DERGA - Surau di Taman Intan, Jalan Teluk Kumbar mendapat perhatian Jabatan Pembangunan Negeri yang meluluskan peruntukan sebanyak RM120,000 untuk menaiktarafkan tempat ibadat berkenaan.
Surau Ar-Rahman yang dibina pada 1997 pada asalnya dibina menggunakan kayu terpakai oleh penduduk setempat.
Bagaimanapun keadaan surau berkenaan mulai usang sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan jemaah yang hadir ke tempat beribadat berkenaan berasa tidak selamat.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Intan, Mohd Yusof Othman berkata, Surau berkenaan digunakan oleh kira-kira 700 keluarga daripada enam taman iaitu Taman Intan, Taman Delima Jaya, Taman Meranti dan penduduk dari tiga fasa Taman Nilam, di sini.
Menurutnya, perhatian yang diberikan Jabatan Pembangunan Negeri melegakan penduduk setempat yang sebelum ini ternanti-nanti perhatian daripada pihak bertanggungjawab.
“Penantian penduduk kampung sebelum ini akhirnya mendapat perhatian dan masyarakat tidak perlu lagi berasa bimbang untuk datang solat berjemaah ke Surau ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Dr Cheah Soon Hai berkata, permohonan berkenaan dibuat sejak 2009 lagi.
Menurutnya, masalah itu akhirnya mendapat perhatian agensi kerajaan dan hal itu membuktikan kerajaan sentiasa memantau setiap masalah berbangkit dalam kalangan masyarakat.
“Saya pernah datang ke kawasan ini beberapa kali sebelum ini dan turut meninjau keadaan Surau A-Rahman yang kelihatan uzur dan perlu diperbaiki.
“Walaupun bantuan membaik pulih mengambil sedikit masa, tetapi kerajaan akan terus berusaha membantu dan pada masa sama menjaga kebajikan kaum di negara ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment