Wednesday, December 26, 2012
Sunday, November 11, 2012
JPAM Kedah sudah bersedia hadapi banjir
Wednesday, October 3, 2012
Pusat abai tanggungjawab isu tebatan banjir
Saturday, September 29, 2012
Pendang - 55 mangsa banjir dipindahkan
29 September 2012
Difahamkan pusat pemindahan itu dibuka kira-kira jam 6 petang kelmarin dan pada mulanya menempatkan 23 mangsa melibatkan enam keluarga dari Kampung Hampar Kanan, Pondok Hampar dan Banggol Kambing.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pendang, Azhar Ismail berkata, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pada jam 3 petang semalam adalah seramai 55 mangsa melibatkan 16 keluarga.
Menurutnya, semua mangsa yang dipindahkan adalah dari Kampung Alor Punti, Sukamari, Banggol Kambing, Batu Hampar, Banggol Besi, Hampar Kanan dan Pondok Hampar.
Mangsa banjir yang akan dipindahkan dijangka akan bertambah berikutan keadaan banjir dilihat bertambah buruk setelah paras air meningkat.
“Bacaan paras air Sungai Pendang semakin meningkat kepada 3 meter daripada bacaan semalam 2.8 meter dan arus air terlalu laju dan di amna ia membahayakan penduduk yang tidak lagi berpindah.
“JKM akan memastikan semua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di sini berada dalam keadaan selesa di mana kami menyediakan keperluan seperti makan dan minum, pakaian, kelengkapan tidur serta jabatan kesihatan turut menyediakan rawatan kesihatan dan bekalan ubat kepada mangsa yang kurang sihat,” katanya kepada Sinar Harian.
Azhar berkata, JKM telah membekukan cuti semua kakitangannya dengan membahagikan tugas kepada tiga syif serta menubuhkan jawatankuasa memasak, keselamatan, kebersihan dan bahagian informasi.
Antara agensi yang turut terlibat adalah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pejabat daerah, jabatan kesihatan, bomba dan beberapa lagi agensi lain.
Katanya, bekalan air terpaksa dihantar oleh pihak Syarikat Bekalan Air Darul Aman (Sada) memandangkan pusat pemindahan itu mengalami masalah bekalan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa agar dapat mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain air banjir kerana keadaan arus air yang laju dan membahayakan.
Monday, September 10, 2012
Jitra - Awat la masalah banjir dari Zaman JEPUN nie tak boleh selesai... Tok Ketua tak reti pikiaq kaa..???
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Kampung Muhibah, Kalidas Munusami, 47 berkata, tidak sampai 30 minit hujan lebat, air sudah mula naik sehingga ke paras dada.
Katanya, kejadian banjir kilat hari ini (semalam) merupakan paling teruk dalam tahun ini dan boleh membahayakan nyawa kanak-kanak serta orang ramai.
“Kita minta Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan tampil tolong atasi masalah banjir ini seberapa cepat yang boleh.
“Kita percaya banjir ini adalah berpunca daripada sistem perparitan utama di jalan Jitra menghala Alor Setar di mana ia menempatkan lorong perparitan yang sempit sejak zaman jajahan Jepun.
“Sistem perparitan di Kampung Muhibah tiada masalah, cuma sistem perparitan di jalan utama sahaja yang menjadi punca utama banjir kerana saluran air lambat mengalir,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Kalidas berkata, akibat kejadian itu, kebanyakan peralatan elektrik dan perabot dalam rumah mengalami kerosakanan. Bagaimanapun, nilai kerosakan belum diketahui.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, beberapa jalan utama di sekitar Jitra bergerak perlahan akibat air takungan dari sistem perparitan yang melimpah di atas jalan raya yang menyebabkan berlakunya banjir.
Wednesday, March 7, 2012
Beberapa kawasan di Kedah dinaiki air
Kampung berkenaan ialah kampung Paya Nongmi, Belakang Pasar Changlun, Padang Pasir, Masjid, Paya Lantau, Titi Kerbau, Kubang Hamid, Taman Sayang, Pasar Changlun serta sekitar pekan Changlun lama, yang dinaiki air hampir satu meter.
Zakaria Ahmad, 77, dari Kampung Paya Nongmi berkata rumahnya mula dinaiki air sejak 7 pagi tadi.
"Saya sudah mula kemas barang sejak semalam. Selalunya kalau hujan lebat macam ini, air akan naik," katanya.
Zakaria berkata sejak banjir besar melanda Kedah pada hujung tahun 2010, kawasan kampungnya tidak pernah dinaiki air sehingga sekarang.
Rokiah Hashim, 64, juga berkata dia sudah mengemaskan barang-barang di dalam rumahnya sejak hujan turun mulai petang semalam.
