Sunday, July 15, 2012

Rebahnya BN kerana kesalahan mereka sendiri

Oleh Aspan Alias

INSIDEN yang mengasari Ketua Menteri Pulau Pinang di Telok Bahang, 1 Julai membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihan raya 2008 yang mengakibatkan BN jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU12 yang lalu. 

Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.

INSIDEN yang mengasari Ketua Menteri Pulau Pinang di Telok Bahang, 1 Julai membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihan raya 2008 yang mengakibatkan BN jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU12 yang lalu. 
 
Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.

Jika Pulau Pinang kini mempunyai pentadbiran yang hampir sama dengan prestasi BN, tentulah BN mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang selepas pilihan raya yang akan datang.


Tetapi Lim Guan Eng dan barisan pimpinan kerajaan Pulau Pinang telah menunjukkan perbezaan ketara dengan membuktikan yang Pakatan Rakyat memang lebih berkemampuan untuk mentadbir dari BN yang telah menguasai Pulau Pinang dari 2008 dahulu.

Justeru kata-kata pemimpin BN yang mengatakan mereka (BN) akan mengambilalih Pulau Pinang di dalam PRU-13 ini hanyalah merupakan kenyataan untuk menyedapkan hati sendiri dan tindakan psikoloji sahaja.

Keputusan PRU13 sebenarnya sudah ditentukan. Pulau Pinang akan tetap berada di tangan Pakatan Rakyat, malahan lebih kuat lagi selepas PRU itu nanti.

Oleh kerana itulah nampaknya pihak BN melalui Perkasa telah melakukan perkara-perkara yang mengaibkan dengan mengasari pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan sikap kurang ajar pihak yang mengasari Ketua Menteri itu merupakan “reflection” yang jelas tentang nilai dan budaya pihak yang dalam keadaan ‘desperado’ di negeri itu.

Kejadian yang menimpa Ketua Menteri itu merupakan kejadian yang sangat tidak bertamadun yang dilakukan oleh kumpulan dari Perkasa itu.

Jika BN hendak menang dalam pilihan raya tunjukkan kelakuan yang baik, kerana kekalahan BN dalam pilihan raya yang lalu itu adalah disebabkan BN khususnya Umno tidak mempunyai budaya yang baik yang secocok dengan zaman dan waktu ini.

Budaya kasar mengkasari ini hanya berlaku di zaman batu dahulu. Di zaman batu dulu siapa yang mempunyai lengan dan penumbuk yang besar merekalah yang berjaya.

Zaman sekarang manusia mahu dipimpin oleh pemimpin yang menggunakan otak dan pemikiran, bukan menggunakan buku lima atau dengan lengan yang berotot besar.

Tetapi nampaknya pihak polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap penjenayah itu kerana penjenayah itu datangnya dari pihak atau dari penyokong BN khususnya Umno.

Sesiapa boleh menyokong sesiapa, tetapi jika BN disokong oleh kaki gaduh dan samseng, bagaimanalah rakyat yang berfikir akan menyokong mereka.

Rakyat tidak mahu pimpinan yang menyerupai pimpinan Iddi Amin dari Uganda suatu ketika dulu.

Tetapi apa yang kita harapkan agar LGE bersabar dan teruskan kerja baik yang anda telah lakukan di Pulau Pinang selama empat tahun ini sehinggakan negeri itu menjadi sebuah negeri yang premium jika dibandangkan dengan kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN.

Jagalah keselamatan anda dengan baik kerana nampaknya pihak polis tidak begitu “magnanimous” dalam menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan rakyat dan negara.

Sikap ganas pihak Perkasa dan penyokong BN sekarang ini bukannya kerana apa: ia adalah kerana BN akan tersungkur kerana sikapnya sendiri.

Bukannya salah sesiapa yang lain.

>> Aspan Alias ialah bekas blogger Umno yang kini menyertai DAP

No comments:

Post a Comment