Umno atau Pas yang terpinggir?
ALOR SETAR - "Jika Umno tidak terpinggir, mengapa selama memerintah, Umno tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun menang banyak kerusi di negeri itu?" tanya Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Nasir Zakaria sebagai reaksi terhadap kenyataan pemimpin Umno yang meragui hasrat Pas mahu menggantikan parti itu sebagai wadah politik orang Melayu/ Islam di negara ini.
Mohd Nasir berkata, Umno seharusnya terlebih dahulu cermin diri sebelum menuduh Pas parti terpinggir dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana selama lebih 50 tahun memerintah, parti tidak banyak membantu orang Melayu melainkan hanya individu atau kumpulan tertentu.

"Kerana itu, Pas perlu gantikan Umno dan rakyat sudah jelas mengenai keperluan itu," katanya.
Menurut Mohd Nasir, tidak timbul isu Pas terpinggir dalam PR, tidak diberi jawatan atau memiliki kerusi yang sedikit berbanding PKR dan DAP, seperti yang dibangkitkan pemimpin Umno.
"Amalan dalam gabungan, kita bukan bergerak sendiri tetapi bersama PR. Kita (Pas) akan gantikan Umno, DAP ganti MCA dan PKR ganti Gerakan untuk parti pelbagai kaum. Kita sudah sedia ke arah itu dan akan bekerja keras untuk mencapainya," katanya.
No comments:
Post a Comment