Kulim dan tidak mendapat bantahan mana-mana pihak.



Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, program penghayatan al-Quran yang beliau perkenalkan di ketiga-tiga daerah itu ketika menjadi Pegawai Daerah diterima baik semua pihak, termasuk bukan Islam.



“Sejak tahun 2008 saya perkenalkan program itu di Padang Terap dan seterusnya diperluas ke Sik pada awal 2010 manakala di Kulim pada akhir 2010. Setiap pagi selama sejam bermula 8 pagi pada hari bekerja akan berkumandang bacaan al-Quran yang dipasang pada pembesar suara di beberapa lokasi dalam bandar,” katanya.



Menurutnya, bilik kawalan dipantau dari pejabat daerah dan hampir 50 hingga 80 peratus kawasan berdekatan bandar dapat menerima siaran terbabit.



“Program itu masih berjalan sehingga kini dan tidak mendapat bantahan bukan Islam dan ini menunjukkan penerimaan masyarakat di sini boleh bertolak ansur dan memahami amalan agama masing-masing,” katanya.



Mat Noh berkata, pihaknya juga memastikan suara daripada pembesar suara tidak dipasang terlalu kuat sebagai menghormati bukan Islam.



http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9434480.asp


1 comment: