Tekad pengayuh perahu tambang Sungai Kedah
ALOR SETAR – Biarpun sudah mencecah usia 70 tahun, kudrat Teoh Lean Hock (gambar kecil) untuk mengemudi sebuah perahu tambang di Sungai Kedah di sini masih kuat.
Lean Hock berkata, dia mengemudi satu-satunya perahu tambang di pusat bandar Alor Setar sejak enam tahun lalu dengan bayaran 30 sen sehala.
“Ramai yang masih menggunakan perahu tambang ini terutama penduduk di beberapa kampung di Seberang Nyonya yang mahu berulang alik ke Pekan Cina,” katanya ketika ditemui di jeti pelantar kayu Pekan Cina di sini baru-baru ini.
Kata anak kelahiran Alor Setar itu, pada ingatannya, perkhidmatan perahu tambang wujud lebih 60 tahun lalu dengan tambang serendah lima sen sehala.
“Perahu tambang ini sangat unik kerana ia mengingatkan zaman lampau yang banyak menggunakan pengangkutan ini untuk bergerak,” ujarnya yang merupakan seorang bekas nelayan.
No comments:
Post a Comment