Tuesday, April 19, 2011

kadar cukai bersamaan 20 sen sehektar pun UUM tak mampu bayaq kaa..???

Kedah tolak permohonan rebat UUM

ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menanggung kenaikan bayaran cukai tanah daripada RM100,000 kepada RM1.8 juta sejak tahun 2008 berikutan tindakan kerajaan negeri menolak permohonan melanjutkan rebat yang diberikan selama dua tahun bermula pada 2006.

Sewaktu Kedah di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2006, UUM mendapat rebat sebanyak RM1.7 juta setahun dan untuk itu, pihak universiti hanya perlu membayar cukai tanah berjumlah RM100,000.

Pemberian rebat itu dilanjutkan pada tahun 2007 tetapi apabila pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di bawah pimpinan Pas mengambil alih pemerintahan pada 2008, keistimewaan itu ditarik balik dan UUM terpaksa menjelaskan bayaran penuh sebanyak RM1.8 juta setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, isu rebat itu menunjukkan bahawa dakwaan cukai tanah kampus UUM seluas 1,061 hektar di Sintok naik 10 kali ganda sebenarnya tidak timbul.

Malah, katanya, kadar cukai bersamaan 20 sen sehektar itu munasabah dan antara yang terendah.

“UUM dapat rebat pada 2006 sebab mereka kekurangan duit, dan mesyuarat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar ketika itu (Datuk Seri Mahdzir Khalid) memberi rebat.

No comments:

Post a Comment