Wednesday, July 20, 2011

Sepanjang 3thn perintah ada kaa MB KEDAH pie melutut kat Putrajaya macam zaman dulu-dulu..!!!

Koman-koman kami pun, tak pernah minta sedekah kat Putrajaya macam hangpa dulu



Oleh : PUTERI BULAN
“Kalau dah hang tak suka dan hang tak mau sokong, hang janganlah buat cerita dongeng hikayat 1001 malam. Bukan sekadar nak tergelak baca kenyataan hang malah rasa nak termuntah keluarkan isi perut aku atas tulisan hang”
Puteri tujukan kata-kata di atas kepada Encik Zukri Valentino (ruangan rencana Utusan Meloya 20 Julai). Dalam tulisannya yang dangkal dan bertujuan jahat memburuk dan merendah-rendah PAS serta pimpinan kerajaan kedah dan secara tidak langsung sekali gus mengishtiharkan dirinya sebagai pendokong UMNO hamprak yang menunggu masa saja nak rebah.
Apa yang baik kita terima, tidak salah walau pun cadangan itu dari musuh. Tapi cuma Puteri harap kalau nak bagi cadangan atau komen..silalah berpijak dibumi nyata. Kalau dah mengaku terpelajar dan berfikiran elit kenapa pandangan orang-orang kampung biasa yang selalu berbual di kedai-kedai kopi nak dijadikan fakta sebagai rujukan dan panduan.
Hang meletakkan krisis, perpecahan, pertelagahan semuanya kesalahan PAS semata-mata. Sampai hang lupa parti hang UMNO hamprak tu menggunakan media massa sewenang-wenangnya menghentam PAS secukup-cukupnya, membuat provokasi melampau, mereka-reka cerita yang tiada, melaga-lagakan pakatan antara PAS, DAP dan PKR, memfitnah, membuat tafsiran salah, membesarkan benda-benda remeh, menuduh negeri-negeri pakatan rakyat mundur dan dalam pada masa yang sama mengarahkan polis mengganggu ceramah PAS, tidak mengeluarkan permit ceramah. Samalah tindakannya seperti memukul orang yang tangan dan kakinya diikat dan mulutnya disumbat.
Hang lupa..Tok Det semasa dia jadi PM pernah memberi amaran kepada kerajaan Kelantan, sekiranya Kelantan menjalankan undang-undang Islam, tindakan akan diambil. Awat hang masa tu tak lahir lagi ka? Kuasa mutlak ada kat UMNO sebab hampa perintah persekutuan. Awat hampa tak buat..dah hampa ngaku hampa pun orang Islam yang sayang kat Islam.
Kalau hang nak kenen Kedah pasai pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan…hang tolong singkap sama apa tindakan kerajaan persekutuan pasal bab ni. Pernah ka..pemimpin-pemimpin hampa fikiaq nak buat macam Kedah buat. Bila orang buat hampa kondem.
Kalau hang nak suruh Kedah jadi merhelit segala hal, hang tengoklah…dah berapa lama kedah diperintah pakatan rakyat. Kalau hang ada anak, umur 3 tahun boleh urus diri sendiri 100 peratus ka? Kalau dah dulu hampa perintah..merhelit elok..taklah susah kami nak sambung..ni…penuh habuk berdaki..sampai tahap kena sentai..baru nak keluaq…tapi yang pasti merhelit licin….tabung kewangan negeri..tu yang masa hampa perintah kedah dulu sampai nak bayaq gaji kakitangan kerajaan negeri hampa pi minta sedekah kat Putrajaya. Tu kata pandai memerintah. Koman-koman kami pun duit untuk bayaq gaji dan kebajikan untuk rakyat cukup, tak payah dok minta sedekah kat Putrajaya macam hangpa.

Memang kita nak membangun bersama Islam. Kita bina pembangunan insan agar orang nak tadbir negeri ni terdiri dari orang-orang yang berakhlak Islam..barulah dapat merealisasikan membangun bersama Islam. Pemikiran hang tu terlalu dangkal walau pun hang mengaku hang mengaji tinggi, kerja besaq. Hang nampak Islam cuma yang hang faham dengan hang dengaq saja. Tapi itulah hakikatnya kalau hang cuma berguru dengan tok guru UMNO hamprak yang dok pusing-pusing bab mandi hadas saja …
Islam tak pernah buang orang bukan Islam. Kepentingan orang bukan Islam perlu dijaga disamping menjaga sentiviti orang Islam. Agenda hampa dok beri gambaran buruk pasai PAS kat orang bukan Islam dah tak laku..lani hampa tukaq strategi dok tiup perkauman dok sembang merapu kata PAS jadi tunggangan DAP, PAS tunduk kat DAP, DAP tak mau Islam. Hampa bakaq semangat orang-orang kampung bagi imej buruk tentang DAP. Tapi hampa lupa MCA, MIC yang hampa tatang tu lebih bahaya dari DAP. Dalam DAP ada India, ada Melayu..dalam MIC ada melayu, dalam MCA ada Melayu?
Sekurang-kurangnya DAP mahu duduk bersama dengan PAS, bersatu atas nama keadilan..sanggup ambil pendekatan win-win. Bersatu membela kezaliman tak mengira bangsa dan agama daripada hampa yang perut penuh hasad..ikut kata tok ketua membabi buta walau pun melanggari syarak..melanggari hak asasi manusia.
Puteri nak bagi tau kat hang..tulislah selagi hang mampu buat..sekali otak hang ligat…tapi hang kena ingat setiap tulisan hang akan dipersoal Allah kelak…Puteri cuma mampu mendoakan agar hang diberi petunjuk Allah…..

No comments:

Post a Comment