Pengerusi Bencana Alam Daerah Kubang Pasu, Ahmad Fisol Md Nor berkata buat sementara waktu pihaknya belum membuka pusat pemindahan.
"Kita akan memantau dan bersiap sedia dari semasa ke semasa dan jika ia hujan berlarutan, barulah kita buka pusat pemindahan," katanya.
Di Padang Terap, sebanyak 19 rumah di Kampung Perik, Kuala Nerang turut dinaiki air berpunca daripada limpahan air sungai.
Tiga keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai selepas rumah mereka dimasuki air melebihi paras pinggang selepas hujan turun bermula 6.30 petang hingga 8.30 malam tadi.
Mohd Risham Abdul Rahman, 28, berkata hujan lebat turun sejak tiga hari lalu dan semalam adalah yang terburuk.
"Pada pukul 8.30 malam tadi, hujan mula berhenti dan air mula naik dalam masa 15 minit sudah memenuhi kawasan rumah," katanya.
-Bernama
Sunday, March 4, 2012
Masalah banjir di Yan diatasi

Pegawai Khas Kepada Menteri Besar, Muzaini Azizan berkata, masalah banjir sering berlaku di Daerah Yan sejak 50 tahun lalu.
“Dengan adanya peruntukan itu, ia secara tidak langsung dapat mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di Daerah Yan,” ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Negeri terus memberikan penekanan dalam usaha membangunkan Daerah Yan dengan menyediakan peruntukan bagi kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kesejahteraan rakyat.
Beliau menjelaskan, peruntukan itu disediakan untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik serta keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak.
Muzaini berkata, Kerajaan Negeri tetap berusaha untuk membangunkan negeri Kedah dan ia diharap dapat menarik lebih ramai pelabur datang ke negeri ini.
“Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil dapat menampung seramai 10,000 pelajar yang menawarkan 40 kursus di situ,” jelasnya.
Beliau memberitahu, Kerajaan Negeri juga turut menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti anak yatim dan fakir miskin.
“Sumbangan dan bantuan yang diberikan itu, diharap mampu meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh golongan berkenaan,” katanya.
Tambahnya, pendapatan daripada hasil balak juga turut menyumbang kepada sektor ekonomi negeri.
Monday, December 26, 2011
Berita yang mengancam ketenteraman Umno Kedah
Juga dilaporkan:KUCHING 26 Dis. - Beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan di sini, dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri ketika dihubungi, berkata setakat pagi ini, dua kampung iaitu Kampung Asajaya Hulu dan Kampung Serpan Ulu terjejas dengan bencana itu.
"Menurut laporan daripada pihak Pejabat Daerah Samarahan terdapat kira-kira tujuh keluarga telahpun dipindahkan ke pusat penempatan banjir setakat ini,” katanya. - Bernama
Sementara itu di SANDAKAN, SABAH - Mangsa banjir di Kampung Gum Gum di sini yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 351 orang setakat 9 pagi ini berbanding 341 semalam. - Ibid.Bernama juga melaporkan:
KUANTAN: Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.Juga dilaporkan bernama:
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah.
Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya ketika dihubungi di sini. Bernama
JOHOR BAHRU 26 Dis. — Jumlah mangsa banjir di 24 pusat pemindahan di negeri ini meningkat kepada 1,143 orang malam tadi berbanding 1,107 orang pada sebelah petang.Yang tak dilaporkan Bernama cuma banjir di Kedah. Nak lapor apanya kalau takdak banjir di Kedah.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara semalam, 12 pusat pemindahan dibuka di Segamat setakat pukul 10 malam dan masing-masing enam di Mersing dan Batu Pahat. - Bernama.
Sebelum ni ada dilaporkan Perak, Kelantan dan Terengganu agak teruk jugak dilanda banjir tapi Kedah takdak pun aku terbaca laporan pasai banjir tahun ni.
Yang ada laporan cuma pasai banjir besar tahun lepas. Ahmad Bashah kata Dr. Ismail menipu pasai bantuan banjir besar di Kedah tahun lepas. Dr. Ismail pulak pertahankan dia yang kata Uniter Malay National Organisation sekupang pun tak bagi masa bajir besar tu, Umno cuma sibuk bila banjir dah nak surut, bila dah surut baru sibuk bagi bantuan.
Kesian kat para pemimpin dan penchachai United Malay National Organisation di Kedah, rata-rata negeri semua dah kena banjir tapi kedah belum jugak dilanda banjir besar. Macam yang aku ada tulis sebelum ni depa memang mengharapkan sangat Kedah dilanda banjir besar lagi macam tahun lepas.
