Tuesday, March 22, 2011

AMARAN KEPADA YANG NAK ISI MINYAK DI STESYEN TAPI MALAS MATI ENJIN KERETA...

Kereta terbakar ketika isi minyak di stesen

ALOR SETAR - Kebakaran di sebuah stesen minyak di Jalan Sultanah, awal pagi semalam, dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang terbakar sewaktu pemandunya mengisi minyak.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Mohd Noor Din berkata, siasatan awal mendapati tangki minyak kereta jenis Proton Waja itu sudah diubah suai dan tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan punca kebakaran yang berlaku.

Menurutnya, bomba menerima panggilan pada jam 4.26 pagi dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian. Kebakaran berjaya dikawal 10 minit kemudian.

“Tiga jentera dengan kekuatan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pemilik stesen minyak terbabit mendakwa mengalami kerugian RM160,000 kerana mengalami kerosakan sebuah pam selain siling stesen,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Noor berkata, kereta yang hangus terbakar itu dipindahkan agak jauh dari lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa tetapi pemilik kenderaan terbabit menghilangkan diri selepas kejadian. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment