oleh: Madzamtoklah
17 June 2012- Bukit Gantang Perak ~Ibarat dilempang kiri kanan setelah jatuh dari tangga…begitulah nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertandang ke Parlimen Bukit Gantang hari ini.
Lempang kiri : Pada lawatan sebelah pagi di program minum teh di pasar minggu Changkat Jering, Muhyiddin telah menerima memorundum bantahan projek berkaitan projek lebuhraya Banting Selangor /Lebuhraya pesisiran pantai. Disini dapat dilihat dah ada orang UMNO yang bantah projek UMNO secara terbuka. Memorendum itu juga berserta usul yang mahukan semua bakal calon UMNO yang akan bertanding dikehendaki membuat sumpah laknat atau akuan bersumpah bahawa tidak akan melakukan rasuah atau salahguna kuasa….( Boleh percaye ke…??? Hehehe…) Cerita di bawah:
Usul Sumpah Laknat UMNO Bukit Gantang yang kini dimakan sumpah
Demi mencari kepercayaan yang amat pudar terhadap UMNO sekarang ini maka UMNO terpaksa bermain dengan sumpah…mereka kononya akan bersumpah tidak rasuah,tidak tipu,tidak kelentong…tapi itulah amalan wajib bagi pemimpin UMNO dulu kini selamanya..
Lihatlah contoh termakan sumpah terkini ialah UMNO Bukit Gantang yang apabila bangunan UMNO yang melambangkan maruahnya telah disita oleh mahkamah pada hari ini berikutan pihak UMNO Bukit Gantang dikatakan gagal dalam perjanjian sebuah projek jutaan ringgit beberapa tahun yang lalu.
UMNO memang pandai berjanji,kononya kini dijaja seluruh negara program janji ditepati…janji kelentong ditepai itulah maksud sebenarnya.
Lempang kanan : Pada jam 1100pg TPM sampai ke padang ADTEC untuk program “Janji Ditepati”. TPM diarak dengan konvoi anak muda upahan yang diberi RM30 seorang menurut seorang anak muda yang aku tanya disini. Dengan kehadiran yang disahkan sendiri oleh Zambry semasa berucap dipentas hanya 70ribu saja. Apa barang 70ribu..?? Siap disediakan beratus bas sewa disediakan hanya 70ribu saja ka..? Khabarnya ahli UMNO yang datang ke program ini dibekalkan duit poket dan diberi sehelai baju percuma. Perkara yang amat mengelikan hati ialah semasa Muhyiddin berucap dipentas sambutan dari hadirin amatlah hampar sekali,” TEPUKLAH TANGAN SIKIT……” - kata Muhyiddin yang terpaksa minta orang ramai tepuk tangan…bukan sekali tapi 3 kali Muhyiddin minta hadirin tepuk tangan..hahaha…. Mahuyiddin juga berjanji kerajaan meluluskan RM 3juta untuk pembangunan pasar minggu Changkat Jering yang berusia 100tahun.. disambut dengan tepukan tangan yang tak seberapa juga… Berat dah program UMNO ni,kalau ikutkan publisiti meluas di TV dan sebagainya program tidak masuk akal hanya 70ribu saja hadir..dah tu wajah-wajah yang datang pun macam tak minat saja datang…macam terpaksa dan dipaksa je…..sebab tu nak tepuk tangan pun malas…hahaha…
nampak sangat hang pemuhong....aku dan kawan2 aku pi ke ADTEC Kamunting tak dibayaq oleh mana2 pihak pon, kami pi kerana ikhlas menyokong BN la, jangan taboq fitnah la....
ReplyDeletesaya rasa penulis blog ni adalah seorang muslimm, jangan la tabur fitnah.... biarlah BN nak buat program apa pon, tak payah tuduh org yg hadir ke program BN dibayar dan sebagainya....tak baik pemuhong
ReplyDelete