January 24, 2012
ALOR SETAR - Penggunaan bekalan darah di hospital yang meningkat pada musim perayaan termasuk Tahun Baru Cina memerlukan bekalan darah bagi menampung keperluan tersebut.
Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Ramli Mohd Yunus berkata, bekalan darah yang didermakan oleh orang ramai diperlukan bagi membantu kes kecemasan seperti kemalangan yang berlaku pada musim perayaan.
“Keperluan bekalan darah yang diperlukan itu juga bertujuan merawat pesakit talasemia, kanser, penyakit jantung dan hati.
“Orang ramai yang ingin menderma darah boleh pergi ke Aras 1, Jabatan Transfusi HSB yang beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis bermula jam 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.
Ramli berkata, selain itu bagi memberi kemudahan kepada orang ramai, kaunter menderma darah turut dibuka di kompleks membeli belah pada masa ditetapkan.
Wa caya sama lu bro....Ramli Mohd Yunus
ReplyDelete