Wednesday, March 16, 2011

Sebar Risalah & Pancit Tayar : Yang hang dok nafi awai2 apasal bro...ada orang tudoh hangpa kaa..tengok DNA dulu laa...!!

UMNO nafi sebar risalah sabotaj

ALOR SETAR - UMNO Kedah tidak terlibat dalam penyebaran tiga risalah provokasi mempersendakan Pakatan Rakyat (PR) yang diedarkan pada Karnival Kedah Sejahtera malam Ahad lalu.

Setiausahanya, Datuk Othman Aziz berkata, penjelasan ini dibuat supaya tidak ada pihak yang cuba mengaitkan isu terbabit dengan UMNO, memandangkan parti itu kini adalah pembangkang di Kedah.

“UMNO Kedah tidak tahu menahu pasal risalah itu hinggalah berita itu disiarkan kelmarin. Malah saya agak terkejut dengan wujudnya risalah seperti itu di sini, kerana selama ini, parti politik di Kedah menghormati antara satu sama lain, dan tidak pernah mengganggu program anjuran parti lain,” katanya.

Kelmarin, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi mendedahkan wujudnya risalah provokasi yang diedarkan pihak tertentu yang berkepentingan politik bertujuan menimbulkan persepsi negatif terhadap pentadbiran PR.

Othman berkata, UMNO tidak pernah menggunakan pendekatan seperti itu untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada parti, sebaliknya hanya mengamalkan politik sihat kerana mendukung amalan demokrasi.

“Kempen politik seperti itu tidak ada dalam perancangan kita. Saya nafi sekeras-kerasnya jika ada tuduhan seperti itu dilemparkan pada UMNO. Setiap parti politik ada hak anjurkan program mereka dan hak itu harus dihormati,” katanya.

1 comment:

  1. tengok tajuk memang karannnn ! >>> Sebar Risalah & Pancit Tayar : Yang hang dok nafi awai2 apasal bro...ada orang tudoh hangpa kaa..tengok DNA dulu laa...!!

    Memang tertariks sunggoh hati aku membacanya ! lalu aku pun membaca artikel ni sampai habis ...

    Lohhh! betoi la apa Tok Man Aziz buat tu! dia nafi bagi pihak BN UMNO yang menjadi pembangkang di negeri kedah ni ...

    OK la tu . Apa salahnya dia nak nafi walaupun hangpa (khasnya Pahrolrazi) tak sebut kata ni UMNO yang buat pun ...

    Bagi aku, NO HAL lah dengan penafian tu . secara logiknya, memang patutpun Tok Man Aziz lebih terkedepan untuk menangkis dakyah / cakap-cakap mulut busuk PAS Kedah yang pastinya akan menuding jadi kepada MUSUH PAS di KEDAH ...

    Siapa MUSUH PAS di Kedah ni ???

    OooooOOoooooo lupa pulak aku, mungkin Tajuk kat atas tu menggambarkan bahawa bukan UMNO kot sebagai MUSUH PAS KEDAH ?

    Mungkin PAS menganggap musuh hangpa adalah dari geng warga tua di rumah-rumah orang tua ataupun mat-mat bangla yang dok buat keja kontrak kot? atau bibik2 indon yang keja jadi orang gaji di rumah-rumah tokey cina? GITU ???

    cer criter, cer criter ... sapadia musuh hangpa ?


    AloQStaQ

    ReplyDelete