oleh Tulang Besi
Adapun keputusan MB Selangor di dalam mengambil alih portfolio agama telah dijadikan isu yang tersangat besar oleh juak2 UMNO.
Maka, Tulang Besi telah pergi ke Portal Kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Rupa-rupanya, MB Negeri Sembilan, YAB Mohammad Hasan, juga memegang portfolio agama di negeri tersebut.
Tertulis di blog YAB Menteri Besar Negeri Sembilan:

Jawatan : • Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus (bermula 25 March 2004)
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustri
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan dan Peneranga
Ertinya, MB Negeri Sembilan telah memegang portfolio agama semenjak tahun 2004 lagi, yakni semenjak beliau menjadi MB Negeri Sembilan.
Adakah YAB Mohammad HAsan ini berkelulusan agama? Malahan, latar belakang Mohammad Hasan sama dengan Tan Sri Khalid, yakni mereka berlatar belakang korporat sebelum menjadi MB negeri masing-masing.
Kepada juak2 dan media UMNO, berhentilah mengata dulang paku serpih. Kelak kamu hanya menjadi bahan kutukan manusia sahaja.
Tulang Besi

No comments:
Post a Comment