Wednesday, June 20, 2012

"Aset lenyap": Satu lagi ugutan Najib?

Ugutan!  Ugutan!  Lebih ugutan!

Adakah ini jalan penyelesaian Perdana Menteri, Najib Razak untuk memastikan UMNO/Barisan Nasional kekal berkuasa dalam pilihanraya akan datang dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Ucapan perasmian Najib (gambar kiri) dalam Majlis Mesyuarat Tahunan Ke-66 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia mengesahkan lagi kecaman beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan Oktober 2010. 

Dalam amaran Najib kepada komuniti peniaga Cina pada pagi ini, segala aset dan kekayaan mereka mungkin "lenyap" sekiranya tiada "kestabilan politik", rakyat Malaysia diingatkan dengan laungan beliau yang berbaur "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, Putrajaya mesti dipertahankan".
Biar Najib menjelaskan pendirian beliau - adakah beliau mengugut dan mengancam bahawa sekiranya UMNO/Barisan Nasional tumpas dalam pilihanraya umum akan datang,"aset dan kekayaan" komuniti peniaga Cina akan "lenyap" dan adakah ini disebabkan oleh laungan beliau "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, Putrajaya mesti dipertahankan".

Baru-baru ini, rakyat Malaysia sudah mula mendengar pelbagai kenyataan dari pemimpin UMNO walaupun bukan daripada pihak Presiden UMNO mahupun Naib Presiden UMNO dengan memberi jaminan bahawa akan ada peralihan kuasa secara aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang akan datang dan UMNO dan BN akan menghormati keinginan rakyat yang diekspresikan melalui peti undi dalam pilihanraya umumyang akan datang.

Najib yang telah kembali menggunakan ugutan dan sebagai senjatanya membuka persoalan baru berhubung dengan kenyataan dan jaminan pemimpin UMNO yang bukan berpangkat tinggi bahawa UMNO/BN akan memberi jaminan peralihan kuasa secara aman sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya yang akan datang.

Najib mesti menjelaskan mengapa kekalahan UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang di mana "aset dan kekayaan" komuniti peniaga Cina mungkin akan "lenyap", dan jika UMNO/BN benar-benar komited untuk menerima keputusan peralihan kuasa jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya yang akan datang?

Ataupun, adakah Najib mengumumkan kepada semua bahawa beliau tidak akan menerima keputusan pilihanraya ke-13 yang mungkin memperlihatkan Pakatan Rakyat sebagai "favourite" dan yang beliau belum bersedia untuk memberi komitmen penuh bagi pihak UMNO/BN untuk memastikan peralihan kuasa secara aman sekiranya PR diberi mandat untuk mentadbir dalam keputusan pilihanraya yang akan datang.

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

No comments:

Post a Comment