Henti karaoke kotak
January 21, 2012
KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuat keputusan menghentikan pengeluaran lesen karaoke kotak selepas menerima laporan negatif dari pelbagai pihak kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu mengenai operasi hiburan berkenaan.
Aduan yang sering diterima PBT tersebut ialah sebahagian besar pengunjung terutamanya remaja yang berhibur di pusat-pusat hiburan yang menyediakan karaoke kotak sering berperangai tidak sopan.
Tinjauan di sebuah pusat beli belah terkemuka di bandar ini semalam, mendapati lebih 40 karaoke kotak tidak lagi beroperasi dan lengang berbanding sebelum ini.
Seorang pengunjung, Hamidah Abdullah, 39, berkata, keputusan MPK adalah tepat ketika orang ramai memandang serong kewujudan karaoke kotak itu yang seolah-olah menggalakkan orang ramai terutama golongan remaja bersosial.
“Karaoke Kotak ini biasanya menjadi pilihan golongan remaja dan mereka terdedah kepada perlakuan negatif seperti berpelukan bersama pasangan masing-masing dan ini memberikan pandangan yang kurang sopan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan dan Peniaga Kecil MPK, Datuk Suhaimi Sulong, berkata, keputusan menghentikan pengeluaran lesen kepada pengusaha terbabit berdasarkan aduan diterima.
Menurutnya, kewujudan karaoke terbabit menimbulkan rasa tidak selesa dan permasalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan maksiat adalah sebab keputusan itu dibuat.
“Setakat ini, pengusaha terbabit akur dengan peraturan dan semua karaoke kotak yang beroperasi di beberapa pusat beli belah dan premis perniagaan tidak lagi beroperasi sejak awal tahun ini,” katanya.
Aku dengar ada ura2 karaoke jenis kotak ni nak buat di Baling.Dengar kata DO dah bagi green light dah, tapi di tentang oleh Ahli Majlis. Kalau hangpa nak tau lebih lanjut,kena siasat sendiri la.
ReplyDeletekat Sg Petani dah semangkin banyaknyak Karaoke jenis kotak dan karaoke jamban ....di CS dan Village Mall ... Tulis pusat hiburan keluarga tapi yang ada dalam kotak tersebut kebanyakan pasangan bukan mahram dan 1005 melayu Islam ... jap kami nak pi buat survey hari ini dan nak masuk dalam blog Landas/UNGGAS ...
ReplyDelete