Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Isu dan pilihanraya akan bergerak seiring kerana pilihanraya adalah medan untuk m
eraih sokongan rakyat di mana isu sangat berperanan. Apabila tempoh kehangatan pilihanraya terlalu panjang, maka ada parti politik yang kekeringan isu sehingga terpaksa mengitar semula isu atau mengandaikan sesuatu perkara lalu menangani isu yang diandaikan isu.
Itulah yang berlaku kepada BN. Parti tua itu meneroka satu perkembangan baru politik iaitu mengutarakan, membahas dan bertindak terhadap isu andaian. Ia menjadi satu lagi koleksi lawak jenaka politik yang terdapat di Malaysia.
Rakyat Malaysia diingatkan semula mengenai isu yang berbangkit 13 tahun lalu iaitu akuan bersumpah bekas Gabenor Bank Negara bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk yang berjumlah RM3 billion.
Kreatifnya isu tersebut dimanipulasi oleh BN ialah apabila berjaya menggerakkan bantahan di kalangan pecacai bawahan BN mendesak Anwar memulangkan wang rakyat RM3 billion. Akuan bersumpah hanya menyebut beliau (sebagai Menteri Kewangan) mengawal akaun tetapi transformasi dibuat sehingga anwar memiliki wang tersebut. Mengawal dan memiliki membawa dua maksud yang berbeza.
Polis Malaysia yang paling cekap di dunia tidak mampu mencari bukti bahawa Anwar mencuri duit rakyat walaupun siasatan dibuat selama 13 tahun tetapi tiba-tiba UMNO mendesak duit itu dikembalikan.
Isu dan pilihanraya akan bergerak seiring kerana pilihanraya adalah medan untuk m
eraih sokongan rakyat di mana isu sangat berperanan. Apabila tempoh kehangatan pilihanraya terlalu panjang, maka ada parti politik yang kekeringan isu sehingga terpaksa mengitar semula isu atau mengandaikan sesuatu perkara lalu menangani isu yang diandaikan isu.Itulah yang berlaku kepada BN. Parti tua itu meneroka satu perkembangan baru politik iaitu mengutarakan, membahas dan bertindak terhadap isu andaian. Ia menjadi satu lagi koleksi lawak jenaka politik yang terdapat di Malaysia.
Rakyat Malaysia diingatkan semula mengenai isu yang berbangkit 13 tahun lalu iaitu akuan bersumpah bekas Gabenor Bank Negara bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk yang berjumlah RM3 billion.
Kreatifnya isu tersebut dimanipulasi oleh BN ialah apabila berjaya menggerakkan bantahan di kalangan pecacai bawahan BN mendesak Anwar memulangkan wang rakyat RM3 billion. Akuan bersumpah hanya menyebut beliau (sebagai Menteri Kewangan) mengawal akaun tetapi transformasi dibuat sehingga anwar memiliki wang tersebut. Mengawal dan memiliki membawa dua maksud yang berbeza.
Polis Malaysia yang paling cekap di dunia tidak mampu mencari bukti bahawa Anwar mencuri duit rakyat walaupun siasatan dibuat selama 13 tahun tetapi tiba-tiba UMNO mendesak duit itu dikembalikan.
Saya tertarik menyaksikan satu forum anjuran TV3 yang mengundang tiga panelis, kesemuanya penyokong BN untuk berbincang mengenai 'kabinet bayangan Pakatan Rakyat'. Mereka berbincang mengenai kabinet bayangan Pakatan tanpa mengundang wakil Pakatan. Mereka berbincang mengenai kabinet Pakatan yang mengandungi 49 menteri, di mana setiap kementerian mempunyai tiga orang menteri dari tiga parti. Dalam barisan kabinet itu DAP mempunyai kerusi terbanyak berbanding PAS dan KeADILan.
Banyak perkara yang dipertikaikan mengenai kabinet bayangan tersebut. Antaranya ialah mengapa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak tersenarai dalam kabinet bayangan itu. Berbahaslah mereka selama sejam perihal keburukan kabinet bayangan tersebut.
Pengerusi forum bertanyakan seorang panelis dari mana senarai kabinet bayangan itu diperolehi? Beliau menjawab, cadangan oleh sebuah portal berita internet! Aduh, bangangnya sebuah forum membincangkan sebuah andaian yang bukan pula datang secara rasmi dari Pakatan Rakyat. Seorang panelis yang berbincang itu ialah Dr. Chandra Muzaffar. Bangkrap sungguh nilai akademik di Malaysia.
BN di Pusat sama saja dengan perangai BN di Kedah. Bezanya di sana mereka kerajaan, di sini pembangkang. Parti Gerakan mengadakan sidang media mengecam kerajaan negeri kerana kononnya memperkenalkan dasar baru perumahan.
Antara yang dikritik ialah kononnya dasar baru tersebut tidak membenarkan penduduk yang bukan rakyat Kedah membeli rumah di Daerah Kuala Muda dan Kulim. Ia akan membantutkan industri hartanah di negeri ini.
Dalam satu sidang media, Menteri Besar Dato' Seri Azizan terpinga-pinga apabila ditanya wartawan perihal cadangan dasar perumahan baru yang disebut oleh Parti Gerakan itu. Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak pernah berbincang atau memutuskan apa-apa mengenai dasar perumahan baru tersebut.
Ertinya, kritikan BN terhadap isu tersebut adalah berdasarkan kertas cadangan rekaan yang entah dikutip dari tong sampah mana.
Setiap perkara yang mahu dijadikan dasar negeri secara formalitinya akan dibincangkan oleh jawatankuasa khas. Cadangan boleh datang dari pelbagai pihak dan pelbagai perkara. Selepas itu cadangan yang telah dimantapkan itu dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tetap potfolio tertentu. Kemudian, barulah masuk mesyuarat Exco untuk dibincang dan diputuskan secara rasmi.
Serangan Parti Gerakan terhadap dasar baru perumahan yang belum pernah diputuskan itu bukanlah insiden kali pertama parti pembangkang itu terbabas dalam serangan membabi buta. Acapkali benar Gerakan mengkritik berasaskan andaian.
Hebat transformasi politik di Malaysia yang dicetuskan BN; mengkritik 'anak nakal' yang masih berada dalam perut ibu, belum tahu pun anak itu akan dilahirkan atau tidak.
No comments:
Post a Comment