Sunday, January 29, 2012

KUIN: ‘Serangan bertalu-talu macam nak jatuhkan Azizan’ dakwa Nasrudin Hassan

January 30, 2012

Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 30 Jan - Dewan Pemuda PAS pusat hari ini melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendakwa serangan yang dilemparkan seolah-olah mahu menjatuhkan Menteri Besar Kedah itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berkata semua pihak termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat perlu menghormati pandangan Azizan dalam isu penggantungan lima mahasiwa KUIN menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tegas beliau, walaupun sayap pemuda PAS itu tegas untuk memansuhkan AUKU namun perbezaan pandangan perlu ditangani dengan baik.

"Apabila ada dari kalangan kita yang berbeza pandangan seperti menteri besar Kedah...beliau berbeza pandangan dengan kita mengenai AUKU maka tangani perbezaan pandangan ini dengan positif sebab perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan.

"Jadi apabila menteri besar Kedah mempunyai pandangan berbeza, kita perlu dengan dan hadapi isu ini dengan baik...bukan serang bertubi-tubi, mengancam mahu jatuhkan kerajaan dan keluarkan kenyataan agar keluar PAS dan masuk Barisan Nasional (BN)," katanya menambah Pemuda PAS pusat konsisten berjuangan bersama Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mansuhkan undang-undang itu.

Nasrudin berkata pihaknya kesal dan kecewa dengan pihak tertentu yang bertindak menyerang Azizan yang sebelum ini menegaskan tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran KUIN.

"Kalau dengan kerajaan Umno-BN pun kita berunding mengenai AUKU, menteri pengajian tinggi dan timbalannya juga kita jumpa untuk bincang tapi mengapa dengan menteri besar Kedah kita pelakukan lebih teruk daripada BN?

"Sehingga ugut beliau keluar PAS, saya tidak nampak rasional melainkan saya bimbang ia adalah usaha untuk menjatuhkan reputasi dan kedudukan menteri besar Kedah...saya bimbang begitu tapi saya harap ia tidak berlaku," katanya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan parti itu.

Khamis lalu, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mengesyorkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan atas alasan bertindak bertentangan dengan prinsip Buku Jingga.

Namun Azizan menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Nasrudin turut membangkit persoalan mengenai serangan terhadap Azizan namun tidak menyerang Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh yang menjadi peguam bagi KUIN.

"Ia bukan sahaja libatkan Azizan, Karpal Singh juga peguam yang bela KUIN...adakah Karpal Singh sokong AUKU? Adakah Karpal Singh bertentang arus dengan Pakatan Rakyat? Kerapa Karpal Singh tidak diserang sebaliknya hanya serang menteri besar Kedah.

"Persoalan begini menimbulkan tanda tanya...kepada semua saya sarankan tangani keadaan ini dengan baik dan jangan keluarkan kenyataan berbaur jahat," katanya.

4 comments:

  1. Pandangan Ustaz Azizan betul dan tepat. janganlah kita cuba hendak menjatukannya,
    susah untuk mencari orang yg betul2 bersih, cekap dan amanah. Ini bukan isu politik.
    Ini adalah satu keadilan kpd pelajar untuk kebaikan mereka. Kita diluar tidak tahu
    samaada ini satu helah pelajar tersebut untuk menutup kelemahan mereka. Biarlah pihak
    yg berwajib menyelesaikannya. Campur tangan dari pihak luar akan merosakan pihak KUIN
    dan Ustaz Azizan.

    ReplyDelete
  2. kerana anda memulakannya.. maka anda perlu selesaikan!

    Kekadang fikiran orang muda ni... cerdik tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar.

    Membela 5 budak yg melanggar peraturan KUIN, sanggup memusnahkan pimpinan sebuah organisasi.

    Kalau yg ini tak boleh selesai, jangan termimipi nak tawan putrajaya

    ReplyDelete
  3. hehehehe...jgn terlalu marah pada org muda..sebabnya contoh yg dilihat pada org tua pun sebegitu jua...org2 tua yg menyeru ke arah melanggar peraturan/undnag2 negara...jika contoh tidak baik diberikan, maka akan menjadi ikutan.... akhir2 ni apa yg dilaungkan oleg PAS/PR berbalik memakan diri..dulu duk laung kebebasan media..lani habis boikot semua media perdana...dulu duk canang kebebasan untuk mengkritik pemimpin negara...lani bila kepimpinan PAS/PR kena cuit sket fuh segala macam undang2/peraturan dikenakan.....dulu duk riuh untuk kebebasan akademik.hapus AUKU...lani baru tau AUKU tu gunanya tuk apa...payah2 bila banyak cakap nie...byk cakap byk silap..byk silap byk dosa...byk dosa paham2 jela tempatnya kat mana kan....diharapkan PAS/PR lebihkan bekerja untuk membantu/tindakan ekonomi rakyat dr g sana sini taburkan janji2 bulan dan bintang yg belum tentu dapat ditunaikan atau tidak....

    ReplyDelete
  4. budak2 SMM ni, ada agenda tersmbunyi, pengerusi dia pun bukna mahasiswa..kena buang UMS lepas tu KUIS, kat KUIS pun buat demo yang sama....yang hairannya..masa selangor dan kedah diperintah BN budak2 ni tak kacau pun....tapi...sekarang melalak gila...semua ni opurtunis....jgn kita terjebak dengan anak2 muda...nak popular ...berani buat berani tanggung,,,, pelajar2 dulu buat demo jugak kena tangkap...biasa je tak malalak pun..

    ReplyDelete