6 Jun 2012
ALOR SETAR - Muzium Negeri Kedah melanjutkan tempoh Pameran Ular 'Bisa Berbisa' yang sepatutnya berakhir hari ini kepada 30 Jun 2012.
Pengarah Muzium Negeri Kedah Suhaidi Shukri berkata pameran itu yang berlangsung di Muzium Negeri Kedah sejak 6 Mei lalu, dilanjutkan selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
"Pameran yang bermula pada 6 Mei lalu sepatutnya berakhir hari ini (6 Jun) tetapi oleh kerana mendapat sambutan baik daripada orang ramai pameran ini akan dilanjutkan sehingga 30 Jun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pameran Ular 'Bisa Berbisa' ini mempamerkan lebih 100 spesies ular dengan kerjasama Syarikat Cobra Enterprise iaitu pemilik dan penjinak ular.

Pameran itu bertujuan memberi pengetahuan dan pendidikan kepada orang ramai antara lain mengenai jenis dan keluarga ular, anatomi ular, ular untuk perubatan, cara merawat bisa ular dan pertolongan cemas, gejala dan tanda patukan ular dan cara menghalang ular memasuki rumah.
Pameran ini dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada hari Jumaat hingga Rabu dan pukul 10 pagi hingga 7 malam pada hari Khamis.
Pengunjung akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun. - Bernama
No comments:
Post a Comment