KUALA NERANG - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta supaya membuat pengakuan kepada umum tentang jumlah peruntukan kerajaan negeri kepada Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau mendapat maklumat bahawa jumlah yang dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri kepada Kuin adalah sangat besar.
"Saya mengambil contoh jika kutipan hasil tanah di Kedah ialah RM160 juta setahun, berapakah daripada RM160 juta itu telah dibelanjakan untuk Kuin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keanggotaan Umno dekat sini malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu berkata, beliau bimbang dengan kadar perbelanjaan wang negeri terhadap Kuin dan berasa sangat kecewa dengan perkara itu.
"Itu yang membimbangkan. Kalau nak belanja betul-betul tidak apa, buat satu demi satu. Tapi semua orang tahu Fakulti Perubatan dan Kujuteraan tak boleh jalan, duit terpaksa dibelanjakan tapi Azizan tak nak mengaku juga.
"Baliklah ke pangkal jalan sebab Kuin asasnya adalah Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam," katanya.
Mahdzir berkata, beliau juga mahu kerajaan negeri menjelaskan tentang kedudukan Insan Holding Sdn Bhd sebagai anak syarikat Kuin yang memegang semua duit kerajaan negeri.
"Contohnya duit yang masuk kepada kerajaan negeri dipegang oleh Insan Holdings Sdn Bhd dan Pengerusi Insan Holdings ialah Rektor universiti itu. Di Kuin juga ada seorang Pegawai KCS (Kedah Civil Servant) yang telah ditempatkan sebagai Timbalan Rektor Kuin.
"Saya difahamkan oleh ramai pensyarah di situ bahawa Timbalan Rektor dari KCS itu disejuk beku, tidak ada kerja untuk dia. Jadi kenapa wujudkan jawatan itu kalau tak ada kerja untuk dilakukan," katanya.

kedahlanie sejak akhir2 ini sudah jadi lidah umno ker? kebanykn artikel yg hendak menjatuhkan PAS dan MB Kedah akan disiarkan.
ReplyDeletecukup jahat agenda kedahlanie skrg ini semata-mata kerana hendak naikkan tokohnya yg bernama pharolrazi itu.
aduhai bro... takan siar petikan kata KETUA PEMBANGKANG KEDAH dari BERNAMA pun terus kena cop jadi LIDAH UMNO... benda mudah jaa JAWAB laaa... nak susah apanya jika kita buat benda betoi dok nak takut apa...ini perkara dah diucapkan dan sudah diketahui oleh semua pihak jadi kita nak sembunyi buat apa...ia sama la spt isu RUMAH KOS RENDAH tuu kami juga siarkan artikal PEMUDA GERAKAN tersebut...ini bukan apa nak beritahu bahawa kedah juga ada isu dan isu2 spt itu yg berlegar di bawah dan rakyat terbanyak...cuba tengok pula isu BALAK...sampai skrg depa dok jaja kata MB TEBANG BALAK LUAS DAN HABIS HUTAN SAMPAI GONDOL...jadi kami akan masukan artikal blogger UMNO tersebut ini supaya sapa2 yg ada di sekitar boleh jawab supaya dapat dirungkai..bila SETPOL jawab sampai ada BOTOTL SAMPLE lagi maka artikal persoalan tersebut akan dikira sbg SOALAN TIN KOSOSNG laaa...
ReplyDeletesatu bro tolong laa sikit2 phaokolrozi..awat apa hebat nya phakolrozi nie...tak ada apa pon jika dilihat...dia pon boleh dikatakan bawa duri jgk dalam pentadbiran kedah...letih kami nak jawab isu berkaitan exco dia...cuba tgk dia pegang kerajaan tempatan dulu...belambak isu PUSAT HIBURAN naik....dia buat apa...nganga jaa kaa...jadi tolong laa semak dah otak dok pikiaq kelaku hgpa yg bila ditengok macam umno jugak... bila sentuh azizan habih melenting....kami sekadar copy paste ja artikal berkaitan negeri kedah untuk bagi semua rakyat kedah membacanya..
tak kira la agen UMNO ka agen PAS ka Agen Azizan ka Agen Phakolrozi ka yg nyata kami buat kerja nie sekupang PON puak2 nie tak bayaq... JIKA dapat habuan macam ada sesetengah pihak dapat tu OK la jugak nak jilat JUBOQ semua pihak tuuu....tapi yg nyata kami berdiri atas kaki sendiri...sapa tak kena kami TIBAI...kami TEGOQ....
Kedahlanie..jangan layan la komen2 macam nie...aku lagi suka siarkan berita dari kem UMNO pasal pentadbiran negeri Kedah..kerana nanti akan ada orang yang tampil memperbetulkan keadaan...macam kes phakolrozi tu juga la...kem UMNO ada yang melaporkan ada retak dalam PAS Kedah...maka ramailah dalam PAS Kedah yang merasakan laporan ini palsu..last2 sekali apa jadi..bubur dalca juga sekejap...Jadi tak kisahlah bagi aku blog nie nak siarkan dari kem UMNO..Ingat kita sokong parti politik bukan macam kita sokong team bolasepak negeri atau negara...Sokong orang politik ada hadnya..selagi mereka berada dilandasan yang betul menurut alquran dan al hadis maka kita akan terus sokong...jika mereka telah mula berubah maka kita mesti melantik ketua yang baru...Jangan ikut budaya UMNO..sokong parti politik sampai lupa hukum akhirat...pemimpin rasuah pun boleh menang lagi dalam PRU...
ReplyDeleteCuma artikel yang bercakaran sesama pemimpin PR tak elok disiarkan kerana ia boleh membawa pelbagai fitnah dan boleh meruntuhkan kem kita...yang nie kita tegur mereka melalui perwakilan masing2 diperingkat parti gabungan dalam PR...