Saturday, January 28, 2012

Gua Ikhlas la cakap... Gua sebenar letih la dengan kelaku hang nie ANWAR....

oleh Anakkedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/422940_351752794844371_193731771_n.jpg
Gua Ikhlas la cakap... Gua sebenar letih la dengan kelaku hang nie ANWAR.. bukan lu nie macam gila microphone laaa jugak macam sesetengah pimpinan yang lain tuu... cakap street to the point jaa tak yah madah-madah sangat.. bila madah-madah macam nie la jadinya... sebelum tu bab HOMOSEKSUALITY atau IKTIRAF GAY.. cuba tengok masa tuu berjabu dok kena tepis berita dari media pencacai.... sekarang ko buat pulak.... Gua rasa lepas nie jangan laa ketagih buat kenyataan sangat dah semak kepala dah nie....

Israel: Amaran Anwar, 'jangan belit kenyataan saya'
Wartawan Sinar Harian
28 Januari 2012

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau "mengkhianati aspirasi rakyat Palestin."

Ketua Pembangkang menegaskan, pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi dan kenyataannya juga tidak berbeza daripada pendirian dasar luar Malaysia dalam isu Israel-Palestin.

"Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut, malah pastinya digilap dan diperkukuh," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini - beberapa jam selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laporan Bernama awal petang tadi memetik Muhyiddin berkata beliau meminta Anwar tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah akhbar Wall Street Journal.

Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Ketua Umum PKR itu bermakna beliau mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," katanya kepada pemberita di Muar.

Dalam kenyataannya, Anwar berkata, "saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin."

"Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya lagi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pendiriannya ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara.

"Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York," katanya.

Oleh itu tegas beliau, ternyata dari kenyataan Menteri Luar, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," katanya.

ADMIN TAMBAH SIKIT : Ini penjelasan DSAI


No comments:

Post a Comment