Tuesday, July 31, 2012

Mitos ekonomi UMNO untuk orang Melayu

– Oleh Muhammad Nazreen

Memang, wujud perkaitan rapat di antara pengaruh ekonomi dan kesannya terhadap kelangsungan hubungan etnik di Malaysia. Ini bukanlah perkara yang salah. Jadi, dasar inilah yang memacu UMNO menggunakan ketakutan di kalangan orang Melayu yang merasakan terancam dengan dominasi ekonomi Malaysia daripada kelompok minoriti.

Faktanya dipesongkan supaya kelihatan dominasi ekonomi menjadikan acuan kepada tekanan perkauman. Penulis terpanggil untuk menjernihkan kekalutan yang diciptakan selama berpuluh-puluh tahun supaya UMNO terus gagah merompak harta rakyat.

Sebenarnya, ada asas yang lebih meyakinkan kita bahawa tidak wujud dominasi ekonomi atas dasar perkauman. Di sini, penulis mencuba untuk menjelaskan penipuan yang terselindung selama ini.


1. Hukum asas pasaran

Pertama, asas hukum pasaran bertentangan dengan sesuatu identiti. Pasaran berdiri di atas dua sebab: a) adanya Permintaan (Demand) dan Pembekalan/Penawaran (Supply). Hukum pergerakan ekonomi ternyata sah dengan kehadiran dua perkara asas ini. Penulis merasakan secara asasnya pasaran tidak mengenal warna kulit dan identiti untuk dijana.

Sebagai contoh,bayangkan A,B,C dan D merupakan aktor industri di dalam pasaran. A menjual beras daripada B. B menjual nasi kepada C. C menjual nasi goreng daripada D. Lalu, A membeli gula daripada D, D membeli air daripada C dan B membeli air sirap daripada A. Jadi, di sini kita lihat bahawa kebergantungan ekonomi secara idealistiknya hanya bergantung kepada ‘bargaining power’ yang ada dari sesuatu pembekal dan pengguna.

Ternyata, kuasa ekonomi asas bergantung kepada pemilik modal yang tidak ditentukan menerusi sesuatu identiti tetapi secara hukumnya ditentukan menerusi nilai permintaan dan pembekalan.

2. Permuafakatan kuasa politik

Kedua, penjelasan di atas mungkin kelihatan terlalu simplistik. Jadi, penulis ingin membawa kita kepada perbincangan yang lebih mendalam. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran, Malaysia mempunyai kuasa untuk mengenakan kawalan dalam tindakan-tindakan makroekonomi. Kerajaan berhak menentukan dasar-dasar kawalan ekonomi seperti kawalan fiskal dan monetari.

Lantas, ekuiti pembahagian kekayaan terletak pada keputusan kabinet. Soalan seterusnya adalah apakah dasar-dasar ekonomi yang diluluskan kabinet tidak mempunyai pengaruh dan kuasa politik? Sudah tentu tidak.

Berbalik kepada perkara seterusnya, kuasa politik di Malaysia berdiri di atas permuafakatan kaum dan bertujuan menjaga keharmonian semua sebagai warganegara. Jadi, persepakatan politik di antara kaum-kaum menjadikan bahawa sebarang tindakan makroekonomi yang diambil kerajaan perlulah mengambilkira semua kelompok dan tidak ada kelompok yang tercicir sekiranya kerajaan benar-benar melaksanakan tugas mereka.

Kerjasama Pakatan Rakyat di kalangan parti politik seperti PKR, DAP dan PAS misalnya merupakan contoh permuafakatan politik yang melintasi persoalan kaum sebagai perkara utama.

Bagi Pakatan Rakyat, ruang persefahaman di antara mereka yang mewujudkan momentum supaya persoalan asasi melibatkan kepentingan semua dapat terjamin.

Jadi, kelompok-kelompok di dalam Pakatan Rakyat membentuk suatu gabungan yang cakna supaya tiada golongan yang tertinggal. Jadi, apakah gabungan politik ini bakal menyisihkan sesetengah kaum? Tentu sahaja tidak.

3. Dasar Ekonomi Baru dan tindakan afirmatif

Ketiga, mekanisme ekonomi di Malaysia merupakan sebahagian daripada tindakan afirmatif. Tindakan afirmatif bermaksud dasar yang mengambil faktor agama, ras, etnik, orientasi seksual dan kewarganegaraan sebagai pertimbangan supaya tiada golongan yang tertinggal daripada agihan kekayaan, pekerjaan dan hak sosial.

Perdebatan ekonomi yang berkaitan di Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan tindakan afirmatif, di mana ia merupakan suatu tindakan ekonomi yang memastikan bahawa tiada kelompok yang tercicir daripada pembahagian kekayaan negara. Di atas dasar ini jugalah, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1971.

Matlamat asal DEB bertujuan untuk memastikan kaum bumiputera menerima ekuiti kekayaan sebanyak 30% kerana ketika itu kemiskinan di kalangan etnik Melayu menyebabkan dasar afirmatif diteruskan.

Bagi penulis, kemiskinan bukanlah didasarkan atas faktor kaum tetapi sebenarnya merupakan analisa terhadap jurang pembahagian kelas sosial. Jadi, tindakan affirmatif yang murni sebenarnya bertujuan untuk merapatkan jurang kelas bawahan dan kelas atasan dengan menambah jumlah golongan kelas menengah bukan melahirkan pemisahan antara kaum sepertimana yang diterajui UMNO.
Hal ini sekali lagi membenarkan bahawa persaingan ekonomi tidak cenderung kepada hubungan etnik semata-mata tetapi lebih dilihat sebagai perlawanan kelas di antara yang kaya dan yang miskin.

Mitos yang menyatakan bahawa orang Melayu akan hilang dominasi ekonomi sekiranya UMNO dikalahkan adalah suatu mitos yang memastikan UMNO untuk terus survival sebagai pemerintah Malaysia.

4. Minoriti melawan majoriti?

Keempat, perkara yang sering digembar-gemburkan UMNO adalah ekonomi Malaysia kini mengalami ‘minority market domination’ di mana etnik Cina dilihat mempunyai kuasa ekonomi yang mampu menekan warga majoriti iaitu orang Melayu. Dakwaan ini mengatakan bahawa 60% daripada agihan kek ekonomi dikuasai etnik Cina.

Mungkin, dakwaan ini ada asasnya terutamanya tetapi penulis melihat perspektif ini sebagai sesuatu yang bermasalah. Ini kerana keadaan ekonomi kini sudah berubah. Jumlah orang Melayu yang mendapat pendidikan tinggi sudah meningkat dan kini, banyak jawatan-jawatan korporat dan profesional diisi oleh orang Melayu.

Lebih 10 tahun lalu, 28 syarikat yang didaftarkan di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, 8 syarikat daripadanya atau sekitar 28% menyaksikan wujud kerjasama di antara golongan bumiputera dan etnik Cina. Sepuluh tahun selepas itu, lebih banyak syarikat-syarikat Bumiputera mampu didaftarkan di bursa saham tanpa mempunyai kepentingan terus kepada kerajaan.

