Thursday, June 7, 2012

BN sedang dok make-up diri supaya nampak segak walaupun hakikatnya sudah hudoh..!!!

Sebenarnya BN sedang berusaha merebut mandat rakyat dari Pakatan Rakyat 
Oleh Aspan Alias

Sesungguhnya pilihanraya kali ini ialah pilihanraya untuk mengalahkan Pakatan Rakyat. Begitulah situasi sebenarnya kerana banyak dalil yang menunjukkan yang BN sedang tercari-cari waktu yang sesuai sejak setahun yang lalu untuk menentukan tarikh pilihanraya umum ini.

Sesungguhnya jika PRU di adakan sekarang PR akan mendapat mandat rakyat dan hakikatnya BN sedang berusaha untuk mengalahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyatlah yang sebenarnya yang  sedang mempertahankan mandat itu.. 

Sebagai parti yang memerintah BN masih  membelek tarikh-tarikh yang sesuai kerana jika salah tarikh mereka khuatir BN akan dikalahkan dengan teruk oleh Pakatan Rakyat yang kini mendapat perhatian rakyat sebagai satu-satunya pilihan jika hendak menolak BN.
Inilah kali pertama kita melihat keadaan parti pemerintah tidak dapat menentukan tarikh pilihanraya walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memujuk rakyat kembali kepangkuan BN khususnya UMNO Baru. Usaha untuk membetulkan UMNO Baru sudah tidak akan berjaya lagi kerana untuk membetulkan UMNO itu ia mesti di lakukan oleh pemimpin UMNO Baru yang tidak terlibat dengan pentadbiran sekarang.
Ia tidak boleh lagi dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang telah secara ‘collective’ membinasakan UMNO Baru  itu. Baik Najib, atau pun Muhy (muhyiddin) dan semua barisan pimpinan pada hari ini tidak akan mampu untuk mengembalikan UMNO ketahap yang pernah mereka alami dahulu. Bagaimana mereka yang merosakkan UMNO boleh memperbaikinya?
UMNO  Baru ini sepatutnya diperbetulkan semasa parti ini belum mengalami kerosakkan yang seburuk sekarang. Kalau diperbaiki dari dulu mungkin jugalah parti ini mampu diperbaiki. Semasa dahulu belum ramai lagi barisan pemimpin yang melakukan rasuah misalnya. Maka UMNO boleh membaikinya dengan cara kita makan tebu….busuk seruas kita buang seruas.
Tetapi sekarang ini keseluruhan batang tebu itu telah berulat dan tidak ada lagi ruas yang baik untuk dimakan. Maka terpaksa kita buang keseluruhan batang tebu itu, dan itu pun yang hendak dilakukan oleh rakyat termasuk ahli-ahli UMNO yang akan membuat perhitungan di dalam peti undi nanti.
Ibarat kata keseluruhan tanaman tebu itu mesti dilakukan ‘replanting’ keseluruhan kepada kebun tebu yang berulat itu jika masih berminat untuk mendapatkan tebu-tebu  yang boleh mendatangkan hasil. Rakyat mahukan batang-batang tebu yang tinggi kualitinya, bukan setakat batang-batang tebu yang layak untuk dimakan oleh gajah sarkis sahaja.
Pendeknya sekarang begitulah yang dihadapi oleh UMNO Baru ini.  Kalau UMNO masih lagi berkeyakinan untuk menang tidak munasabah Najib belum berani mengadakan pilihanraya umum kali ke13 ini.
Jika begitu keadaannya, hakikatnya BN sedang berjuang untuk mengalahkan pengaruh PR yang mereka anggap akan memenangi PRU ini jika dipanggil sekarang atau sebelumnya. Jika kita hendak fahami lagi maksud saya  itu, BN sudah kalah, dan jatuh sebelum terbang (crashing before taking off).
Maka menghadapi situasi ini bukannya satu perkara yang mudah kerana BN tahu yang parti itu akan tewas dalam pilihanraya kali ini. Justru itu jugalah sebabnya beberapa orang pemimpin besar UMNO Baru telah membuat berbagai-bagai cerita yang kita akan menghadapi huru-hara jika PR kalah dalam PRU ini
Sebenarnya BN lah yang akan kalah dan BN jugalah yang akan ‘orchestrate’ huru hara itu. UMNO belum pernah hilang kuasa lagi. Oleh kerana itulah untuk menerima penolakkan rakyat itu sangat susah bagi BN, seolah-olah seperti hendak memisahkan kulit dengan daging. UMNO sebenarnya tidak ‘gentleman’ seperti parti-parti pemerintah di negara-negara maju.
