Tuesday, July 19, 2011

Apa kata LULUSKAN SEMULA bajet dalam tabung tu pie perbaiki semua jalan yg berlopak & berlubang dalam Kedah nie..???

Mana pergi lebihan peruntukan RM95 juta?

ALOR SETAR - UMNO Kedah mempertikaikan kegagalan Kerajaan Negeri mengusulkan lebihan peruntukan menyelenggarakan jalan raya yang disalurkan Kementerian Kerja Raya pada tahun lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam untuk cadangan belanjawan tambahan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, cadangan itu penting bagi membolehkan lebihan peruntukan lebih kurang RM95 juta pada tahun lalu digunakan sepenuhnya bagi tujuan penyelenggaraan seluruh jalan raya di Kedah dan tidak diselewengkan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu telus menguruskan peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat memandangkan ia melibatkan wang rakyat dan UMNO mempersoalkan motif Kerajaan Negeri menyimpan lebihan peruntukan dalam Tabung Amanah Jalan Raya .

“Kalau Kerajaan Negeri ada ketelusan, mereka boleh usul mahu guna lebihan peruntukan dalam dewan hari ini (semalam) untuk mohon belanjawan tambahan. Mengapa mereka enggan masukkan usul itu dalam Sidang Dewan?

“Kerajaan Negeri bagi alasan belanja penyelenggaraan mesti berdasarkan bajet yang diluluskan dan duit baki kena simpan, bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak telus dalam menjelaskan tujuan sebenar lebihan hampir RM100 juta disimpan.

“Duduk dalam tabung, apa yang dia buat,” katanya pada sidang media.

No comments:

Post a Comment