Thursday, July 21, 2011

Azizan kona..!!

oleh AnakKedah007

Ha ha ha kan dah kena kenen dengan mat bashah.... benda2 macam nie yg gua tekankan.....jawab dalam dewan biaq depa kancing gigi face to face nie dak dok layoq buku tuuu jaa..memang la buku tu kalau org baca depa akan faham..skrg bila masuk dewan benda nie termaktub dalam jawapan dewan ianya kira lebih kemaih lagik... dan sebelum nie MB sendiri yg dok kalut suruh BN tanya dalam dewan.... bila org tanya depa dok kona pulak kot jawapan BUKU tuuuu.....sendiri mau pikir la bro....


Pas Kedah elak jawab soalan manifesto

ALOR SETAR 20 Julai – Tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengelak daripada menjawab soalan tentang manifesto pilihan rayanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu dilihat sebagai membelakangkan permintaan rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kerajaan negeri tidak boleh mengenepikan soalan tersebut dengan alasan buku mengenainya sudah diedarkan.

"Ia cuma jawapan untuk melepaskan diri. Kerajaan negeri boleh kata buat buku dan edar kepada rakyat tentang kejayaan manifestonya, namun penjelasan harus diberikan oleh Menteri Besar sendiri secara terperinci.

"Kerajaan negeri sepatutnya berani menjawab apa juga persoalan yang ingin dikemukakan oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada sidang DUN itu berkaitan manifestonya demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi 2011 Kanak-kanak Kemas Parlimen Alor Setar di sini hari ini yang disertai oleh lebih 1,000 murid-murid tadika tersebut.

Ahmad Bashah menambah, rakyat masih mempersoalkan janji-janji pilihan raya kerajaan Pas Kedah tersebut.

"Tiada apa yang perlu mereka takutkan jika benar hampir kesemua janji dalam manifesto tersebut terlaksana. Seharusnya mereka berani menjawab apa juga persoalan tentangnya," katanya.[utusan]

1 comment:

  1. Salam utk anakkedah...utk makluman, semua soalan yg dikemukakan di dewan akan mendapat jawapan, ada soalan mulut, ada soalan bertulis. Utk soalan bertulis, ia akan menerima jawapan bertulis, utk jaw soalan mulut, mana yg sempat dijwb secara lisan, akan dijawab di dewan, mana yg tak sempat akan menerima jaw secara bertulis. Jaw bertulis lebih kuat krn ia juga dokumen dewan yg boleh diulas dan digunakan utk apa saja dan tak boleh buat adjustment lagi...kalau jwb dlm dewan, boleh lg buat soalan tambahan kalau ada yg tertinggal dlm jaw kali pertama...soalan bertulis tak boleh buat camtu.

    . Bg semua soalan lisan, jaw sudahpun disediakan seminggu sebelum sidang lagi. Soalan khusus ttg manifesto saya dan mb yang jawab...depa boleh rujuk dlm dokumen yg akan diberikan selepas sidang...tp nak buat camna, depa nak buat isu politik juga...termasuk oleh anakkkedah... Terima kasih.

    ReplyDelete