Di negara-negara maju, parti pemerintah yang kalah dalam pilihanraya begitu ‘gentleman’ dan menyerahkan kuasa dengan berhemah dan halus mengikut tata-cara peralihan kuasa yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan dan undang-undang negara. BN ini jika kalah sekali pun, ia akan berusaha untuk menyekat PR untuk mengambil alih kuasa dan semuanya bersebab.
Sebenarnya jika pimpinan itu bersih mereka tidak akan takut dengan kekalahan dalam pilihanraya kerana itu adalah biasa dalam mana-mana negara yang demokratik. Di negara Jepun, PM nya pernah bertukar sebanyak tiga kali dalam dua tahun tetapi tidak memberikan masalah kepada negara itu. Tetapi disini pemimpin-pemimpin kita terlalu banyak kesalahan dan jenayah yang mereka lakukan semasa berkuasa. Jika terlepas dari kuasa mereka takut untuk menghadapi ‘consequence’ kepada kekalahan itu.
Ini adalah akibat dari kita tidak menghormati sistem pentadbiran dan memilih untuk menjahanamkan sistem itu untuk kepentingan politik peribadi yang tiada hadnya. Sejak Mahathir menjadi PM , beliau yang menguasai sistem bukannya sistem yang menguasai negara.  Mahathir mahukan segala-galanya berada di dalam tangan beliau.
Beliaulah Hakim, beliau jugalah Polis, beliau jugalah Undang-Undang. Akhirnya undang-undang yang mengikut kehendak beliau dari beliau mengikut undang-undang. Cara beliau mentadbir tidak ubah seperti P Ramlie dalam lakonan beliau dalam filem ‘Ahmad Albab’ yang beliau sendiri arahkan. Kalau kita tengok filem itu beliau mengaku yang beliaulah general manager, beliau lah peon dan beliau jugalah yang menjadi salesman dan kontraktornya.
Apabila beliau merasakan tekanan setelah begitu lama memerintah, beliau meletakkan jawatan dan menyerahkan segala warisan yang luntur itu kepada Pak Lah. Segala-galanya telah berkecai semasa Pak Lah mengambil alih dan Pak Lah tidak mampu untuk membetulkannya kembali.  Rakyat melihat ini semua dan sejarah Mahathir ini akan ditulis dengan teliti oleh beberapa orang sejarawan apabila sampai waktunya.
Sekarang Mahathir menyalahkan semua orang terutamanya menyalahkan Pak Lah sedangkan Pak Lah semasa mengambil alih kuasa, segala sistem negara telah hancur lebur. Tinggal lagi Mahathir bijak untuk meletakkan jawatan betul-betul sebelum masalah ciptaan beliau itu meletup. Beliau melepaskan tangan dan akhirnya Pak Lah lah yang menerima akibatnya.
Kerosakkan itu sekarang di warisi oleh Najib dan Najib menerima jawatan itu kerana menjadi PM itu adalah ‘ultimate’ bagi beliau dan Najib sekarang sedang menghadapi masalah yang lebih besar dari yang dihadapi Pak Lah kerana Najib sendiri menambah masalah negara dengan lebih besar lagi.
Isu terhadap Najib dan BN terlalu besar dan tidak dapat diperbaiki lagi. Usaha Najib untuk membetulkan keadaan ibarat tikus membaiki labu. Ini semua mendapat perhatian rakyat yang sudah terlalu jemu dengan isu-isu yang tidak dapat lagi diterima oleh sebahagian besar rakyat.
Rakyat sudah letih dengan gelagat pemimpin-pemimpin kita maka mereka (rakyat) mengambil pendirian, ‘enough is enouh’. Rakyat sudah tidak lagi mahukan ‘faked leadership’ yang terlalu bergantung kepada ‘form’ mereka sahaja dan tidak kepada ‘substance’ kepimpinan mereka.
Kalau dahulu seorang PM yang tidak ‘effective’ itu boleh diganti dengan orang kedua dan ketiga atau seterusnya, kali ini amat malang bagi UMNO Baru kerana keseluruhan kepimpinan dibawah Najib, iaitu Muhy dan yang lain-lain itu tidak akan berjaya memperbaiki keadaan kerana mereka tidak mempunyai ‘legitimacy’ untuk mewarisi kepimpinan negara. Ada pihak yang memberi komen, ‘jika Najib yang begitu teruk, Muhy lagi teruk dan yang lain pun lebih teruk’.
Maka rakyat kini mengambil sikap, ‘let’s go for a change…real change’ untuk negara kita. UMNO Baru masih tidak tahu formula untuk memperbetulkan keadaan politiknya sendiri.

No comments:

Post a Comment