Friday, May 18, 2012

Program Mega PAS : Hijau ke Putrajaya

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan satu program anak muda besar-besar yang dipanggil “Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya”.

“Projek Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya adalah merupakan sebuah projek mega Dewan Pemuda PAS Malaysia. Motifnya adalah untuk mengembeleng dan mobilisasi kebangkitan anak muda seluruh negara dan memimpinnya agar berjuang bersama PAS untuk menegakkan cita-cita perjuangan Islam melalui tawaran induk PAS iaitu Negara Berkebajikan”, jelas Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ketika dihubungi, Ustaz Nasrudin juga turut memberitahu bahawa program ini adalah bersempena dengan momentum anak muda yang mahukan perubahan di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.


“Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya ini adalah antara projek fasa akhir Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelang pilihanraya umum ke 13 pasca BERSIH 3.0. Ia juga merupakan kesinambungan bagi momentum kebangkitan anak muda yang ditonjolkan ketika BERSIH 3.0 sebelum ini dengan kadar mencecah 80 % dari keseluruhan jumlah peserta BERSIH 3.0 yang menentang ketidak adilan dalam pengurusan sistem pilihanraya negara”.

Menurutnya lagi, 1 Jun telah dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya ini dan bertempat di Stadium Darul Aman Kedah bermula jam 4.00 petang sehingga ke 7.00 malam.

Beliau juga telah memaparkan tentatif bagi program ini di dalam laman sosial Facebook beliau. Program ini juga turut menampilkan pimpinan PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga figur-figur terkemuka seperti Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman dan ramai lagi.

Beliau juga menjemput semua lapisan anak muda untk hadir ke program Xpresi Hijau ini.

“Jangan ketinggalan untuk menyertai gerakan kebangkitan anak muda kali ini kerana kita mahu menggapai pertolongan dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah”.

“Kami turut mengadakan konvoi motorsikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke tempat program yang akan diketuai oleh Ketua Pemuda sendiri”, beritahu A. Halim selaku Pengarah DACS merangkap pengarah program konvoi permotoran.

Berdasarkan makluman yang diterima, program ini akan diakhiri dengan Himpunan Hijau ke Putrajaya oleh PAS Pusat. Program ini akan dimulakan dengan munajat dan diisi dengan pidato dan motivasi perjuangan oleh pimpinan-pimpinan utama PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment