14 Ogos tarikh perbicaraan
JITRA - Bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, dan bekas Setiausaha UMNO Bahagian Jerlun, Jasmi Mohd Ismail, 47, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, berkurung tanpa ikatan sah dalam sebuah rumah.
Yusmawati yang mengenakan baju kurung dan tudung berbunga biru manakala Jasmi yang berkemeja kuning dan berseluar cerah masing-masing minta dibicarakan selepas pertuduhan pindaan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu bagi menggantikan pertuduhan sebelum ini.
Pada 20 Jun lalu, kedua-dua mereka dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa sebarang ikatan sah mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.
Bagaimanapun mahkamah itu semalam membenarkan pindaan pertuduhan terhadap mereka sebelum ini digugurkan sebaliknya hanya mengekalkan tuduhan berkurung mengikut seksyen yang sama.
Kedua-dua tertuduh yang bukan muhrim dituduh berkurung tanpa sebarang ikatan sah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina sehingga menimbulkan syak jam 1.20 pagi, 11 Mei lalu.
Kedua-dua pasangan diwakili Peguam bela Syarie, Shukri Zakaria manakala Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Farah Hasan.
Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan kes terbabit untuk memberi masa kepada pihak pendakwaan mengeluarkan sapina untuk memanggil saksi kes berkenaan pada tarikh perbicaraan.
Jika bersabit kesalahan kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, kedua-dua mereka digugurkan daripada jawatan masing-masing seminggu selepas kes mereka disebut pertama kali di mahkamah sama, 20 Jun lalu.

No comments:
Post a Comment