'Bukan cakap kosong'
14 Jun 2012
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mempunyai cara bagi memastikan perlaksanaan pendidikan percuma tidak bersifat sementara, sebaliknya mampu menjadi realiti bagi pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, perancangan bukan sekadar cakap kosong kerana selain pencairan aset bernilai RM30 juta, Kerajaan Negeri akan menjimatkan kos yuran pelajar bagi kedua-dua institusi pengajian tinggi terbabit.
Menurutnya, pengurangan yuran tersebut dapat dilakukan menerusi penjimatan kos penyelenggaraan universiti termasuk kos asrama yang didakwa terlalu tinggi dibayar pihak universiti.
"Jumlah tinggi ini berlaku akibat perjanjian di antara Kerajaan Negeri terdahulu yang memaksa pihak universiti membayar kos penyelenggaraan, sekaligus mempengaruhi yuran pelajar.Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, perancangan bukan sekadar cakap kosong kerana selain pencairan aset bernilai RM30 juta, Kerajaan Negeri akan menjimatkan kos yuran pelajar bagi kedua-dua institusi pengajian tinggi terbabit.
Menurutnya, pengurangan yuran tersebut dapat dilakukan menerusi penjimatan kos penyelenggaraan universiti termasuk kos asrama yang didakwa terlalu tinggi dibayar pihak universiti.
"Namun, saya difahamkan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat akan berbincang untuk mengurangkan kos terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai langkah yang wajar diambil Kerajaan Negeri bagi memastikan pendidikan percuma bukan sekadar retorik.
Rafizi berkata, sekiranya kos ini mampu dikurangkan, Kerajaan Negeri akan mampu menjimatkan 50 peratus kos penyelenggaraan universiti yang bernilai lebih RM15 juta.
"Ini adalah satu penjimatan yang banyak dan boleh digunakan semula untuk kegunaan pelajar dan universiti," katanya.
Menurutnya, perlaksanaan pendidikan percuma ini juga mampu menjadi realiti menerusi usaha sedia ada Kerajaan Negeri yang memberi pelbagai insentif kepada universiti berkenaan.
"Ini termasuk pembiayaan kos melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi bagi tenaga pengajar dan kemudahan menggunakan premis Kerajaan Negeri tanpa sebarang bayaran," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi gambaran awal bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri ini mampu dilakukan di Unisel, dalam masa terdekat.
Difahamkan, Kerajaan Negeri akan meneruskan cadangan menggunakan peruntukkan RM30 juta daripada penjualan tanah miliknya untuk membantu pentadbiran Unisel.
Cadangan itu turut disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang mahu peruntukan tersebut digunakan sebagai projek perintis program pendidikan percuma di Selangor.
Cadangan itu turut disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang mahu peruntukan tersebut digunakan sebagai projek perintis program pendidikan percuma di Selangor.
No comments:
Post a Comment