Nak buat macamana, mungkin doa depa belum dimakbulkan. Mungkin lepas PRU13 kut baru doa depa dimakbulkan tapi masa tu tak guna dah pasainya dengar cerita depa yakin cuma banjir besar di Kedah saja lagi yang boleh selamatkan depa dari kelah teruk masa PRU13 nanti.
Pasainya dengan banjir besar, depa boleh perbaiki persepsi yang teruk akibat tindakan depa masa banjir besar tahun lepas. Semua persedian dah dibuat untuk hadapi banjir besar tu. Cuma yang tak cerdiknya, tindakan keterlaluan United Malay National Organisation tu macam depa nak sangat bala banjir melanda Kedah
Dengan bahasa lain, berita kat atas tu tentu punya mengancam ketenteraman
[Gambar Hiasan : Jentera PAS/PR sedang membantu mangsa banjir (penyokong Umno) - RBPM]
Cenangau Daunkari
Saturday, November 19, 2011
Munajat hindar bencana banjir
LANGGAR - Dalam keghairahan pelbagai pihak mengatur pelbagai persediaan menghadapi bencana banjir yang diramalkan berlaku, semua pihak diingatkan agar tidak lupa berdoa memohon segala bencana yang datang dihindarkan dengan izin ALLAH SWT.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak menafikan kepentingan persediaan material sebelum dan selepas berlakunya banjir, namun pada masa sama tidak mengetepikan perkara paling penting iaitu memohon pertolongan daripada ALLAH SWT.
Menurutnya, program berunsur kerohanian juga tidak boleh diketepikan, malah perlu seiring dengan persediaan menghadapi bencana alam seperti banjir.
“Hari ini kita melihat pelbagai persediaan yang diadakan lebih menjurus kepada persediaan material, tetapi persediaan dari aspek kerohanian masih kurang.
“Oleh itu, dalam persediaan fizikal yang dilihat seakan mampu menampung bencana banjir, kita langsung tidak boleh lupa untuk bersama berhimpun menadah doa serta bermunajat memohon menghindari bencana kerana semuanya datang daripada-NYA,” katanya kepada Sinar Harian selepas penganjuran Program Munajat Rakyat Menghindari Bencana di Masjid Nurul Ehsan, Markas Pas Kawasan Pokok Sena.
Munajat itu dipimpin oleh Mudir Madrasah Ar Rahmaniah Pondok, Sik, Kedah, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena itu berkata, program itu sentiasa dianjurkan oleh pihaknya sebelum ini.
Menurutnya, pihak berkaitan juga perlu mengadakan perkara sama dan mengajak semua umat Islam bermunajat memohon agar bencana seperti banjir besar dielakkan.
Friday, November 11, 2011
Banjir: YSB sedia RM50,000
ALOR SETAR - Sejumlah RM50,000 diperuntukkan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) sebagai persediaan awal menghadapi banjir di negeri ini termasuk menyediakan barangan keperluan harian kepada mangsa.
Pengerusinya, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim berkata, peruntukan itu dijangka mampu menampung keperluan kira-kira 500 orang untuk tempoh tiga hari.
Beliau berkata, sebahagian daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membeli makanan dan barangan keperluan asas termasuk susu serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak.
“Malah kita sudah berhubung dengan beberapa rangkaian kedai untuk membekalkan barangan keperluan jika banjir berlaku.
“YSB turut membeli sebuah bot ringan yang dilengkapi enjin dianggarkan bernilai RM13,000 untuk memudahkan bantuan dihulurkan kepada mangsa banjir,” katanya.
Menurutnya, YSB mengambil inisiatif menubuhkan pasukan YSB Support Team dianggotai 30 ahli dari seluruh daerah di negeri ini sebagai satu lagi persediaan menghadapi bencana itu.
“Mereka terdiri daripada individu yang sudah mempunyai pengalaman menghadapi bencana alam dan remaja yang akan diberikan latihan asas termasuk cara mengendalikan bot serta sokongan daripada kumpulan pacuan empat roda dan radio amatur.
“Pengalaman banjir besar pada tahun lalu membolehkan kita membuat persediaan awal supaya sekiranya banjir berlaku sekali pada tahun ini,” katanya.
Terdahulu, Tunku Puteri Intan Safinaz berkenan melancarkan penubuhan YSB Support Team dan bot bantuan bencana.
Beliau juga menyerahkan bendera kepada pasukan YSB Sharpshooter yang akan bertanding dalam Kejohanan Dunia Asia Paintball 2011 di Langkawi, yang dijadual bermula esok.
Pada majlis sama, beliau menyampaikan RM10,000 untuk 36 mangsa ribut di Yan penghujung bulan lalu kepada Pegawai Daerah Yan, Zahari Ismail serta sumbangan kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Taman Bersatu, Kuala Kedah.
