Friday, March 25, 2011

TAHNIAH PEMUDA..ANDA Buktikan anda bukan PONDAN..

PKR Kedah desak siasat

ALOR SETAR - Polis digesa menahan dan menyiasat individu yang menggelar diri sebagai kumpulan Trio kerana menyiarkan bahan lucah pada umum dan mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkaitan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan pemimpin itu.


Desakan itu dibuat 40 ahli PKR yang mengadakan perhimpunan aman selama 10 minit di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar diketuai Pengerusi Disiplin dan Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung. Turut hadir beberapa perwakilan dari Alor Setar, Kubang Pasu, Kuala Ketil dan Baling.

Kumpulan itu yang turut membawa beberapa sepanduk sambil melaungkan slogan reformasi kemudian membuat laporan polis. Beberapa kenderaan yang lalu lalang dilihat turut memberi sokongan dengan membunyikan hon.

Hsiao Leung ketika ditemui berkata, kumpulan Trio harus disiasat bagi kesalahan jenayah mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana menyiarkan bahan lucah kepada awam dan Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut Anwar dan isterinya, Wan Azizah untuk mengedarkan video terbabit kepada umum jika enggan letak jawatan.

Trio itu terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim. “Walaupun Anwar sudah membuat laporan polis dan menafikan beliau individu dalam video seks berkenaan, kumpulan Trio itu yang mengaku terlibat dalam pendedahan video berkenaan masih mahu Anwar undur diri. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Menurutnya, PKR Kedah turut mengecam saranan kumpulan itu yang mahu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat ketulenan video seks yang didedahkan mereka kerana ia tindakan tidak wajar untuk mengheret institusi diraja dalam kancah politik.

“Cadangan itu suatu penghinaan pada institusi diraja kerana membabitkan institusi yang amat dihormati di negara ini,” katanya.

Hsiao Leung berkata, selepas pendedahan video seks itu oleh kumpulan terbabit, pihaknya hairan kenapa polis tidak bertindak terhadap penyebaran rakaman lucah itu, sebaliknya membiarkan mereka bebas memberi kenyataan termasuk mengugut Anwar.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang mempertahankan tindakan kumpulan Trio yang dianggap tidak bertindak di luar bidang kuasa undang-undang, Hsiao Leung menyelar Mohd Nazri kerana menyokong perbuatan terkutuk itu yang merancang dan menerbitkan kempen menjatuhkan reputasi pemimpin pembangkang.

Timbalan Ketua Cabang I PKR Alor Setar, Che Mat Dzahir Ahmad turut mengutuk komplot yang didakwa amat terancang untuk menjatuhkan Anwar.

“Perbuatan itu menjatuhkan moral politik negara, malah kami meragui kredibiliti Rahim dalam isu ini kerana beliau sendiri suatu ketika dulu turut dikaitkan dengan skandal seks. Kami percaya mereka didalangi pihak tertentu yang bermotifkan dendam,” katanya.

No comments:

Post a Comment