Kehangatan kejohanan bola sepak benua Eropah [EURO] 2012 sememangnya dirasai oleh peminat-peminat sukan ini. Sebelum ini penganjur bersama kejohanan ini adalah Austria dan Switzerland, kini giliran Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama dalam kejohanan kejohanan EURO 2012 yang dijangka akan berlansung pada 8 Jun esok.
Kejohanan berprestij ini menampilkan 16 buah negara termasuklah skuad-skuad bola sepak gergasi Eropah seperti England, Italy, Jerman dan juga juara EURO 2008 Sepanyol. Memetik dari satu portal rasmi TV3, “bermula 8 Jun hingga 1 Julai nanti, TV3 selaku rakan penyiar bersama Maxis, penaja utama siaran, bakal memberi anda liputan eksklusif setiap hari menerusi pelbagai rancangan, antaranya, Score Board (TV3), Grand Stand (TV3), Sorak Borak (TV3), Kaki Bola (TV9) dan peraduan “Be A Fan” di ntv7!”.
Ketua Eksekutif barangan sukan Jerman, Herbert Hainer juga turut mengulas mengenai bola Adidas yang bakal digunakan di dalam kejohanan EURO kali ini. Kata beliau, “pastinya, kami mencipta bola lebih pantas dan mahu menyaksikan lebih banyak gol dijaringkan pada saingan di Poland dan Ukraine nanti”.
Kejohanan yang menampilkan nama-nama besar di dalam bintang bola sepak ini turut mengundang para penonton untuk menonton perlawanan ini. Bahkan rata-ratanya mempunyai pasukan pilihannya yang tersendiri dan mereka mengharapkan pasukan pilihan mereka untuk menjuarai kejohanan EURO kali ini.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Khairul Faizi juga dilihat antara yang mengikuti perkembangan EURO ini. Beliau sendiri telah memilih Belanda sebagai pasukan pilihannya.
“Kenapa saya pilih Belanda? Pertama kerana ranking. Belanda berada di kedudukan kedua selepas Spanyol. Kedua, Belanda dibarisi dengan skuad pemain bertaraf dunia seperti Wesley Sneijder, Rafael van der Vaart ,Dirk Kuyt , Arjen Robben dan Robin van Persie. Ketiga, sebab jersi Belanda berwarna JINGGA”, ulas beliau di dalam portalnya.
Selain daripada anak muda, ternyata kejohanan-kejohanan besar seperti ini turut juga diminati oleh ahli-ahli politik. Ustaz Nasrudin juga adalah antara peminat tegar sukan bola sepak. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia turut memilih Spanyol sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan pada kali ini.
“Saya rasa Sepanyol antara pasukan kegemaran untuk memenangi EURO kali ini. Mereka bukan sahaja memiliki pemain-pemain bertaraf dunia seperti Xavi, Aniesta tetapi majoriti pemain-pemain dari negara ini bermain di liga Eropah dengan kelab-kelab bertaraf dunia seperti Barcelona, Real Madrid. Jadi apabila tenaga ini digabungkan di dalam satu pasukan pasti impaknya sangat memberansangkan. Bukan itu sahaja, mereka juga pernah memenangi kejohanan FIFA 2010 di Afria bahkan mereka juga berjaya menjulang trofi Henri Delaunay sebanyak dua kali di dalam kejohanan EURO selain Prancis”, beliau mengulas panjang.
Berikut merupakan jadual perlawanan yang dibawa secara langsung di TV3:
TARIKH | PERLAWANAN | MASA |
8 Jun 2012, Jumaat | Poland lwn Greece | 12.00 tgh mlm |
9 Jun 2012, Sabtu | Belanda lwn Denmark | 12.00 tgh mlm |
10 Jun 2012, Ahad | Ireland lwn Croatia | 2.45 pagi (Isnin) |
11 Jun 2012, Isnin | Ukraine lwn Sweden | 2.45 pagi (Selasa) |
12 Jun 2012, Selasa | Greece lwn Republik Czech | 12.00 tgh mlm |
13 Jun 2012, Rabu | Belanda lwn Jerman | 2.45 pagi (Khamis) |
14 Jun 2012, Khamis | Sepanyol lwn Ireland | 2.45 pagi (Jumaat) |
15 Jun 2012, Jumaat | Sweden lwn England | 2.45 pagi (Sabtu) |
16 Jun 2012, Sabtu | Greece lwn Russia | 2.45 pagi (Ahad) |
17 Jun 2012, Ahad | Belanda lwn Portugal | 2.45 pagi (Isnin) |
18 Jun 2012, Isnin | Itali lwn Ireland | 2.45 pagi (Selasa) |
19 Jun 2012, Selasa | England lwn Ukraine | 2.45 pagi (Rabu) |
22 Jun 2012, Jumaat | Suku Akhir 2 | 2.45 pagi (Sabtu) |
23 Jun 2012, Sabtu | Suku Akhir 3 | 2.45 pagi (Ahad) |
28 Jun 2012, Khamis | Separuh Akhir | 2.45 pagi (Jumaat) |
1 Julai 2012, Ahad | Akhir | 2.45 pagi (Isnin) |
No comments:
Post a Comment