Thursday, November 10, 2011
16 bot persediaan hadapi kemungkinan banjir
ALOR SETAR, 9 November - Sebanyak 16 buah bot persiapan banjir akan diserahkan kepada lapan daerah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan yang terlibat.
Sebanyak lapan daerah yang sering terlibat dengan banjir akan menerima sebanyak dua buah bot setiap daerah. Daerah berkenaan ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Kulim, Kota Setar, Baling dan Bandar Baharu.
Menteri Besar Kedah berkata demikian kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman.
Beliau memberitahu bot sepanjang 14 kaki telah siap dan sekarang dalam tahap ujian keselamatan sebelum diserahkan untuk kegunaan menghadapi kedatangan banjir.
“Bot ini ringan dan sebuah bot muat sembilan orang dewasa dan empat kanak-kanak,” katanya.
Sehubungan itu beliau menyentuh mengenai permohonan bantuan banjir dengan Kerajaan Pusat, katanya belum menulis surat untuk tujuan itu tetapi akan beruat demikian apabila keadaan memerlukan.
Katanya, buat masa ini Kerajaan Negeri membuat persediaan menghadapi kemungkinan banjir sambil mengharap (pertolongan Allah SWT) jika pun berlaku tidaklah sebesar tahun lepas.
“Kita tak minta 10 juta (dari Pusat). Kita ada peruntukan. Apapun saya akan tulis surat. Tak ada hujan lagi saya akan minta jika keadaan memerlukan. Kita ada duit. Kalau tak cukup. Tahun ni tak banyak. Umno dah siap sedia. Cuma nak tengok macamana MCA dan Gerakan. Nak nak siap banyak mana tak tahu,” katanya.
Friday, November 4, 2011
Kedah buat persiapan rapi hadapi kemungkinan banjir
ALOR SETAR, 2 November: Kerajaan Negeri giat melakukan persediaan bagi menghadapi banjir yang diramalkan akan lebih besar berbanding tahun lalu dengan membeli 16 buah bot disamping bot-bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia.
Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan, kedatangan banjir tahun lalu menyebabkan sedikit kelam kabut kerana penduduk tidak bersedia berikutan tidak menduga air naik dengan pantas. Walaupun begitu Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera dengan membuka bilik gerakan di tiap-tiap daerah dan semua masalah dapat diatasi.
Menurutnya, bot-bot berkenaan akan diagihkan kepada semua daerah dan daerah yang diberi keutamaan ialah yang sering dilanda banjir seperti Padang Terap, Kubang pasu, Pendang dan Pokok Sena.
“Jangan bimbang semua daerah akan mendapat bot dan keutamaan akan diberi kepada daerah-daerah yang sering dilanda banjir,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darulaman.
Katanya, bot-bot jenis ini ringan kerana diperbuat daripada aluminium dan sesuai dengan suasana banjir yang kedalaman air berbeza mengikut tinggi rendah kawasan berkenaan.
Beliau juga memberitahu, bot-bot ini tidak ada injen dan menggunakan pendayung dan senang dipindahkan dengan cara mengangkat mengikut kesesuaian tempat beroperasi.
Sehubungan itu beliau menjelaskan bantuan yang diperlukan terbahagi kepada dua bentuk iaitu bantuan tebatan banjir dan bantuan kecemasan.
“Tahun lepas kita peruntukan RM3 juta dan tahun ini mungkin sekitar jumlah itu tetapi terletak kepada banjir itu sekiranya sama dengan lepas ataupun lebih besar,” katanya bagi menjawab soalan media yang ingin tahu mengenai jumlah yang diperuntukan.
Mengenai sebab-sebab berlakunya banjir beliau menegaskan, tahun lepas ada pihak-pihak yang menyanggah pendapat kerajaan negeri iaitu pembinaan landasan keretapi berkembar sedikit sebanyak telah menyumbang kepada berlakunya banjir apabila tanah-tanah yang ditimbun telah menutup laluan air.
“Pendapat kita disanggah oleh pusat, kita tahu outlet dalam jalan itu menyebabkan banjir bila tebuk lubang air banjir kering. Itu saja kita tengok sekarang Double Trecking tak ada masalah lagi. Kalau ada masalah depa ambil tindakan. Ini kerana ada kerjasama,” katanya.
Untuk itu, katanya, kerajaan melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dipanggil menghadiri mesyuarat khas persediaan banjir oleh Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur.
Ini adalah langkah kerjasama pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Bagi peringkat negeri pula setiap daerah telah membuat persiapan dengan memberi taklimat kepada Penghulu, Majlis Komuniti Ketua Kampong (MKK) dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung.