Jadi, isu ekonomi adalah persoalan persaingan. Sekiranya, orang Melayu sedia untuk bersaing secara sihat. Isu ketinggalan di dalam peluang ekonomi sebenarnya tidak wujud. UMNOlah yang bertanggungjawab selama ini memberi gambaran palsu bahawa orang Melayu tidak mampu bersaing secara sihat. Ini membuktikan bahawa UMNO mengecilkan kaum Melayu.

5. Pembaziran kerajaan yang melampau dan amalan rasuah

Kelima, masalah ekonomi di Malaysia sebenarnya berpunca daripada pembaziran melampau kerajaan dalam membelanjakan wang cukai kerajaan sewenang-wenangnya. Defisit perbelanjaan negara yang berturutan beberapa tahun sehingga hutang negara memuncak yang mendorong pertumbuhan ekonomi terbantut.

Jadi, golongan yang terkesan daripada pembaziran ini adalah semua rakyat Malaysia bukan orang Melayu atau Cina sahaja.

Pembaziran yang melampau serta skandal-skandal rasuah berskala besar di kalangan pimpinan negara menyebabkan inflasi berterusan tanpa kawalan. Disebabkan ini, negara dirundum dengan beban ekonomi yang teruk
Maka, kita memerlukan urus-tadbir yang cekap, akauntabel dan telus (C.A.T) untuk dilaksanakan oleh badan-badan kerajaan. Misalnya, sistem tender terbuka yang diperkenalkan di Pulau Pinang kini membolehkan ramai kontraktor-kontraktor Melayu bersaing secara sihat tanpa memerlukan kroni-kroni politik untuk mendapatkan kontrak kerajaan. Kesannya, pembahagian tender dapat dilaksanakan secara telus dan berkesan.

Semenjak 2008, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang membuktikan bahawa mitos UMNO bahawa tanpa mereka, Melayu tidak mampu bersaing adalah tidak benar.

Seraya itu, golongan kontraktor Melayu berjaya meningkatkan lagi efisiensi mereka. Ini merupakan serba sedikit perkara yang dapat membuktikan bahawa orang Melayu boleh bersaing tanpa perlindungan daripada kerajaan, tetapi mampu bersaing dengan baik sekiranya jenayah rasuah dan kronisme dapat dibanteras.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, mitos UMNO untuk orang Melayu yang cuba melaga-lagakan orang Melayu dan etnik minoriti yang lain merupakan tindakan terdesak mereka supaya tembelang mereka tidak pecah.

Demikian, mereka dapat meneruskan usaha merompak wang yang diamanahkan rakyat kepada mereka untuk diberikan kepada suku-sakat mereka. Namun, perkara ini tidak akan berpanjangan jika orang Melayu mula sedar bahawa mereka telah dipermainkan selama hampir 55 tahun. – Roketkini.com

"Sebangsa Sejiwa Senegara" tema Hari Kemerdekaan PR


Jamilah Hamzah
1 Ogos 2012
Datuk A. Samad Said
Datuk A. Samad Said+
 
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) yang mempertikaikan tema Hari Kemerdekaan digunakan Kerajaan Pusat, hari ini mengumumkan pihaknya akan menggunakan tema Sebangsa Sejiwa Senegara.

Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan yang dilantik PR telah membuat pengubahsuaian daripada 250 slogan yang diterima sejak minggu lalu selari dengan keadaan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Ketua jawatankuasa itu, Datuk A. Samad Said berkata, tema yang dikirim oleh Al Haimi Adam 'Senegara Sebangsa Sehati Sejiwa' telah diubah supaya tidak menyentuh isu sensitif, siasah, perkauman dan diperhalusi sebanyak mungkin.

Menurutnya, tema tersebut dilihat lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat dan negara tanpa ada sebarang agenda politik.

"Kita berbincang hampir dua jam untuk pilih, ada banyak tema yang dihantar adalah sama menggambarkan rakyat bersama, sejahtera dan lain-lain.

"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan dan turut diubah untuk kesesuaian," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, PR telah mendesak kerajaan pusat supaya menukar tema Hari Kemerdekaan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati yang tidak mencerminkan rakyat dan negara serta lebih kepada mewakili Barisan Nasional.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tema hari kebangsaan memang menjadi hak kerajaan untuk memilihnya namun biarlah ianya memberi gambaran untuk keseluruhan rakyat dan negara.

Blogger UMNO Fitnah MB Kedah lagi... Bilakah Kerajaan negeri nak saman kaki fitnah ini..??

Fitnah jahat blogger UMNO terkantoi lagi...


(MB Kedah Ditahan Bersama $etiausha Politik & Ketua Eksekutif PKNK oleh $PRM Di Sebuah Hotel)

Foto dan berita di atas Kedah La petik dari sebuah blog UMporNO bodopiang dengan fitnah terbarunya terhadap MB Kedah. Sekali tengok nampak jelas cara buat teknik superimpose langsung tak professional... agaknya masa dia pi kursus dari Yahudi APCO kat Janda Baik dulu dia tak beri perhatian dekat pengajar, asyik dok teringat jandanya.

Dalam alam maya yang ramai orang ada info bahan penipuan bukan boleh bertahan lama, sebaik keluar fitnah tu maka muncullah pembaca mendedahkan foto asalnya.



Kantoi lagi nampaknya anak didik Yahudi APCO ni. Agaknya mungkin kerana tokguru Iblis depa kena rantai laa ni, maka kerja mereka di bulan posa ni semua tak menjadi.

Kesimpulannya... INGAT UMNO, INGAT FITNAH!!!
INGAT FITNAH, INGAT UMNO!!!
UMNO DENGAN FITNAH MACAM
GARAM DENGAN MASIN...
 

9.8 | Majlis Berbuka Puasa MB Kedah Bersama Rakan Media Baru

Rafizi di bebaskan dengan ikat jamin RM15K

Rafizi(dua dari kiri)di lobi bangunan Mahkamah Shah Alam.Turut kelihatan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Surendran dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.

Beliau juga memohon hakim supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.

Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.

Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.

Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu sebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.

Dalam realsi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.

Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib Altantuya yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.

Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.

Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.

Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.

Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya. -jalanpulang

Rafizi Ditangkap bila Dedah Lembu tidor di Kondo...

Rafizi Ramli di gari bersama sahabat beliau ketika di bawa ke Mahkamah.Ikat jamin seoarang Rm15k.Pejuang Rakyat....!!!!

azlanPengarah Strategi PKR Mohd  Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

Beliau pagi ini ditangkap polis atas alasan sama.

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Insya'allah.. Berdoalah semoga Raya tahun depan kita pulang ke kampung dengan kereta baru dan murah..!!!

Cerita balik raya: Untung dan rugi?

Manusia sering membuat pertimbangan antara keuntungan dan kerugian lebih daripada membuat penilaian antara benar dan palsu. Ini dapat dilihat apabila menyingkap sejarah mahupun di dalam retorik politik.

Pengumuman Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan cukai eksais, cukai jualan dan cukai import semua kenderaan dapat dinilai daripada perspektif untung-rugi dan benar-palsu yang saya maksudkan tadi.

Jika dihapuskan beban cukai tiga ganda ini, harga kereta nasional akan turun ke sekitar RM30,000, manakala harga kereta seperti Honda dan Toyota turun RM50,000 secara purata. Ini memberi rakyat peluang untuk memiliki kenderaan, yang kini bukan lagi satu barang mewah tetapi satu keperluan asas tatkala sistem pengangkutan awam masih pincang dan jarak antara tempat tinggal dan tempat kerja semakin jauh akibat penempatan yang bertambah luas.

Siapa yang akan untung? Sudah tentu rakyat daripada semua lapisan. Sebanyak 20 peratus daripada RM580 bilion hutang isi rumah sekarang adalah disebabkan pinjaman kereta, mengakibatkan pendapatan boleh guna yang rendah kerana perlu membayar hutang kereta, juga hutang rumah dan hutang kad kredit.

Jika diambil kira hutang PTPTN, beban hutang isi rumah jauh tinggi daripada yang sepatutnya. Tangga gaji yang bukan sahaja rendah malah membeku – ia hanya meningkat 2.3 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan, seperti yang dilaporkan Jabatan Perangkaan – hanya menambahkan bukti bahawa rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi berbanding piawaian antarabangsa.

Ini terbukti apabila nisbah harga rumah kepada gaji yang lazimnya lima kali ganda (purata antarabangsa) hampir 15 kali ganda di negara kita.

Penghapusan cukai tiga ganda akan menyebabkan Proton lebih berdaya saing kerana ia mesti bertambah baik dan mengeluarkan kereta yang lebih berkualiti. Selain menghapuskan cukai tiga ganda ini, sistem AP akan turut dirombak agar kereta reconditioned akan menjadi lebih murah.

Inilah perbezaan Agenda Reformasi Ekonomi Pakatan Rakyat yang berteraskan ‘merakyatkan ekonomi’ dan ‘keadilan ekonomi’ (economic justice) di dalam sebuah negara berkebajikan. Dengan merangka dasar ekonomi tanpa pengherotan yang menjadi teras ekonomi BN, harga barangan dan perkhidmatan akan turun untuk keperluan dan keselesaan rakyat.

Selain cukai tiga ganda ini, Pakatan Rakyat akan menghapuskan hutang PTPTN, menurunkan harga minyak petrol, dan juga harga gula (dengan menghapuskan monopoli ke atas komoditi ini). Harga rumah mampu milik juga akan turun apabila tiada kolusi dan korupsi antara pemerintah, pembangun hartanah dan pembina. Harga perkhidmatan kesihatan akan turun hasil daripada penambahan kapasiti perkhidmatan kesihatan kerajaan yang lebih efisien. Keutamaan juga diberikan kepada pemerkasaan dan integrasi perkhidmatan pengangkutan awam termasuk komuter, LRT, dan MRT.

Amat menyedihkan lagi kadar kemiskinan buat kali pertamanya semenjak 1999 telah meningkat 1.5 peratus. Kita juga kena ingat bahawa angka kadar kemiskinan atau Poverty Line Index rasmi pada RM800 adalah tidak tepat di mana ia sepatutnya RM1,300 juga menutup kebenaran kadar kemiskinan rakyat di negara ini, di mana koefisien Gini setinggi 0.46 (anggaran Bank Dunia) – antara yang tertinggi di Asia.

Usaha PR untuk merakyatkan ekonomi sering dibantah kerajaan Barisan Nasional dengan hujah seperti negara akan muflis nyata tidak benar, kerana apabila ada Reformasi Ekonomi akan berlakunya pengagihan ekonomi yang lebih adil lalu memaksa sektor ekonomi bertambah efisien dan berdaya saing.

Ternyata dengan pengurangan harga barang dan bebanan hutang, rakyat akan menikmati pendapatan boleh guna yang lebih tinggi untuk disimpan, dilabur atau mempelbagaikan perbelanjaan langsung merangsang ekonomi negara dengan lebih mampan serta melimpah kepada lebih banyak syarikat dan bukan kepada segelintir syarikat kroni yang miliki monopoli komoditi. Inilah keuntungan untuk rakyat, yang akan merdeka daripada menjadi tawanan ekonomi kapitalisme kroni dan hamba hutang.

Siapa yang akan rugi? Penganut kapitalisme kroni akan merasakan kerugiannya tatkala tiada lagi penswastaan keuntungan dan liabiliti sektor swasta tidak lagi dinasionalisasikan. Lubang ketirisan ekonomi akibat rasuah, pemerolehan projek terlalu mahal, dan amalan menjarah kekayaan negara akan tertutup. Malah projek seperti LRT Ampang akan diberi secara tender terbuka kepada syarikat yang benar-benar layak.

Insya-ALLAH, tahun depan sekiranya melalui pilihan raya yang bebas dan adil sebuah era baru akan diundi masuk ke Putrajaya, lebih ramai rakyat akan pulang ke kampung halaman dengan memandu kereta baru masing-masing.

(Pertama kali disiarkan di Sinar Harian pada 31 Julai 2012)

JOM LIKE 
: Kami Sokong Pakatan Rakyat Mahu Turunkan Harga Kereta

ISU BAYAR SAMAN - Cadangan Penguasa Yang Kaya Hendak Hisap "DUIT" Rakyat..!!

Bayar saman pada masa yang sama ia dikeluarkan dicadang

31 Julai 2012
Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam
Tun Zaki Tun Azmi
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan.
 
Pengerusinya Tun Zaki Azmi berkata jika pesalah berkenaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka dicadangkan agar ditahan pihak berkuasa terbabit.
 
Bagi kesalahan yang membabitkan kesalahan meletak kenderaan pula katanya, kenderaan berkenaan akan dikunci dan ditarik.
 
"Sehingga kini berjuta-juta saman seluruh negara yang tidak dibayar, tetapi hanya diketepikan sahaja seperti tak menghormati undang-undang negara. Jadi kita kena paksa dia hormat undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya khas berkenaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
   

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Bandaraya Kuching.

Zaki berkata antara jumlah tunggakan saman yang diketahui pada masa ini adalah RM5 juta bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL), RM2.5 juta bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), RM5 juta untuk Majlis Bandaraya Kuching dan RM600,000 bagi Majlis Perbandaran Kuantan, tidak termasuk bagi PDRM.
 
Zaki berkata cadangan itu juga terpakai untuk semua agensi penguatkuasaan kesalahan jalan raya, dan untuk semua jenis kesalahan jalan raya termasuk tidak mematuhi had laju, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar, dan ia telahpun dilaksana di negara-negara lain termasuk Singapura dan London.
 
Beliau berkata soal membebankan pengguna jalan raya tidak timbul kerana yang perlu berbuat demikian hanya mereka yang melakukan kesalahan jalan raya. 

Beliau berkata tambahan lagi, bayaran saman kini boleh dilakukan melalui penggunaan kad kredit, jadi ia tidak membawa sebarang masalah.
 
Cadangan itu akan dipanjangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat, dan ia diharap dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya sempena musim perayaan ini, katanya.
 
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata Cuepacs menyokong penuh saranan itu dan menyeru agar semua penjawat awam membayar semua saman mereka, jika ada, bagi menunjukkan bahawa penjawat awam menghormati undang-undang negara.
 
Beliau berkata apabila cadangan berkenaan dilaksanakan, ia akan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terbabit dan  mampu mencegah mereka daripada melakukan kesalahan sama pada masa hadapan. - Bernama

Ops Makan telah di Gerakkan di Alor Setar

Jual nasi dalam bonet kereta
Wartawan Sinar Harian
31 Julai 2012
Jual nasi dalam bonet kereta
Anggota penguatkuasa menunjukkan bungkusan minuman yang diletakkan di bahagian bonet kereta.
 
Jual nasi dalam bonet kereta
Sayur kacang yang siap dimasak antara barang yang dirampas.
 
ALOR SETAR- Tanpa rasa segan atau malu, peniaga makanan dan minuman sanggup melanggar syarat waktu perniagaan di bulan Ramadan semata-mata untuk memberi kemudahan kepada kaki ponteng puasa mendapatkan makanan sebelum jam 3 dan waktu berbuka.

Gerai yang berselindung di sebalik kenderaan pacuan empat roda dan ditutup menggunakan kain kanvas di Jalan Gangsa mula menjadi tumpuan kaki ponteng kira-kira dua hari lalu apabila menyediakan nasi, lauk dan minuman kepada pembeli.

Pembantu gerai ketika ditemui berkata, perniagaan yang mula dijalankan pada jam 9.30 pagi dan mula dikunjungi pengunjung sekitar jam 11 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung terutama kaki ponteng puasa.

Dia berkata, kebiasaannya pengunjung yang membeli bungkusan makanan di gerai itu akan berselindung di sebalik topi keledar yang dipakai.

“Nasi berlauk ayam gulai dan ikan kembung goreng dijual dengan harga sekitar RM4 manakala minuman seperti air sirap dijual dengan harga RM1.

“Kebiasaannya saya akan membeli ikan atau bahan lain lalu terus dibawa ke sini dan kami akan memasak sebanyak lima kilogram (kg) beras untuk satu hari,” katanya kepada pemberita pada Ops Ramadan yang dijalankan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.

Sinar Harian mendapati biarpun gerai yang menjual lauk seperti ayam dan ikan goreng, sayur kacang panjang dan minuman itu kotor serta dipenuhi lalat namun ia masih mendapat sambutan daripada pengunjung.

Lebih teruk apabila terdapat perangkap tikus yang diletakkan bersebelahan dengan pembakar ikan di bawah kabinet makanan.

Jual dalam kawasan semak

Operasi yang turut dijalankan di kawasan Terminal Bas Shahab Perdana juga mendapati terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga yang sedang menunggu pelanggan membeli nasi dan minuman bungkus yang telah disediakan.

Lelaki yang berusia 55 tahun itu meletakkan bungkusan makanan minuman sejuk di dalam plastik hitam dan diletakkan di bahagian bonet sementara menunggu pelanggan.

Lelaki yang menjadikan kawasan tersembunyi berhampiran kawasan semak itu kelihatan tidak senang duduk apabila perniagaannya diserbu penguatkuasa.

Modus operandi bertukar

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa Bahagian MBAS, Saifullizam Othman berkata, hasil dua hari operasi itu dijalankan sejak kelmarin, sebanyak sepuluh premis telah diserbu.

Saifullizam berkata, tahun ini modus operandi peniaga yang beroperasi sebelum jam 3 petang telah bertukar kepada menjual makanan dan minuman yang siap dibungkus menggunakan kenderaan seperti kereta.

“Sepanjang Ops Ramadan ini dijalankan, kita telah menyerbu 10 lokasi perniagaan yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman sebelum jam 3 petang termasuk empat perniagaan yang dijalankan menggunakan kereta.

“Empat lokasi yang menjalankan perniagaan di dalam bonet kereta yang berjaya kita kenal pasti adalah di Mergong, Alor Janggus dan Gunung Keriang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Saifullizam berkata, peniaga turut memberi kemudahan kepada pelanggan mereka dengan memberikan harga pakej sekitar RM5 untuk nasi berlauk dan minuman.

Dia berkata, operasi yang membabitkan 15 anggota di bawah pasukan khas yang ditubuhkan untuk Ops Ramadan ini akan dijalankan secara berterusan sepanjang bulan Ramadan.

Menurutnya, di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai MBAS 2012, kompaun sebanyak RM300 dikenakan kepada mereka yang menjalankan perniagaan makanan sebelum jam 3 petang.

“Peniaga boleh mengambil barang mereka semula selepas jam 3 petang dengan membayar kompaun dan kos pengalihan yang bergantung kepada barang yang dirampas.

“Tindakan yang dilakukan ini bukan bertujuan menghukum peniaga malah ia untuk mengelakkan peniaga menjalankan perniagaan di luar waktu yang ditetapkan,” katanya.

Ini dia antara cara nak kurangkan harga kereta...!!!

PKR cadang hapus beri AP, perkenal bidaan

PKR hari ini mendedahkan bahagian kedua cadangan dasar automotifnya yang melibatkan pelan untuk menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun sehingga 2015.

Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata, rancangan itu akan menjana RM2.8 bilion dalam pulangan kerajaan bagi mengurangkan kesan pengurangan eksais dan cukai jualan kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion setahun.


PKR juga mencadangkan supaya AP berkenaan dijual secara bidaan tiga peringkat, dengan bidaan permulaan untuk kenderaan efisien tenaga bermula pada RM10,000, kereta biasa pada RM20,000 dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi.

Rafizi berkata, PKR percaya bahawa harga purata untuk setiap AP akan mencecah RM40,000 setiap tahun, yang akan menghasilkan pulangan sebanyak RM2.8 bilion setahun.

Pertama kali tema Hari Merdeka jadi perdebatan

KUALA LUMPUR: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, 55 tahun adalah umur yang memerlukan seseorang itu menjadi sangat matang dan boleh membuat anjakan yang besar dalam kehidupan.
Baginya, tema Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini mempunyai signiikan yang tersendiri.

Ini, katanya adalah kerana umur lebih setengah abad memerlukan negara menilai dengan jujur apa yang telah dicapai dan apa kelemahan yang masih belum dapat diatasi.

“Teras tergerak untuk memberi komen kepada tema kemerdekaan kali ini ialah kerana ia telah menimbulkan perdebatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sementara ada yang cuba mempertahan tema yang asal iaitu ‘Janji Ditepati’ ramai yang berpandangan tema itu adalah lanjutan dari tema Barisan Nasional yang kini giat mempopularkan mesej bahawa kerajaan telah menunaikan janji dan dengan itu harus dibekalkan berkuasa.

Akan tetapi, ujarnya bukankah kermerdekaan adalah persoalan yang berkait dengan perjuangan dan partisipasi rakyat serta soal kedaulatan.



“Tidakkah kemerdekaan ialah persoalan menjadikan negara dan seluruh rakyat sebagai entiti yang satu,  yang tidak boleh dipisah kerana tanpa negara tiada rakyat dan tanpa rakyat tiada negara?” tanya Azmi.

Lantaran itu, kata beliau kemerdekaan semestinya membawa mesej kesatuan dalam perbedaan darjat, pemikiran serta warna kulit dan kaum dikalangan seluruh rakyat.

Menurutnya lagi, apabila tema kemerdekaan tidak membawa pengertian asasi untuk menyuburkan rasa kebanggaan terhadap kedaulatan negara, maka sambutannya sendiri akan hilang erti.

Mohd Azmi berkata, untuk menyambutnya dengan membawa agenda sebuah parti politik maka kemerdekaan bukan lagi suatu penyatuan malah telah menjadi penyebab kepada perpecahan.

Justeru, katanya kemerdekaan yang disorot hanya dari kacamata sebuah parti politik tidak akan membawa kesan kebersamaan malah boleh menimbulkan perpecahan dan saling mencurigai.

“Cukuplah pelbagai program kemerdekaan yang dilakukan selama ini oleh Kerajaan yang sering menonjolkan hanya acara perarakan dan acara hiburan , kini Teras mengesa agar sambutan dilaksanakan dengan tema yang lebih serius dan membayangkan pengertian kebersamaan rakyat dari semua golongan sebagai penyumbang kepada kemerdekaan,” ujarnya.

Penekanan betapa harga kemerdekaan adalah terlalu mahal  untuk dibiar digadai oleh pihak tertentu yang mahu meraih kekayaan dan membolot kekuasaan, maka mesej kemerdekaan harus menanam semangat pengorbanan dan rasa maruah yang tinggi untuk negara dan rakyat.

Katanya, rakyat perlu diingatkan  pelbagai cabaran dari dalam dan luar yang boleh sahaja menghancurkan kemerdekaan yang dibina oleh golongan terdahulu.

Beliau menambah, Teras kecewa apabila tema kemerdekaan tiba-tiba dicadangkan bernuansa agenda parti politik bukan kepada mesej yang mendalam yang mahu disuburkan dikalangan rakyat.

“Sebab inilah kali pertama tema kemerdekaan dijadi perdebatan kerana ia tidak berdasarkan kesatuan tetapi hanya mahu menonjolkan mesej sebuah parti politik,” katanya.

Jika Pasaraya buat SALE semua pakat serbu.. tapi bila nak jual kereta murah semua pakat bantah..!!!


 Dah bagi murah tak nak. Nak jgak mahal. Apa lah penyokong BN neh. 

Time mkn nak cari tmpt murah tpi sodap,time shoping pon cri tmpt murah tp kuliti, sng cite semua nak murah.

 Tapi nie dah bagi formula kenderaan murah pun semua pakat dok mengejeknya..kata rugi laa. bangrap la....

Eh jd pelik pulak nak gak harga mahal!!!. Jln undur blkng pulak? Islam kata gunakan rezki dgn berhemah n jgn mmbazir......

Apabila HUDUD didendangkan semula...itu bermakna UMNO BN sudah kehabisan Oksigen..!!!

"HUDUD" ALAMAT KUBRA PRU13

Apabila gendang hudud dipalu sekuatnya, maka ia antara tanda - tanda pilihanraya umum semakin hampir. UMNO terpaksa sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman insyaallah.

Pakatan Rakyat telah beberapa kali bincang perkara ini dan simpul ringkasnya ialah kami "setuju untuk tidak bersetuju" atau dalam dalam bahasa lebih mudah ialah : DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.

Kedudukan ini jauh lebih baik daripada UMNO dan BN. Bukan sahaja parti kompenan mereka yang biadab terhadap Islam, malah UMNO sendiri bersetuju untuk tidak melaksanakan syariat Islam di Malaysia termasuk undang - undang jenayah syariat. Malah UMNO menikus dihadapan MCA apabila Presiden MCA 'menengking' Adun UMNO Kemelah sebagai pemimpin yang hilang aqal tatkala Adun itu mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri Johor sedang rata - rata pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada Adun Kemelah.


Tidak hairan jika perlaksanaan hudud belum mendapat kata sepakat dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat yang hanya baru dibentuk pada tahun 2008, kerana ia sekali lagi jauh lebih baik daripada UMNO dalam BN yang gagal melaksanakan syariat Islam ini sejak lebih 50 tahun memegang mandat rakyat sebagai pemerintah meskipun mereka sering mendabik dada kononnya mereka adalah parti dominan dalam BN.

Sewaktu debat Sinar Harian baru - baru ini, saya telah qoute kenyataan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung pada tahun 2010 yang lalu, bahawa kenyataannya "langkah mayat saya dulu" untuk menubuhkan Islamic State sebagai ucapan yang disebut 20 tahun yang lalu [ 1990 ] pula ia dipetik di luar konteks. Malah Karpal Singh sendiri menyebut perkara ini boleh dibincangkan.

Lantaran itu, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini. Sebahagian dari keputusannya sebagaimana yang saya catat pada point ke 2 di atas. Selebihnya menjadi dakwah berterusan PAS untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah swt. sebagaimana doa saya buat yang lain juga.

Hudud adalah undang - undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Satu realiti yang tidak boleh siapa nafikan bahawa ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam. Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [ baiah ] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.

Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya. Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam.

Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [ melalui proses demokrasi ] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang - undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang - undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.

Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.

Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli UMNO dan atas pagar mengundi PAS. Maksudnya, UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus. [ bebas korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara ]

Penegasan ini saya buat kerana untuk PAS menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah swt sukar menjadi kenyataan.

Pertama : PAS pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO.

Kedua : UMNO pernah menang banyak dan menjadi kuasa besar sejak sekian lama termasuk kemenangan mereka pada tahun 2004 tetapi mereka tidak pernah berhasrat untuk mendaulatkan syariat Allah swt sebaliknya memperkayakan kerajaan pimpinan mereka dengan rasuah , penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana rakyat dan negara.

Ketiga : Sehingga saat ini, hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti besar dalam negara yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]

UMNO pula konsisten membelasah PAS dan menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Disamping itu UMNO terus dengan legasi mereka, bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta menyeleweng dalam mengurus dana rakyat dan negara. Lalu PAS mengadakan kerjasama politik [Tahaaluf Siasi] dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR lalu membentuk Pakatan Rakyat untuk mendepani UMNO dan BN.

Kerjasama ini adalah kerjasama politik bukan kerjasama agama dan ideologi perjuangan. Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti - parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran dalam projek mega negara, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi.

