Bahang isu mansuh PTPTN dan pendidikan percuma masih lagi terasa walaupun pelbagai isu muncul mewarnai dunia politik tanah air.
Terbaru (22 Mei 2012) Debat PTPTN; pemansuhan PTPTN halatuju pendidikan tinggi yang bakal memanaskan kembali isu mansuh PTPTN dan pendidikan percuma.
Debat tersebut menampilkan dua orang tokoh anak muda iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Melihat kepada kredebiliti dua tokoh anak muda tersebut, sudah meyakinkan debat tersebut akan berlangsung dengan penuh intelektual dan matang.
Debat tersebut sedikit sebanyak mengimbau debat politik anjuran Himpunan Mahasiswa United Kingdom dan Ireland (UKEC) membabitkan mereka berdua. Mereka berhujah dan mencabar minda mengenai Wawasan 2020 dan benarkah Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai taraf negara maju yang tinggal 8 tahun lagi.
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyokong penganjuran debat ini dan melihat ia satu medium untuk rakyat mendapatkan maklumat secara adil. Pihak Gamis juga yakin bahawa isu ini bukan isu yang dipolitikkan, tetapi isu yang memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat khususnya mahasiswa.Terbaru (22 Mei 2012) Debat PTPTN; pemansuhan PTPTN halatuju pendidikan tinggi yang bakal memanaskan kembali isu mansuh PTPTN dan pendidikan percuma.
Debat tersebut menampilkan dua orang tokoh anak muda iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Melihat kepada kredebiliti dua tokoh anak muda tersebut, sudah meyakinkan debat tersebut akan berlangsung dengan penuh intelektual dan matang.
Debat tersebut sedikit sebanyak mengimbau debat politik anjuran Himpunan Mahasiswa United Kingdom dan Ireland (UKEC) membabitkan mereka berdua. Mereka berhujah dan mencabar minda mengenai Wawasan 2020 dan benarkah Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai taraf negara maju yang tinggal 8 tahun lagi.
Dari perspektif berbeza, Gamis yakin dengan penganjuran debat ini, ia mampu menyerlahkan lagi peranan kerajaan dan oposisi, iaitu saling melengkapi bukannya sekadar mahu melihat parti mana yang lemah atau kuat, hasilnya rakyat akan mendapat keuntungan daripada proses saling melengkapi dari sudut gagasan dan tawaran.
Menariknya, debat ini sejajar dengan kandungan Deklarasi Inspirasi Anak Muda (Inspirasi) yang dilancarkan oleh Gamis pada 25 Mac 2012 lalu iaitu dalam membela hak dan kebajikan mahasiswa dalam pembiayaan pengajian.
Gamis Inspirasi Anak Muda!
Akram Ikrami Taib Azamudden,
Presiden, Gamis
No comments:
Post a Comment