Monday, June 11, 2012

Biar akhbar berbicara...siapa hina Raja Melayu yang sebenarnya...!!!

BIAR KERATAN-KERATAN AKHBAR BERBICARA...BIARPUN KISAH LAMA PURBA, TAPI DEMI PENCERAHAN MINDA....SIAPA SEBENARNYA MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU...




Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa....Itulah antara ungkapan yang dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC sebagai Presiden UMNO.


Dizaman beliaulah UMNO tanpa rasa segan silu malahan cukup bangga dan megah menerjah Institusi Raja-Raja Melayu sehingga tercalar amat parah lagi teruk... Ketika itu UMNO cukup kuat...Datanglah ribut taufan melanda tidak akan goyah tumbang jauh sekali.


Kini bila UMNO dah nak rebah sembah bumi, cuba memainkan isu Raja-Raja dengan harapan dapat kembali sokongan orang-orang Melayu terutamanya dikalangan anak-anak muda, yang kini sudah kelihatan lebih mau mendakap perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.


Cuba menjadi jaguh yang sanggup pertahankan Raja-Raja Melayu tanpa terfikir dibenak kepalanya yang rakyat sudah tahu sepak terajang politik dan niat sebenar UMNO.

Sekarang informasi dihujung jari...kisah lama yang cuba dikuburkan mampu digali.

UMNO SUDAH TAK MAMPU MENUNDING JARI SAMBIL MENYURUKKAN DIRI...

http://omakkau.blogspot.com

1 comment:

  1. UMNO terus menipu pengikutnya dari dahulu hingga kini dan mungkin untuk selamanya.

    ReplyDelete