Apabila kerjasama politik [tahaluf siasi] ini berjaya dan hampir menumbangkan kerajaan UMNO dan BN dalam tsunami politik 2008, barulah UMNO kenal rabu dan khamis, lalu mereka pantas mendendangkan lagu perpaduan pada setiap hari jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa. UMNO desprate lalu mencari PAS untuk bersatu padu. Kita tidak menolak mentah tetapi kita meletakkan syarat Islam sebagai tali pengikat untuk bersatu padu, justeru Islam mengajar kita sedemikian. UMNO tidak bersedia dengan syarat itu, maka PAS mohon jalan dulu . Tinggallah UMNO dengan lagu lamanya.

ما لا يدركه كله ، لا تتركه كله Tidak boleh laksanakan semua [kandungan Islam] maka jangan tinggalkan semua [ ertinya, laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu ]. Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan subtance kepada ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence" . Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini.

Nasrudin bin Hassan

Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Hari Kebangsaan: Benar sungguh kritikan Mat Sabu

Mohamed Hadi al-Majwi ,

Kira-kira setahun yang lalu sewaktu umat Islam di negara kita sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) pula sedang enak 'dilanyak' oleh media perdana mengenai isu Mat Indera dan komunis. Mat Sabu menekankan isu lain, tetapi dek kerana manipulasi media pemerintah, rakyat tertumpu kepada isu komunis pula yang kemudiannya menyaksikan perbicaraan mahkamah yang cukup melucukan dan masih berlangsung sehingga sekarang.

Jika diimbas kembali, Mat Sabu mengkritik bagaimana sambutan Hari Kebangsaan 'disabotaj' oleh parti pemerintah seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) sahajalah yang berjuang memerdekakan negara. Walaupun propaganda ini tidak dizahirkan sekurang-kurangnya melalui logo dan tema Hari Kebangsaan, tetapi mesej ini tetap meniti bibir-bibir pak menteri, bagaimana tanpa perjuangan Umno dan BN (dahulunya Parti Perikatan), rakyat negara kita ini masih duduk di atas pokok.

Teguran Mat Sabu ternyata tidak diambil endah oleh parti pemerintah malah makin menjadi-jadi perangainya untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick (setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55.

Kesilapan pertama bermula dengan pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati". Meskipun kritikan lantang diberikan di atas pemilihan tema yang mirip kempen pilihanraya ini, tapi para pemimpin parti pemerintah tetap tegar mempertahankan tema ini (syok sendiri barangkali?). Hatta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga meluahkan rasa 'meluat'nya dengan pemilihan tema yang jelas tidak neutral dan "tidak mengalu-alukan" penglibatan semua rakyat termasuklah penyokong parti pembangkang.

Belum selesai kesilapan pertama, kesilapan kedua dilakar pula dengan pemilihan logo Hari Kebangsaan yang begitu hodoh, "lekeh" dan menjadi bahan sendaan rakyat jelata di internet. Kali ini rakyat di atas pagar juga tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini?

Tema yang syok sendiri dan logo yang menyedihkan tidak cukup untuk memberi pengajaran kepada parti pemerintah. Diundang pula kesilapan ketiga dengan pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu tema kempen pilihanraya BN! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri membuatkan rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya, apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara? (Walaupun sarjana kangkung mengatakan negara tidak pernah dijajah). Patutkah kita salahkan Tun Abdul Razak kerana di zaman beliau tiada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seperti yang di'rap'kan dalam lagu nukilan Rais Yatim itu? Rasanya baru sahaja Perdana Menteri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa zaman bodek sudah berlalu, tetapi nampaknya lagu tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah manifestasi 'bodek tahap tertinggi' yang dipamerkan oleh Rais Yatim.

Kesilapan-kesilapan hatrick ini tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Menteri Penerangan yang sudah begitu veteran sudah tidak mampu memahami bahasa rakyat yang celik maklumat. Tidak keterlaluan jika dikatakan Perdana Menteri berjaya dimalukan dengan aksi tempang anak-anak buahnya. Benarlah kritikan Mat Sabu bahawa sambutan Hari Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti pemerintah semahu-mahunya. Lagu tema pun sudah menjadi lagu manifesto BN. Jika begini gaya Perdana Menteri ingin melangkah ke gelanggang pilihanraya umum ke-13, rasa-rasanya tidak salah jika kita katakan inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN.

Isu Hudud - karpal Singh nie BIJAK dari segi Undang-Undang tapi bangang dari segi Strategic Management..!!!

Karpal Singh lupa makan ubat dan sekali lagi tegaskan DAP tolak hudud!


Jangan marah.

Sebab?

Karpal yang cari pasal. Bukan sesiapa pun tapi karpal seorang. Sama macam karpal cari pasal time dia meroyan suruh dsai bertaubat dan minta maaf di tv3 ari tue. Bahkan jangan lupa aksi dia di parlimen ketika dsai dituduh terlibat dalam skandal liwat pada tahun 1999.

Ungkit?


Bukan. Cuma nak cakap pasal benda betul. Tengoklah mulut dia meroyan apa lagi kat bawah neh ;


Utusan? Nope.

BH? Nope.

Tv3? Nope.

Sinar harian beb. Si karpal meroyan dan sinar harian siarkan royanan karpal singh.

Punca?
Karpal berang sebab di provoke MCA. MCA provoke karpal pasal hudud dan karpal melatah. Disebabkan itulah dia keluarkan statement keras bahawa DAP tidak akan bersetuju dengan hudud tanpa mempedulikan pendirian LGE dan LKS.

Tujuan?
Karpal nak bagitau kenapa umum bahawa DAP takan setuju dengan idea pas mengenai hudud. Katakanlah perkara neh dibawa ke parlimen, so PAS boleh bermimpi untuk dapatkan undi dan sokongan dari DAP.

Kesan?
Orang dah mula nampak pendirian dap dan sekali lagi umat islam akan menghasilkan pelbagai persepsi terhadap dap dan itu semestinya bergantung kepada pendirian politik dan keinginan mereka.

Penyelesaian?
Karpal singh elok letak jawatan dan duduk diam2. Sudah sampai masa untuk dia bersara sebab dia suka sakitkan ahti umat islam. Dulu dan sekarang. Makin lama makin teruk. 
Ramai penyokong2 karpal marah. Bahkan ada juga mereka2 yang muslim marah. Mereka defend karpal cakap karpal bercakap mengenai undang2. Lepas tue siap cakap karpal singh tue kafir. Logiklah dia tolak hudud. Then ayat biasa mesti banding dan kaitkan dengan umno.

Sekali lagi heret umno sana dan sini tanpa memahami fakta kes. Dia muslim or bukan muslim sekalipun itu bukan sebab untuk kita buat bodoh jek dengan pendirian dia beb. Pendirian dia itu merupakan satu perkara yang perlu kita perjelaskan supaya orang lain yang melihat faham sejauh mana kita menanggani perbezaan tersebut.

Sebenarnya juga, tiada alasan untuk bukan muslim tolak hudud. Sebab hudud neh semata2 untuk penjenayah jek. Adakah bukan muslim = penjenayah?

