Tuesday, May 1, 2012

POLIS...Jangan Jadi Alat dan Pencacai UMNO....

Oleh : PUTERI BULAN

Demam Bersih 3.0 melanda...puluhan ribu rakyat berkumpul di Kuala Lumpur dan ribuan lagi di negeri-negeri lain. Rakyat bersatu tanpa mengira agama, bangsa, miskin, kaya, berjawatan tinggi, petani, nelayan, bahkan penganggur sekali pun semata-mata menuntut agar pilihanraya dijalankan secara bersih, telus, adil tanpa unsur-unsur rasuah lebih-lebih lagi campurtangan dari pemimpin-pemimpin parti pemerintah...

Setiap hati yang sanggup menggadaikan nyawa, masa dan wang ringgit, berjalan berbatu-batu, mengharungi rintangan....tiada sekelumit inginkan keganasan..apatah lagi sehingga menumpahkan darah....

Tapi..siapa tau...musuh sentiasa mencari jalan agar...imej Bersih 3.0 tercalar..provokasi murahan digasak ke telinga rakyat...kononnya peserta Bersih 3.0 menimbulkan keganasan dan hura-hara..Tapi siapa boleh menyangka ....kita manusia merancang...Allah juga merancang dan perancangan Allah lebih tersusun dan tepat.....dalam keghairahan...media massa dibawah telunjuk UMNO busuk menuding jari menuduh peserta Bersih 3.0 ganas dan agresif..tiba-tiba tak semena-mena terkeluar kenyataan dari Zaharin Mohd Yaasin, Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, yang membuat tindakan bodoh tetapi menguntungkan, apabila dengan bangganya memaklumkan di wall facebooknya terdapat 2 ribu polis menyamar menjadi peserta Bersih 3.0 atas. Sebagai pengenalan diri, semua mereka mempunyai lilitan kain kuning ditangan masing-masing...tujuan penyamaran itu untuk melakukan provokasi, mencetuskan keganasan, bertindak agresif, ganas dan melakukan aksi luar kawalan agar perhimpunan itu tercemar dan secara tidak langsung memberi pandangan buruk kepada penduduk Malaysia khususnya......himpunan Bersih mengancam keselamatan.



Ketua Polis Negara, WAJIB letak jawatan..Timbalan Perdana Menteri WAJIB MALU dengan perbuatan itu...Menteri KDN WAJIB minta maaf secara terbuka kepada peserta Bersih 3.0.

Kalau itu sikap dan cara kita mentadbir negara..SEWAJARNYA IANYA DIJATUHKAN...SEMAKIN LAMA DIBERI KUASA..SEMAKIN RAKUS BERMAHARAJA LELA ..MERATAH UNDANG-UNDANG DEMI MENJAGA PERUT YANG BUSUK, BUSUNG..PENUH DARAH DAN NANAH HANYIR..MENELAN HAK-HAK RAKYAT..SEMATA-MATA MEMPERTAHANKAN SURVIVAL KEHIDUPAN YANG PENUH PEMBOHONGAN DAN KEZALIMAN.

kalau begini cara anggota keselamatan kita bertindak...apakah kita semua berani jamin keselamatan kita sekiranya negara kita diserang oleh negara luar...tidak mustahil demi sebuah survival yang busuk...pemikiran yang tak bertamadun...mereka sanggup menggadaikan tanah air sendiri demi mengharapkan ganjaran......

Puteri teramat tercabar dan ada ketikanya Puteri terasa sebak sehingga mengalir air mata..betapa hinanya manusia yang sanggup memperjudikan diri, rela membiarkan diri menjadi hamba kepada rejim yang angguh, sombong, kejam dan tak berperikemanusia....

Kisah..di zaman silam..seorang kanak-kanak ditakutkan dengan kedatangan seorang anggota keselamatan...dengan berani dia berkata..." apa yang perlu ditakutkan....aku tidak melakukan kesalahan.." tetapi wajarkan ayat sedemikian diucapkan oleh kanak-kanak sekarang....pada hakikatnya..polis sedia menangkap dan membelasah orang-orang yang tidak bersalah.

Rasanya...mungkin kurang adil..kesalahan diletakkan 100 peratus kepada pihak polis..walhalnya...mereka hanya mengikut arahan yang WAJIB dipatuhi.....maka wahai anggota polis sekelian...sedarlah.....mereka kenyang..anda semua lapar..mereka tersenyum lebar...anda semua dibenci dan dicaci....anda semua diarah membelasah sesiapa sahaja tetapi senang sahaja Najib pergi memohon maaf atas kelanjuran polis membelasah pemberita....wah...Najib menjadi hero...polis dilabel sebagai pengganas..WALHALNYA TINDAKAN POLIS SEDEMIKIAN ATAS ARAHAN SIAPA....TOLONG SEDAR...ANDA SEMUA DIPERALAT DEMI MENJAGA POLITIK MEREKA YANG SEMEMANGNYA TERLALU BUSUK DAN PENUH PENYAKIT...

KENAPA ANDA SEMUA TIDAK TERFIKIR...SEKIRANYA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MALAYSIA...ANDA SEMUA AKAN BEKERJA DI BAWAH SIAPA? SIAPA PERDANA MENTERI ANDA SEMUA KETIKA ITU...SIAPA MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI KETIKA ITU......

Silalah menjadi anggota polis yang bermaruah....tindakan polis dalam perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu..bahkan di perhimpunan bersih yang lepas-lepas mempamerkan sikap yang LANGSUNG TIDAK BERETIKA DAN BERMARUAH...anda memulakan keganasan...anda mencetuskan huru-hara...anda juga dengan rakus menembak dan melepaskan gas pemedih mata....anda pamerkan aksi..polis belasah polis...polis pukul polis...polis jahanamkan kereta polis...kemudian dengan bangganya anda semua kejar dan tangkap peserta-peserta Bersih yang tidak berdosa...



Entahlah....bukan salah ibu mengandung....bukan salah guru mendidik...
Ingatlah....perbuatan anda semua disaksikan oleh 2 malaikat dikiri kanan anda...Raqib dan Atib...silalah anda jawab dihadapan Allah di Masyhar kelak....

BUKAN POLIS SAHAJA..SESIAPA SAHAJA YANG TERLIBAT DENGAN PERANCANGAN JAHAT INI..TIDAK AKAN TERLEPAS DARI HUKUMAN ALLAH..... 

No comments:

Post a Comment