ALOR SETAR – Persatuan hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah/ Perlis menyambut baik terhadap syarat-syarat draf dasar perumahan baru negeri Kedah.
Pengerusi Rehda, Rick Cheng Wooi Seong berkata, dua syarat tersebut tidak membeban pihak pemaju, sepertimana yang didakwa oleh Parti Gerakan Kedah ianya akan membebankan pemaju.
Antara syarat yang didedahkan tersebut adalah berhubung kouta rumah mampu termasuk rumah kos rendah dinaikkan kepada 60 peratus serta sekatan terhadap pemilikan rumah oleh ‘orang luar’ bagi daerah Kulim dan Kuala Muda.
“Kami positif terhadap syarat itu, setelah perbincangan diadakan, maklum balas turut diberikan, dan ianya terus diadakan bagi mencapai kata sepakat yang dipersetujui.
“Mengenai orang luar, terutama rakyat Pulau Pinang yang membeli rumah di Sungai Petani dan Kulim, ianya bukannya kes yang serius, ia hanya berlaku 10 hingga 20 peratus sahaja, di mana mereka membeli disebabkan keluarga tinggal di sini, ataupun bekerja di sini,” jelas beliau pada manyangkal dakwaan tersebut.
Tambah beliau, proses kelulusan membina rumah akan memberi kesan kepada kos rumah tersebut, maka beliau menyambut baik dasar kerajaan negeri kini yang mampu memberi kelulusan dalam masa yang singkat.
“Kalau kerajaan negeri lulus cepat untuk bina rumah, kosnya menurun, dan jika lambat, kos naik, maka pembeli (rakyat) yang menanggung kos tersebut.
“Jadi ini menjadi tanggungjawab kita untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam membina rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah bagi keperluan rakyat,” jelas beliau.
No comments:
Post a Comment