Kisah Dato' Mat Bom
Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Gelaran 'bom' cukup biasa di Kedah untuk golongan kaki auta, putarbelit dan muhong besaq. Kalau sebut nama seseorang yang belakangnya ada BOM maka tanpa perlu diperjelaskan orang dah tahu sebab apa dia digelar begitu.. Misalnya Umag Bom, Saleh Bom, Pak Din Bom dll.
Terbaru, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato' Ahmad Bashah pulak seolah-olah nak ambilalih kerja 'mengebom' apabila menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.
Polis pun siasat tak habih lagi sapa punya angkara yang buat panggilan bom tu, tiba-tiba Tok Mat Bashah lebih laju dari polis buat keputusan. Hang tau mana mereka yang buat panggilan tu adalah 'orang yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah'. Besar kemungkinan orang tu ialah orang UMNO sendiri yang anti Tok Mat Bashah, yeelah orang dalam tu saja yang tau nombor telefon pejabat depa. Tak mustahil juga Mat Bashah sendiri yang buat sebab nak cari publisiti murah. MK tak tuduh cuma sebut kata 'tak mustahil'.
Inilah berita syok sendiri yang dipetik dari portal UMNO Kedah:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.
Sambil menyifatkan orang yang membuat panggilan berkenaan sebagai pengecut dan dayus beliau berkata panggilan itu sengaja dibuat bagi menakutkan petugas pusat khidmat beliau dan menjatuhkan semangat ahli UMNO Kedah.
"Namun kita tidak gentar dengan sebarang ugutan. Malahan saya yakin ugutan ini tidak akan berhenti tetapi akan berlaku lagi pada masa akan datang terutama kita semakin hampir dengan pilihan raya umum".
"Awal bulan ini berlaku tindakan menconteng bangunan UMNO Negeri Kedah dan sekarang ugutan terhadap pusat khidmat saya. Kita tidak gentar malahan akan terus mengiatkan usaha menawan kembali Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti MCA Kedah, di sini, malam ini.
Beliau mengulas mengenai panggilan palsu mengenai ada orang meletak bom di pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata pada petang ini. Selepas siasatan polis, tidak dijumpai sebarang bahan berbahaya.
Dia dok meroyan kot........sapa yang selalu pakai bom???????
ReplyDeleteIsh ish ish nak buat genpaq pulak no........awt tak habaq ada oghang boh C4.........kat situ no....