Mengatakan bahawa biarlah kafir tue tolak hudud sebenarnya baru jek mengakui bahawa bukan muslim = penjenayah sebab hanya penjenayah jek takut dengan hukuman yang keras + adil = setimpal dengan perbuatan jenayah nya beb.

Dan karpal bukan bercakap pasal undang2 tapi dia cakap pasal pendirian dap. Dia juga tak hiraukan pasal pas dan paling penting dia bersikap selfish dengan buat statement mengamok di paper. Bercakap pasal undang2, well, aku harap korang tak memperbodohkan orang dengan menggunapakai istilah tue. Meh aku explain sikit.

Pada masa sekarang 2012 ==> hudud + perundangan islam tidak boleh dilaksanakan sebab tidak mendapat jumlah sokongan yang diperlukan di parlimen. Hanya PAS dan beberapa orang islam dari parti lain jek sokong usul hudud.

Pada masa akan datang ==> jika usul mengenai hudud dibentangkan, dan mendapat sokongan ahli parlimen maka ia boleh dilaksanakan.

Dalam erti kata lain, ia bukan lagi mengenai undang2, perlembagaan atau apa. Ia hanya mengenai berapa ramai sokong hudud dan berapa ramai tidak sokong hudud. Dan itulah yang akan berlaku jika pakatan rakyat berjaya menguasai malaysia. Pada masa itu kita akan tengok siapa yang benar2 mengakui diri mereka muslim dan siapa yang tidak.

Siapa yang benar2 mengakui mereka itu tidak racist dan bias kepada agama yang berbeza darinya dan siapa yang tidak. Karpal baru saja membuktikan dia bersikap prejudis dan racist kepada umat islam. Sebab tue dia tolak hudud. Ataupun.. dia sebenarnya seorang penyangak aka pencuri? Ingatlah, hudud untuk mereka2 yang merompak dan menyamun. Tiada alasan untuk anda tolak hudud melainkan anda penjenayah. Siyes.

Ya.
Hudud itu untuk muslim dan bukan muslim. Tapi jangan risau. Selagi anda bukan penjenayah maka anda tiada sebab untuk takut. Hanya mereka2 yang melakukan jenayah jek takut dengan hudud. 

Jangan takut.
Selagi bukan muslim tidak faham mengenai hudud, kita takan laksanakan di malaysia. Kita akan cari jalan supaya bukan muslim faham apa itu hudud dan kita akan laksanakan secara berperingkat. Keberkesanan perundangan islam terhadap muslim akan menjadi pemangkin kepada bukan muslim untuk menilai sendiri kebaikan perundangan islam.

Dan sehingga saat itu tiba, menolak bukan cara yang baik. Lebih baik belajar memahami dan bertolenrasi. Jangan ikut perangai karpal yang pentingkan diri sendiri. Itu tak baik. Jika anda defend karpal, anda juga termasuk dalam mereka2 yang bersikap selfish. Fikir2kan oke. 

Pemerintah lakukan 3 benda bangang untuk kemerdekaa tahun ini..!!

oleh AnakKedah007

TENGKORAK CHEE HANG

Untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick (setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55...

1- pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati" yg mendapat tentangan

2- dilakar pula dengan pemilihan logo Hari Kebangsaan yang begitu hodoh, "lekeh" dan menjadi bahan sendaan rakyat jelata di internet.
3- pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu tema kempen pilihanraya BN! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri membuatkan rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya,

Apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara?

Kesilapan-kesilapan hatrick ini tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Menteri Penerangan yang sudah begitu veteran sudah tidak mampu memahami bahasa rakyat yang celik maklumat. Tidak keterlaluan jika dikatakan Perdana Menteri berjaya dimalukan dengan aksi tempang anak-anak buahnya. 

Benarlah kritikan Mat Sabu bahawa sambutan Hari Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti pemerintah semahu-mahunya. Lagu tema pun sudah menjadi lagu manifesto BN. 

Jika begini gaya Perdana Menteri ingin melangkah ke gelanggang pilihanraya umum ke-13, rasa-rasanya tidak salah jika kita katakan inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN.

Jawapan Isu Harga Kereta - Negara tak bangrap jika AP diuruskan dengan baik..!!!

Pengurusan Permit Import (AP) Yang Lebih Baik Jana Sumber Kewangan Negara Menggantikan Cukai Eksais

Kebimbangan yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional dan sesetengah pihak bahawa penghapusan cukai eksais kereta demi menurunkan harga kereta akan mengurangkan hasil kerajaan dan menjejaskan ekonomi adalah tidak tepat.

KEADILAN telah menjelaskan bahawa jumlah cukai RM8 bilion yang dianggarkan dikenakan ke atas rakyat sekarang ini sebenarnya akan dipulangkan kepada rakyat. Jumlah ini akan dibelanjakan oleh rakyat di dalam ekonomi negara yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ini akan meningkatkan hasil kerajaan melalui kutipan cukai pendapatan syarikat dan individu. Kesan berganda kepada ekonomi negara jika jumlah RM8 billion ini dipulangkan kepada rakyat adalah lebih tinggi berbanding jika ia berada di dalam poket kerajaan.

Malah, pengurusan permit import (AP) kereta yang lebih baik juga akan menambahkan lagi pendapatan negara. Gabungan kedua-dua langkah ini akan memastikan pendapatan negara tidak terjejas secara mendadak hasil dari penghapusan cukai eksais secara berperingkat.


Perlu diingatkan, Umno/Barisan Nasional telah mungkir janji dengan rakyat untuk menghapuskan AP seperti yang diumumkan di dalam Dasar Automotif Negara yang berkuatkuasa bermula 20 Oktober 2005. Janji untuk menghapuskan AP menjelang 31 Disember 2010 tidak ditepati, sebaliknya kini sasaran itu ditangguhkan pula ke 31 Disember 2015.

Sistem AP bukan sahaja menyebabkan harga kereta yang lebih tinggi tetapi hanya menguntungkan sesetengah pihak yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional.

Janji Umno/Barisan Nasional supaya hasil dari AP ini akan digunakan untuk membantu usahawan Bumiputra di dalam sektor automotif juga tidak ditepati. Di dalam ucapan belanjawan 2010, Dato’ Seri Najib telah mengumumkan bahawa setiap AP akan dijual pada harga RM10,000 dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam satu tabung untuk membantu usahawan Bumiputra.

Bagi tahun 2011, sebanyak 600,123 unit kenderaan didaftar. Dari jumlah itu, 533,515 unit dikeluarkan dan dipasang di Malaysia, bermakna sejumlah 66,608 AP telah dikeluarkan dalam tahun 2011 bagi kenderaan import. Jika benar hasil AP yang bernilai RM10,000 setiap satu ini telah dimasukkan ke dalam satu tabung untuk usahawan Bumiputra, sepatutnya pentadbiran Dato’ Seri Najib telah membelanjakan RM666 juta setiap tahun untuk membantu usahawan Bumiputra dalam sektor automotif seperti yang dijanjikan.

