Sunday, January 29, 2012

Mai Debat BUDAYA BARAT.. mai 10 perkara nie bukan buaya barat kaa..???

Oleh Ameno World

Rasanya ramai dah tahu bahawa ahmad maslan bagi alasan DEBAT BUDAYA BARAT sebagai respon balas dalam isu DEBAT NAJIB VS ANWAR. Mungkin ahmad mhttp://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/d65885a0515f97e5177077dfca6ecc57_XL.jpgaslan tidak faham bahawa malaysia sudah lama mengamalkan budaya2 barat neh dan yang lebih dasat ia dipelopori oleh umno, parti yang dianggotai oleh ahmad maslan itu sendiri.

Dalam isu neh, soal samada debat itu budaya barat ka islam ka apa ka bukan isu langsung. Isu nya sejauh mana debat neh boleh membantu aku, ko dan kita semua mengenali apa yang ingin di bawakan oleh najib dan anwar kepada rakyat malaysia.

Jika debat neh boleh membuka jalan supaya rakyat2 macam aku dan ko kenal apa yang ingin pemimpin2 kita buat, maka aku tak nampak apa silapnya. Yang penting ialah isi debat ialah isi ilmiah. Bukan isi maki hamun, fitnah, meroyan, lari topik apatah lagi label melabel.

Mari kita lihat 10 perkara barat yang di amalkan oleh kerajaan dan umno tanpa banyak soal dan pertikaian oleh ahmad maslan selama neh. Jika yang di bawah neh boleh, kenapa debat tidak boleh pula?

1. Perlembagaan malaysia.

Ini sah2 budaya barat. Sistem pentadbiran yang diwarisi dari penjajah yang pernah menjajah tanah melayu. Walaupun perlembagaan malaysia telah diubahsuai agar mengikuti acuan dan budaya negara kita tetapi still ini budaya barat yang kita bawa, tiru dan amal. Yang neh ahmad maslan dah lupa ka?



2. Pakaian.

Lihat baju yang ahmad maslan neh pakai. Dari mana? Budaya malaysia kah?


3. Tidak menutup aurat.

Bab tudung aku no komen. Sebab tidak bertudung neh ramai orang dah amalkan sebelum2 neh tak kira dari barat or timur. Tapi bab dedah2 badan neh. Yang seksi2 neh asalnya dari mana? Bukan barat kah?


4. English.

Bukan budaya barat ka? Bukan kah kita selama neh belajar bahasa enggeris bagi memperkasakan ilmu pengetahuan kita supaya kita boleh cipta pelbagai teknologi dan macam2 lagi bagi membantu kehidupan kita? Jadi, jika english boleh, kenapa debat tidak boleh?



5. Komputer.

Walaupun asalnya bukan dari barat tapi benda neh melalui pelbagai evolusi di barat sehingga berjaya dikembangkan. Di bawa masuk ke malaysia dan digunakan dengan meluas. Jika komputer boleh, kenapa debat tidak boleh? Ahmad maslan pun guna komputer rasanya, kan?



6. Kasino dan pusat hiburan.


Yang neh aku tak sure kenapa umno dulu2 bawa masuk ke malaysia. Aku pun tak sure kenapa umno masih meneruskan perangai2 begini pada zaman sekarang. Tapi yang aku sure ia ada kaitan dengan cara hidup barat yang suka kepada hiburan berdasarkan kepada sejarah penubuhan kasino di genting yang aku pernah baca dulu2. So, kalau yang neh boleh, kenapa debat tidak boleh?

7. Kilang arak.


Yang neh pun aku tak pasti kenapa umno setuju luluskan pembinaan kilang arak neh di malaysia. Tapi still ada involvement dari orang2 putih dalam kilang neh. Kalau arak boleh, kenapa debat tidak boleh?

8. Program hiburan dan konsert2.

Tidak adil menyalahkan semua program hiburan dan konsert2 itu melalaikan. Tapi still neh bukan budaya yang dicipta oleh orang malaysia. Ia masih budaya luar yang di bawa masuk. Lebih2 lagi konsert adam dan elton yang gay dari barat tue pernah berlangsung di malaysia tahun lepas. Rileks jek. Jika budaya barat neh boleh ditiru, kenapa debat tidak boleh?


9. Cara bersosial yang mengikut budaya barat.

Parti larh, sambutan harijadi larh, sambut halloween larh, raikan valentine larh.. itu apa? Bukan dari luar yang dibawa masuk ke malaysia ka? Tindik hidung, mulut, warna rambut, pakai rantai, seks bebas dan lain2, itu apa? Bukan nak main isu peribadi anak2 pemimpin umno disini tapi kalau anak2 pemimpin umno pun kebaratan dan sekarang mungkin kekoreaan, tapi kenapa yang itu okey tapi bab debat tak okey pula?


10. U.M.N.O



United Malays National Organization. <== nama parti gunakan bahasa enggeris sebab ketika itu ramai anak2 muda yang belajar di luar negara [barat] kembali ke malaysia dan mula menyertai perjuangan bagi menentang malayan union. Kalau dah umno itu sendiri membawa masuk konsep2 barat ke malaysia, jadi kenapa debat tidak boleh pula?

Bukan seme budaya2 barat neh teruk. Kita kena pandai bezakan ia. Ada yang baik boleh follow, ada yang buruk memang kena tinggal. Tapi silap kita bagi muka pada umno = geng2 barat. Hah tengok, neh lah musibah dia bila budaya2 barat = umno, mai malaysia dan tadbir negara neh. Habis rosak seme nya. Heh.

Ahmad Maslan, jawab. Kalau berani larh. Heh.

petikan dari http://amenoworld.blogspot.com

No comments:

Post a Comment