Wednesday, July 20, 2011

JUDI punya pasai..KERAJAAN NEGERI kena SAMAN..!!

Akibat terus berdegil, Kerajaan Kelantan disaman!

SUDAH berulang kali dijelaskan dan diingatkan oleh Kerajaan Pusat pimpinan Rosmah Mansor, bahawa kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk melulus ataupun mengharamkan judi dan loteri di negeri masing-masing.



Tapi Kerajaan Negeri Kelantan tetap berdegil. Kerajaan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz tetap juga mahu mengharamkan judi dan loteri di Kelantan. Akibatnya, kerajaan negeri yang mengamalkan dasar "membangun bersama Islam" itu telah disaman oleh 3 orang penyokong Lady Gajah yang tidak bersetuju perjudian dihapuskan di Kelantan [Utusan].


Ini perkara serius! Mana boleh Kerajaan Kelantan suka-suka nak haramkan judi dan loteri. Judi dan loteri adalah periuk nasi kerajaan pusat, kalau Kelantan haramkan judi, nanti negeri-negeri lain ikut, bila semua negeri ikut haramkan judi kerajaan pusat akan rugi kerana tak dapat kutip hasil cukai judi.

Hasil cukai judi banyak! Kalau haramkan judi, rugilah kerajaan, macam mana kerajaan nak bayar gaji kakitangan awam? Duit cukai judi dan loteri adalah salah satu penyumbang yang signifikan kepada gaji kakitangan awam.

Nasib baik Kerajaan Rosmah pandai, awal-awal lagi dah pegang kuasa mutlak terhadap lesen judi, maka kerajaan negeri tak boleh haramkan judi sesuka hati. Kalau ada mana-mana Kerajaan Negeri berdegil juga nak haramkan, jadilah seperti Kelantan. Kena saman. Padan muka! (Kata Lady Gajah di dalam hatinya sambil membelek-belek katalog gelang mewah keluaran Jacobs and Co).

RentaP© "Pandai tak kerajaan Rosmah pedajal Kelantan?"

No comments:

Post a Comment