Oleh Ustaz Idris Ahmad
Umno jangan “perasan” Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN. Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara. Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno.
Pemimpin Umno bising dan menjadi modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya mengenai pemberian BR1M..
Maklumlah pemberian yang diberi 55 tahun setahun sekali, itu pun apabila kuasa Umno BN berada di hujung tanduk. Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno Bn untuk memberinya.
Keadaan yang sama juga berlaku di Trengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila Pas memerintah Terengganu 1999.
PAS LEBIH HINA SETIAP KALI CERAMAH CURI DUIT DARI KOCEK RAKYAT...
ReplyDeleteceh..curi pe bai. org hulur ikhlas. klu xnk bg pon xpe. bukn cam umno pkai duit rakyat termasuk la duit org pas. pas2 dduk kempen puak2 dye. blah la umno.
ReplyDelete