Sehingga kini, kita masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai tabung ini atau pun hasil AP yang telah dibelanjakan untuk rakyat.

Sebab itu, KEADILAN mencadangkan supaya kerajaan akan datang kekal dengan komitmen untuk menghapuskan AP menjelang tahun 2015 supaya tidak melanggar peraturan WTO dan AFTA yang telah dipersetujui.

Dalam tempoh 3 tahun di antara 2013 dan 2015, langkah-langkah berikut wajar dilaksanakan bagi mendapatkan nilai terbaik dari AP yang dikeluarkan:

1. Penjualan AP akan dibuka kepada bidaan umum bermula dengan harga-harga tertentu mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api, demi menggalakkan lebih banyak kereta yang menjimatkan bahan api diperkenalkan

2. Harga permulaan bidaan ditetapkan pada RM10,000 bagi kategori jimat bahan api, RM20,000 bagi kategori kenderaan biasa dan RM30,000 bagi kategori kenderaan berkuasa tinggi yang menggunakan bahan api yang lebih

3. KEADILAN percaya harga purata bagi setiap AP yang dikeluarkan boleh mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada proses bidaan

4. Dengan anggaran sebanyak 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, ini akan membawa hasil sebanyak RM2.8 bilion setiap tahun kepada kerajaan

Walaupun harga AP akan ditentukan oleh proses bidaan untuk mendapatkan hasil terbaik kepada negara, penghapusan cukai eksais secara berperingkat bermakna harga kereta secara purata akan tetap turun.

Pendapatan tambahan dari hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun bagi mengimbangi penurunan kutipan cukai eksais.

Pada masa yang sama, hasil kutipan cukai yang lain juga dijangka akan meningkat apabila perbelanjaan rakyat berikutan suntikan RM8 bilion merancakkan ekonomi negara.

KEADILAN merasakan formula ini adalah lebih baik berbanding pendekatan mencekik darah rakyat melalui cukai eksais berkali ganda yang menyebabkan rakyat terpaksa berhutang untuk membayar cukai kepada kerajaan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN

31 JULAI 2012

Gempar..!! Ada kejadiah aneh berlaku pada seluruh masjid dalam negara yang tak dihebahkan..

 Gempar!! Peristiwa Aneh Berlaku Di Malaysia Malam Awal Ramadhan



Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.



Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang. ~jomberita.com

Monday, July 30, 2012

DepaKata - Bila lagi SETPOL nak saman nie..???

oleh depakata.co.cc

mana dia nie... kami geng blogger sedang dok ternanti-nanti nak lihat padijantan kena saman macam papagomo nuu... depakata masa nielah nak tengok padi jantan nie ada maruah atau tidak...

Bukan apa dah bergudang-gudang dah si padi jantan nie dok buat onak dan fitnah kerajaan negeri... namun apa satu tindakan pun kerajaan negeri tak ambil....

Apabila setpol umumkan minggu lepas kami golongan blogger yg hidup kat kedah nie melihat inilah peluang terbaik nak saman beliau kerana SPRM pun sudah nafikan akan berita tersebut...



Jadi bila lagi... AHAD dah lepas dah pun dah masuk SELASA dah nie.... maunya nak saman letak JUTA-JUTA lepas tu bila menang nanti mai la bagi kepada kami sikit yg duk jadi blogger sambilan nie... he he he....

http://www.depakata.co.cc/2012/07/depakata-bila-lagi-setpol-nak-saman-nie.html

Mampos Habis La Macam Nie... Nak senarai RISDA laa pulak..!!!

Risda juga akan disenarai di Bursa Malaysia

31 Julai 2012
'Tindakan kukuh ekonomi Bumiputera'
Tan Sri Rahim Tamby Chik
 
ALOR GAJAH - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhasrat mengikut jejak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
  
Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata pihaknya sedang melakukan kajian berhubung kaedah terbaik bagi tujuan itu.
  
"Risda berbeza dengan Felda kerana tanah ladang dimiliki pekebun sendiri, dan perancangan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dividen peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) negeri Melaka di Masjid Tanah di sini.
 
 
Seramai 2,113 peserta di seluruh negeri itu menerima dividen keseluruhan berjumlah RM26.98 juta.
  
Rahim berkata bagi tempoh terdekat, Risda bercadang mewujudkan unit amanah melalui Risda Holdings bagi menjaga kepentingan dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kakitangan Risda.
  
Sementara itu, menurutnya, Risda menjangkakan pengagihan dividen kepada peserta RTBB dan TSK di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Aidilfitri.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta RTBB dan TSK bagi tahun 2011. - Bernama

Kerajaan Negeri Kedah bagi duit raya kepada pelajar Sek Agama Rakyat

RM500 ribu disumbang untuk pelajar sekolah HESA
Ditulis oleh Azimah Rafie dan Maslina Harun


ALOR SETAR, 30 Julai 2012 – Seramai 5,084 orang pelajar sekolah di bawah Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) mendapat bantuan RM100 seorang.

Bantuan ini berikutan dengan ketidakadilan kerajaan Pusat dalam membahagikan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah agama di Kedah menyebabkan sesetengah pihak merasakan diri mereka terpinggir.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul dalam ucapannya berkata, berlaku diskriminasi dalam pembahagian bantuan RM100 kepada pelajar sekolah menyebabkan pelajar dibawah HESA ini tidak mendapat sumbangan dari kerajaan Pusat sedangkan mereka juga adalah pelajar sekolah yang memerlukan bantuan.

“Kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat, maka sumbangan ini diberikan khusus kepada pelajar-pelajar HESA yang terdiri daripada pelajar sekolah agama, madrasah dan sekolah tahfiz melalui peruntukan Tabung Tunku Mahmud,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun bantuan ini lewat disampaikan namun ia dapat meringankan beban pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, kepada wakil pelajar dan guru-guru sekolah agama di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop.

Kerajaan Malaysia tewas lagi bila masuk mahkamah..kali ini Zunar pula menang saman..!!!

Kartunis Zunar menang kes saman kerajaan
Wartawan Sinar Harian
31 Julai 2012
Zunar menang kes saman kerajaan
Zunar
 
KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.


Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.

Kepada Abby Abadi apa kata buka bisnes tudung sendiri lagi OK rasanya..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot


Eishh awat tangan gatai nak sentuh Abby Abadi tak tau..opsss nak mampos....

bukan sentuh dia laaa tapi nak sentuh bab isu dia kena ditamatkan kontrak sebab jadi duta tudung tuu.. he he he

Alaa Abby apa kata hang buka biz tudung pulak.... pie cari rakan2 artis yg dah berhijrah tuuu buat satu konsortium dan ceburi bidang juai juai tudung nie.... rasanya ini yg terbaik.... bab depa nak tamatkan kontrak tu lantak merekalah....takyah dok bising-bising dalam bulan ramadhan nie... kita ampun sahaja ketakutan tokey tudung tu dengan penyertaan Abby dalam politik....

Tudung wardina dah ada jadi lepas nie mana tau Tudung Abby Abadi pulak boleh gempak satu negara.....