Sebenarnya kenyataan saya itu hanya satu respon sewaktu sidang media. Tidaklah keras seperti yang disebut oleh MSO dalam harakahdaily.
Nak jadi pengulas politik kenalah kuat ingatan.....MSO tak ingat ke bukankah Aziz Bari juga yang cadang MB Kedah itu ganti Presiden Pas pada 2009? Objektiflah sikit.... tak ada sebab saya nak dendam dengan MB Kedah. Tapi apa yang salah saya kena betulkan. AUKU akta zalim, tidak Islamik. Kena tentang. Kita jangan terlibat melaksanakan kezaliman.
Tentang yang komen 'baru dua hari masuk politik nak ajar orang' reaksi saya begini: saya bukan hendak sangat masuk politik ni; saya didesak untuk masuk politik. Dan saya tak mahu ikut budaya politik lalang. Saya nak bawa budaya akademik yang berani dan tegas memperkatakan yang benar dan adil. Tidak berbelit-belit. Dan saya tidak berniat untuk cari makan dengan politik. Saya hanya hendak menyumbang kalau diterima. Kalau rakyat tak suka saya boleh balik ke dunia asal saya'
Ini brand politik saya. Kalau ini dikatakan tidak politik persetan dengan mereka. Pada saya politik itu baik; bukan untuk bermuka-muka dan mengelirukan rakyat
Sila sebarkan....
AAB
--- Saya rasa tidak perlu juga untuk saya mengulas balik mengenai penjelasan Aziz Bari itu. Terimalah seadanya dan untuk menjustifikasikna penjelasan Aziz ini baca semula posting saya mengenai hal berkenaan. Salam MSO. [wm.kl.7:13 am 29/01/12]
tapi kalau ada campurtangan politik seperti diminta Aziz bari utk dilakukan oleh Ustaz Azizan.. itu namanya ikut perangai UMporNO yg selalu campurtangan urusan universiti.... lagi teruk...
ReplyDelete