Wednesday, January 25, 2012

Ini cerita Pejabat UMNO aka Pejabat Penghulu tempat Mat Bashah tumpang nak kena "BOM"

‘Letak bom bawah pentas’
ROSLINDA HASHIM & SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
January 25, 2012
bom

ALOR SETAR - Pejabat Umno Bahagian Alor Setar digemparkan dengan panggilan palsu mendakwa terdapat bom di kawasan pejabat itu, lewat petang semalam.

Pembantu Am pejabat, Shamshul Anuar Aziz, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali itu sekitar 4:45 petang, yang memaklumkan ‘aku letak bom bawah pentas’.

Sebelum itu, katanya, telefon pejabat itu berdering sebanyak lima kali namun tidak dijawabnya kerana pejabat itu yang juga Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ditutup sempena cuti umum Tahun Baru Cina.

“Saya jawab panggilan keenam itu kerana bimbang ada kecemasan. Tak sangka pula ianya panggilan bom. Mulanya saya tidak percaya dengan apa yang saya dengar, mungkin ada orang nak bergurau sahaja, selepas fikir sejenak, bimbang pula ianya benar,” katanya.

Shamshul Anuar kemudian memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha pejabat, Abdul Kader Mohamad yang menasihatinya supaya membuat laporan polis.

“Saya kemudian ke Balai Polis Daerah Kota Setar membuat laporan mengenai kejadian ini sekitar 7.05 malam,” katanya.

Ahmad Bashah yang ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Kedah, malam semalam berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku sepanjang beliau bergelar wakil rakyat.

“Saya difahamkan anggota polis terus ke lokasi pejabat saya untuk membuat pemeriksaan, namun tiada bahan seperti bom ditemui. Walaupun hanya panggilan palsu namun kawalan keselamatan terhadap pekerja dan diri saya perlu dibuat,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini hanya bangunan pejabat Umno diconteng dengan kata-kata nista beberapa kali, namun inilah kali pertama ugutan seperti ini dibuat terhadapnya.

“Saya andaikan perkara ini ada unsur ugutan untuk menakut-nakutkan saya dan pekerja. Mungkin ada pihak yang marahkan saya, dan buat perkara tidak berfaedah seperti ni. Namun ianya tidak jejaskan apa-apa,” katanya.

Ahmad Bashah turut menyelar perbuatan individu yang cuba menimbulkan kekecohan dalam kawasan pejabatnya dan menyifatkan ianya tindakan seorang pengecut.

Rumusan :

  • Telefon Berdering 6X
  • pejabat ditutup cuti raya cina
  • dering ke 6 baru jawab takut kecemasan
  • Tak sangka pula ianya panggilan bom
  • Mulanya tidak percaya mungkin ada orang nak bergurau
  • lepas fikir sejenak, bimbang pula ianya benar maklum kat s/u pejabat
  • dinasihat lapor polis
  • polis mai..bla ba bla....

No comments:

Post a Comment