Selasa, 17 Julai 2012 15:51 | Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK | | |
ALOR SETAR - Kebanyakan lesen pusat hiburan telah dikeluarkan sebelum kerajaan kini memerintah lagi dan terdapat juga pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, maka menyebabkan kerajaan negeri tidak dapat memantau pergerakan mereka.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak bertanya, adakah semua pekara beliau yang perlu lakukan? Beliau menasihatkan agar jawatankuasa perlesenan peringkat daerah perlulah jalankan kerja.Beliau berkata demikian semasa sidang media bagi mengulas isu pusat hiburan di Kedah yang dikatakan seperti ‘Mini Thailand’ yang dibangkitkan oleh ADUN Lunas (Bebas), Mohammad radzi Salleh dalam Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke Lima Dewan Undangan Negeri Kedah Ke Dua belas, di sini.
"Saya sudah berbincang dengan pegawai daerah dan mendapat maklumat bahawa penyelarasan telah dibuat termasuk dalam jabatan agama, polis, kerajaan tempatan serta pejabat daerah.
“Perkara ini sedang dalam pemerhatian dan pihak yang terlibat akan meningkatkan penguatkuasaan,” katanya.Menurutnya lagi, beliau tidak menghalang orang bukan Islam untuk berhibur tetapi hanya mahu mengawal penglibatan orang Islam di pusat-pusat hiburan.Selain itu, beliau juga tidak tahu bagaimanakah persembahan di pusat hiburan tersebut, adakah memang terdapat penari separuh bogel atau ianya disabotaj menggunakan teknik pertindihan gambar?

Salaam. Tentang isu ini,jika betul, kenapa sampai sebuah pusat hiburan yang baru dibuka di Tesco Mergong atau Stargate boleh iklan streamer di tiang2 lampu sepanjang jalan di Jitra ajak orang ramai berkunjung ke sana? Kenapa majlis tempatan boleh lulus iklan macam ni? Juga yang lebih menonjol, kenapa pusat2 judi lumba kuda & nomobor ekor masih dibenar beroperasi tanpa nampak sebarang tanda atau usaha untuk ditutup atau mendidik rakyat menjauhi judi? Juga kenapa tiada program amar makruf seperti kempen sembahyang dll yang dilaksanakan di Kelantan & Terengganu dahulu?
ReplyDelete