Monday, January 23, 2012

Ketua SPRM tempelak idea Nazri Aziz & Tun pasal Istihar harta..

Menteri isytihar harta kepada umum bukti telus

‘Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed berhasrat meminta semua anggota kabinet mengisytiharkan harta kepada umum. Beliau dilaporkan bersetuju dengan cadangan Presiden Majlis Peguam S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan. Semua anggota kabinet kini mengisytiharkan harta mereka setiap tahun kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi ia tidak didedahkan kepada umum. Cadangan mengisytiharkan harta anggota kabinet pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.’

Ini di antara petikan akhbar berkenaan topik di atas lama sebelum ini.

Draf artikel ini saya simpan sehingga isu pengisytiharan harta muncul kembali dengan berita Ketua Menteri Pulau Pinang dan Exconya mengisytiharkan harta dan kesediaan MursyidulAm PAS yang juga Menteri Besar Kelantan berbuat demikian jika diminta.

Pengisytiharan harta para penguasa sangat penting terutama di kalangan Perdana Menteri, Menteri kabinet, Menteri Besar dan exco. Mereka sebenarnya pemegang amanah dan pelaksana tanggungjawab mengurus dan mentadbir harta negara dan negeri, bukannya menjadikan jawatan itu tempat mengumpulkan harta dengan cara yang salah.

Kalau ada taqwa, seperti kata Tok Guru Nik Aziz, ia yang kawal cara pengumpulan harta tetapi apabila taqwa tidak ada, seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit yang lepas, pelbagai kos pengurusan dan pembaikian rumah Perdana Menteri dan Timbalannya, juga cara isteri Perdana Menteri berbelanja di dalam dan luarnegara, maka pengisytiharan harta menjadi sangat relevan dan sangat mendesak. Rakyat berhak tahu bahawa pemimpin yang diangkat oleh mereka bukannya penguasa-penguasa rakus yang membaham harta negara dengan cara salah.

Ketika Umar al-Khattab menjadi khalifah, beliau mengutus surat kepada para Sahabat yang menjadi gabenor di wilayah tertentu mengingat dan menegur mereka tentang kemewahan yang dilihat sudah melebihi dari yang sepatutnya sedangkan mereka tidak mungkin memiliki kemewahan itu kalau tidak menjadi gabenor.

Kes serupa terhadap Perdana Menteri dan Menteri kabinet. Kalau mereka tidak menjawat jawatan itu, adakah mereka akan punya kemewahan sedemikian? Atau kemewahan itu ialah hasil titik peluh menyimpan sepuluh dan duapuluh sen semenjak kecil sahaja?

Keberanian dan kesediaan Perdana Menteri dahulu serta Menteri kabinet mengisytiharkan harta menjadi bukti ketelusan, tetapi sebaliknya jika tidak berani maka ia seperti menyembunyikan sesuatu yang ditakuti rakyat akan tahu. Dan Allah Tetap Maha Mengetahui.

Nik Nasri Nik Malek,
Kemaman, Terengganu

No comments:

Post a Comment